APABILA Husam Musa dibawa turun bertanding di Kelantan pada tahun 2004, pemerhati politik melihat langkah itu ialah sebagai persiapan Pas untuk menyalin Menteri Besar Kelantan. Ketika itu Nik Aziz sendiri sudah menjadi MB selama tiga penggal, 1990, 1995, 1999. Penyalinan itu bukannya dalam masa sesegera mungkin tetapi mungkin selepas dua tiga tahun selepas itu.
Perpindahan Husam dari kerusi parlimen Kubang Kerian ke DUN Kijang pada 2004 itu juga untuk memberi pengalaman kepada Husam setahun dua sebagai Exco. Selepas mempunyai pengalaman di samping dapat mengemaskan kedudukan dalam jemaah (Pas) beliau pun akan diserahkan jawatan itu. Begitulah harapan dan perkiraan umum.
Hakikat ini makin dirasakan bila mana Husam diberi potfolio atau mempengerusikan jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat. Potfolio ini merupakan Exco kanan dalam kerajaan Kelantan. Nik Aziz mengenepikan Exco yang lebih senior sebelum ini untuk memberi kerusi itu kepada Husam.
Beliau juga dilantik menjadi ahli jawatankuasa beberapa jawatan kuasa peringkat negeri. Antaranya ahli jawatankuasa perhutanan (balak) dan tanah. Pendeknya jawatan itu meletakkan Husam paling senior dalam kerajaan Kelantan. Husam dapat membawa diri dan menunjukkan kemampuan dengan potfolio itu. Dia berjaya meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang menjadi pembantu kepada Nik Aziz.
Ternyata setelah menjawat jawatan itu Husam membuat beberapa perubahan yang drastik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan yang sungguh mengkagumkan bukan saja rakyat Kelantan tetapi pemimpin kerajaan di Kuala Lumpur juga. Banyak orang puji mengenai kebolehan dan idea Husam. Saat ini Husam dilihat sebagai pemimpin baru di Kelantan.
Perubahan itu mengemaskan lagi kedudukan pentadbiran kerajaan Kelantan. Kehadirannya benar-benar menggerunkan UBN Kelantan. UBN merasakan gabungan Husam dengan Nik Aziz menjadikan Pas makin mantap dan kemas. Gabungan itu juga menyebabkan Annuar Musa terus ditimbus kabur dan akhirnya lenyap dari persada politik Kelantan waktu ini.
Semasa pembentukan kabinet selepas pilihan raya 2004 mulanya Husam disenaraikan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Nama Ahmad Yaacob sudah pun tergeser. Malangnya, nasib tidak berpihak kepada Husam, kira-kira tiga jam sebelum majlis angkat sumpah nama Husam tiba-tiba terkehel semula. Takdir ini cukup mentragiskan Husam. (Saya tidak mahu nukilkan peristiwa itu di sini nanti dikatakan personal pula).
Husam tidak kecewa dengan takdir itu. Beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi dan melupai takdir itu. Baginya untuk menunjukkan kehebatan, kebolehan dan bakti dan jasa kepada rakyat bukan menerusi jawatan TMB, tetapi menerusi Exco juga boleh. Beliau bekerja dan memperkenalkan idea baru tanpa mempedulikan orang lain. Sikap dedikasi dan gigih ini menyebabkan ada yang jealous kepada beliau.
Sehari ke sehari Tok Guru Nik Aziz memberi kepercayaan kepada Husam. Jika ada apa-apa mesyuarat penting di Kuala Lumpur khususnya berkaitan kewangan dan pembangunan, Husamlah akan mewakili Nik Aziz. Bahkan dalam sewaktu membentangkan belanjawan di DUN Kelantan Husam diberi tanggungjawab itu. Jarang berlaku dalam mana-mana sidang DUN, Exco mengambil alih tempat MB.
Perkembangan dan ‘cula’ itu semua menyebabkan orang yakin Husam akan mengambil alih tempat Nik Aziz. Atau Nik Aziz sedang melatih Husam. Pilihan raya 2008 ramai orang mengira akan berlaku pertukaran itu. Nik Aziz akan berhenti. Lagipun sudah elok kalau Nik Aziz hendak berhenti kerana Pas juga menang selesa di mana mendapat majoriti lebih 2/3. Pas mendapat 38 kerusi manakala UBN 6 kerusi.
Tetapi malangnya, dalam pembentukan kabinet 2008 nama Husam masih kekal di kerusi Exco juga. Tidak berlaku penganjakan atau persalinan seperti diduga. Bukan sahaja untuk kerusi MB tetapi kerusi TMB juga tidak berganjak. Bagaimana pun beliau tetap memimpin Exco utama.
Persoalannya kenapa Nik Aziz tidak menyerahkan tugas dan tanggungjawab itu kepada Husam? Apakah Husam belum terlatih dan tidak cukup pengalaman? Husam sudah berusia 50 tahun kini. Sudah separuh abad. Usia Husam lebih tua daripada Barrack Obama. Sewajarnya dengan usia begitu Husam diberi tanggungjawab mengurus kerajaan negeri dan parti. Jawatan MB sepatutnya diserahkan kepada Husam dan Pesuruhjaya Pas Kelantan juga diserahkan kepadanya.
Namun tidak berlaku seperti diharapkan itu. Inilah yang perlu difikir sedalam-dalamnya mencari apakah hikmat dan rahmatnya. Di manakah salah dan silap Husam? Di manakah kegagalan Husam sehingga penyalinan jawatan itu tertangguh sudah hampir lima tahun. Kelewatan menobatkan Husam di kerusi MB itu agak mengecewakan rakyat Kelantan!
Apakah di sini boleh dikatakan Nik Aziz tamak? Ingin menjadi MB sampai mati? Tidak mungkin dan amat mustahil kalau Tok Guru mempunyai pegangan begitu. Nik Aziz sudah terlalu letih dan kini Husamlah yang banyak membantunya. Usia Nik Aziz kini sudah mencecah 79 tahun. Tetapi kenapa tidak diserahkan kepada Husam? Apakah Tok Guru tidak menyokong Husam? Atau sememangnya Husam yang menolak?
Tidak juga! Banyak kenyataan dari Nik Aziz memberi gambaran dia bersama Husam.
Sebagai pemerhati, apa yang saya dapat simpulkan di sini terhadap apa yang berlaku kelewatan atau pun penangguhan itu; pertama yang pastinya Tuhan masih belum mahukan Husam jadi MB. Mungkin Tok Guru tunggu Husam menang timbalan presiden Pas, baru jawatan itu akan diserahkan kepadanya. Ataupun kemungkinan lain Tok Guru berlum yakin dengan penampilan, gaya dan sikap politik Husam menyebabkan Tok Guru terpaksa ‘acting’ jawatan itu walaupun kini sudah amat sangat penatnya.
Sebagai pemerhati, apa yang saya dapat simpulkan di sini terhadap apa yang berlaku kelewatan atau pun penangguhan itu; pertama yang pastinya Tuhan masih belum mahukan Husam jadi MB. Mungkin Tok Guru tunggu Husam menang timbalan presiden Pas, baru jawatan itu akan diserahkan kepadanya. Ataupun kemungkinan lain Tok Guru berlum yakin dengan penampilan, gaya dan sikap politik Husam menyebabkan Tok Guru terpaksa ‘acting’ jawatan itu walaupun kini sudah amat sangat penatnya.
Barang kali juga selain Husam, Nik Aziz tidak nampak orang lain boleh menguruskan dan menjana ekonomi negeri, tetapi nak serah begitu saja juga tidak berapa ‘arap’, kata orang Kelantan. Kenapa Tok Guru tidak ‘arap’, sebabnya mungkin Tok Guru juga menilai Husam seperti mana saya menilai pemikiran, karektor cita-cita politik serta keperibadian Husam menerusi beberapa penulisan dan catatan saya mengenainya akhir-akhir ini.
Mungkin Nik Aziz sedang menanti perubahan itu. Nah sekiranya Husam sedia berubah memperbetulkan beberapa kesilapan dan kecacatan dirinya sebagai ahli politik, baru Nik Aziz akhirnya menyerahkan jawatan itu kepada Husam. Makanya sekiranya Husam masih mengimpikan jawatan MB beliau kerana mahasabah diri, memperbetulkan kepincangan dan kelemahannya yang ketara pada mata Tok Guru dan juga mata umum.
Saya yakin tok Guru sangat hendak menyerahkan jawatan itu kepadanya, tetapi tidak dalam keadaan belum sempurna. Sebagai seorang yang adil dan saksama Tok Guru mahu penyerahan itu nanti tidak akan dipertikaikan oleh sesiapa dan mahu pastikan Husam mendapat sokongan ramai.
Dari cakap-cakap umum dalam jelumun politik Pas Kelantan pula kenapa Husam masih belum diganjakkan Tok Guru ke kerusi idamannya itu ialah kerana sokongan kalangan pemimpin Pas peringkat negeri pada Husam belum solid lagi. Lantaran itu untuk mencapai cita-cita kurbanya itu dan menyakinkan hati Tok Guru, Husam perlu berusaha menyatukan pemimpin Pas Kelantan di bawah panji-panjinya. Beliau harus berani dan bijak dalam hal ini. Kerana sekiranya beliau gagal menyakinkan Tok Guru dapat muncul sebagai pemimpin perpaduan di Kelantan, mungkin agak lama lagilah kerusi itu terlepas kepadanya.
11 comments:
Tuan MSO
Saya kira tuan sebenarnya sahabat politik Husam yang paling ikhlas utk menaikkan Husam, cuma mungkin Husam ni bekeng (garang) sikit dan mudoh maroh denga tegoran. Tapi tok leh saloh ko Husam jugok sebab ramai do'oh hok ngepong (ampu) sebab mereko napok maso depan politik Husam.
Husam sepatutnyo keno baco dengan pandangan bashiroh yg hakiki bagi mengenal saing denga seteru.
Saya tabik spring kepado tuan, sebab masih lagi nok menulis pasal Husam, selepas dio SMS tuan denga agok kasar bagi seorang saing ko seorang saing. Teruskan niat baik tuan, mintak2 Husam boleh napok bendo ni. AMin
nizam UK
Apa akan jadi kalau Husam tidak menang kerusi Timbalan Presiden? Sekadar ramalan saya, Ustaz Nasha akan terus mengungguli jawatan Timbalan Presiden Pas sementara Naib2 terdiri daripada Salehuddin, Dato' Tuan Ibrahim dan Mujahid.
Dato' Husam akan menang sekiranya beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR!
salam bro mso
pukul sahaja si husam. tak pernah aku tengok manusia hipokrit takut dengan karpal darpada tuhan..
kena sergah dengan karpal pasal hudud, dia tarik hand brake..
walaupun aku berbeda pandangan politik dengan kau, untuk kes husam ..aku bersama kau mso..
KASI HANTAM TOYBOY ANWAR TU !
Husam Pemecahbelah Parti
Pertandingan merebut jawatan dalam PAS sepatutnya menjadi pertandingan antara adik beradik dan dibuat dalam suasana mahabbah dan ukhuwwah. Itulah yang diajar sekian lama kepada ahli-ahli PAS.
Tetapi kali ini nampak ketara perbezaan suasana yang kita alami. Husam sedari awal pengumuman untuk bertanding telah membawa budaya asing ke dalam PAS. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS pengumuman untuk bertanding dibuat di hadapan para wartawan melalui sidang akhbar. Itu budaya UMNO, itu budaya Shafie Afdal, itu budaya Zahid Hamidi dan sekarang telah menjadi budaya Husam dan Mahfuz.
BACA DISINI BARU TAU....!!!!
http://muktamarpas.blogspot.com/
Penguasaan media alternatif
Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.
Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.
Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut
“Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..”, kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. “Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan ‘hamba’ amat besar..”, kata Husam.
Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.
------------> bila nak keluar buku?
Salam Pak Sayuti.Saya seperti mane Pak Sayuti seorg pencinta kebenaran.Saya syg kan Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) tapi sy lbeh syg kan kebenaran.apa sudah jadi skang Pak Sayuti?Nmpknye org yg Pak Sayuti cube nasiht tak mkn jugk nmpk gaye nye.malahan ade plk yg membela beliau dan menghentam Pak sayuti.keadaan dah jd mcm mkin celaru.sdg kita dlm usaha menjatuh kan kem UBN,dlm kem kita sendiri berbalah.berbeza pendapat xpe tp ini sudh tahap tudoh menudoh tanpa bukti, ugut mengugut.ini budaya yg tidak sehat.Saya harap Pak SAyuti, Husam dan Tuan Guru dpt duduk semeja selesai kan hal ini dgn penoh mahabah hikmah.saya harap juga saudara Husam kalau mmbace komen ini dpt lah kiranye kite tumpukan agenda yg lbeh pntg kearah Malaysia baru.salam
Itu hak dia nak umum apa pun. Mad Sabu Umum Naza Pun Umun nak pertahan.Itu teknikal bukan Issu.Yang jadi issu ni Dia dah terbuti berkesan Jaga Kelantan dgn baik.Oleh itu tumpulah pada kelantan sebab TGNA kalau ikut hukum akai tak lama lagi.Elok lah Hussam dari yang lain lain yang dok tunggu dengan mulut tebuka ambil alih tugas TGNA.Yang silapnya dari segi moral pi bertanding Tim .Presiden buat apa dan nak Gantikan UMNO pulak tu.Boleh kah dia pimpin parti sehingga peringkat tu.Parti dan kerajaan lain caranya.Parti ada matlamat Khusus mankala Kerajaan adalah memberi kithmat pada masyarakat.Mad sabu memang pakar dalam hadapi issu dan telah di uji dan di cuba dengan berbagai ujian da cabaran hingga ke peringkat antarabangsa sudah sampai masa dia pegang Tim Presiden.Naza tu perlu rehat sekejab buat sementara sebab kes dia berat sangat ni serious.
Hussam munkin pintar dari segi pentabiran Kerajaan tapi tak semistinya pintar memimpin parti.Macam MB Kedah Azizan Sala tu masa jadi pesurujaya memamnglah bijak jaga parti sampai boleh menang.Tapi bila dah jadi MB dah jadi lintang pukang masalah rakyat dok tak selesai sehingga kini.Judi arak,maksiat merata asak dok bagi alasan tak mahu nak berubah sebab takut hilang undi cina.Akhir sekali MB pegang 7 potfolio dalam kerajaan.Setiap hari kira Elaun.Waktu petang Tel PA ALI malam bincang dgn Naza bagaimana nak atuk Parti dan mudah nak dapat Kuasa dalam kerajaan supaya cepat boleh habuan.Kita perlu bersihkan PAS dari pihak oportunis yang memporak perandakan parti.
Nik Amar pun ok jadi MB... Husam elokla diangkat ke parlimen nanti PRU13.. kita kurangkan kontroversi peringkat negeri ni..
Salam,
Saya yakin, TGNA mengikut lunas dan tuntutan Islam apabila memutuskan sesuatu. Tentu beliau bersolat istikharah sebelum membuat keputusan itu dan barangkali hasil daripada solat istikharah itu, memberikan petunjuk yang berbeda.
Jangan memanjat cepat sangat, sebab naik ini perlu skil. Turun, senang je.
Assalamu 'alaikum,
Tulisan dan teguran yang penuh hemah dan konstruktif beginilah yang membuatkan saya 'respek' Tn Hj MSO.
Jazakallah, wassalam.
sangFaqir
komen sikit... makin nak dekat dengan kemenagan.. PAS sudah makin hilang dari pegangan.. nampak seperti berlumba2 mengejar jawatan.. terikut2 dgn rentak UMNO.. masing2 nak tunjuk diri hebat.. nak bersaing dapat jawatan.. semuanya Allah nilai.. kalau jawatan itu wasilah untuk islam terus unggul.. maka teruskanlah.. tetapi jika jawatan itu menenggelamkan kamu lupa dan alpa.. maka kamulah pejuag islam yang menempah neraka Allah.. so berhati2 dalam berjuang.. kerana berjuang bukan senang..awasi niat kamu.
Post a Comment