Saturday, June 27, 2009

Susupan Malam

Elok Kalau Naijb Tak Layan Nik Aziz
Muzakarah, Muqabalah dan Terbaru Mujadalah... Semua Tak Jadilah...

DALAM tilikan dan renungan makrifah saya ada untungnya juga apabila kedua-dua parti orang Melayu terbesar yang menganut agama Islam, Umno dan Pas diwujudkan Allah s.w.t. atas dunia ini. Banyak yang kedua-dua parti ini sumbangkan untuk orang Melayu; berbagai-bagai dan berpetak-petak!

Paling terasa sekurang-kurangnya dengan adanya Umno dan Pas, rakyat negara ini terdedah dengan berbagai istilah siasah di dalam bahasa Arab yang diperkenalkan atau lahir dari ekoran kemelut kedua-kedua parti itu. Dalam hal ini orang Paslah yang rajin mengemukakan istilah berbahasa Arab yang sedap didengar dan indah disebut tetapi sukar untuk diimplimentasikan!

Saya sangat yakin kalau bukan kerana ada pemimpin Pas ini, perbendaharaan dan istilah Arab itu tidak akan terdengar oleh kita. Mungkin kita akan diisi dengan istilah-istilah atau akronim Inggeris yang menjadi pujaan Umno. Umno begitu jinak dengan istilah barat, manakala Pas pula sinonim dengan istilah Arab.

Saya perhatikan semua bahasa atau istilah Arab itu lahir apabila kedua-dua parti itu dalam keadaan kritikal dan takala ada cetusan usaha untuk mendamaikannya. Gara-gara keadaan itu maka lahirlah berbaga-bagai cadangan dan pendapat menyelesaikannya yang menggunakan pakai istilah Arab. Jarang dipakai istilah Inggeris kerana ia dilihat sebagai unIslamic.

Bahasa Arab atau istilah pertama untuk mendamaikan Umno dengan Pas yang yang didengari sejak lama dulu ialah perkataan MUZAKARAH. Muzakarah ini dicadang oleh pihak Pas. Maksud muzakarah ialah berbincang ataupun berunding dengan Umno bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti itu untuk kebaikan negara dan rakyat.

Muzakarah ini juga sering menjadi rujukan rakyat atau golongan yang mahu kedua-dua parti itu bersepakat dan duduk dalam satu saf. Mereka yang bimbang dengan persengketaan kedua-dua parti itu sangat mengharapkan akan berlaku muzakarah antara Umno dan Pas. Mereka berharap mudah-mudahan dengan muzakarah itu akan menemui idea baru dan mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan politik disebabkan perselisihan faham antara kedua-duanya, di mana kerana perselisihan itu merugikan rakyat dan negara.

Muzakarah ini bermakna duduk berbincang dengan waras, berunding dengan penuh berhemah, terbuka dan penuh semangat ukhwah Islamiyah. Natijah daripada itu akhirnya membuat rumusan bagaimana mencapai jalan penyelesaian untuk kesejahteraan umat dan keamanan negara.

Paling baru istilah muzakarah ini keluar atau menjadi sebutan umum selepas pilihan raya umum ke-13 lalu apabila beberapa pemimpin Pas telah ‘bermuzakarah’ secara sulit dengan pemimpin Umno untuk mengatasi kemelut politik yang dihadapi kedua parti itu kesan pilihan raya umum lalu yang dikatakan mencemaskan!

Malangnya idea itu tidak jadi, dan pemimpin yang bercadang mengadakan muzakarah itu dimarahi dan dituduh dengan pelbagai tuduhan kononnya gilakan pangkat, membelakangkan ahli dan sebagainya. Sebahagian pemimpin Pas yang lain menentang idea berkenaan. Tentangan itu turut melibatkan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap pemimpin bertaraf ulama tertinggi dalam parti itu.

Mulanya Nik Aziz tidak setuju dengan cadangan atas nama muzakarah itu. Beliau lalu mencadangkan supaya Pas tidak mengadakan muzakarah, tetapi hendaklah mengadakan MUQABALAH dengan Umno. Muqabalah juga bemaksud hampir sama denga muzakarah tetapi bezanya ia dibuat tanpa ada syarat dan tanpa ada rumusan atau kata sepakat. Dalam bahasa Melayu berbincang secara lisan saja tanpa ada apa-apa komitment.

Pai mai pai mai, ekoran kemarahan dan tidak setuju Nik Aziz itu kedua-dua idea itu tidak dipakai. Dok tang tu juga! Pas tidak mengadakan muzakarah dan tidak juga mengadakan muqabalah. Orang sudah faham bila Nik Aziz menukar istilah atau term itu bermakna beliau tidak bersetuju dengan menentang cadangan agar Pas berbaik dan berbincang dengan Umno. Ternyata akhirnya bukan saja muzakarah tidak disetujui, muqabalah juga akhirnya tidak disukai.

Maka tertinggallah dua istilah itu MUZAKRAH dan MUQABALAH dalam karung geram buruk yang kemudian dicampak ke laut!

Dan hari ini terkeluar satu lagi perbendaharan baru berbahasa Arab, MUJADALAH. Ianya disebut dan dicadang oleh Nik Aziz. Mujadalah ertinya berdebat atau dalam bahasa mudah berbalas menggunakan ‘keng’ di tempat terbuka. Kalau ikut hati si pencandag itu mahu diadakan dalam televisyen.

Perkataan atau istilah itu diterbitkan apabila Nik Aziz mengajak untuk bermujadalah dengan Najib Razak selalu presiden Umno. Tujuannya sama bagi menyelesaikan kemelut Pas – Umno yang berlarutan sejak tahun 50-an dulu. Menurut Nik Aziz idea ini dicadangan ekoran Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap kenyataanya yang menuduh atau mengumpamakan Umno sebagai komunis dan sesat, seperti ajaran sesat ajaran Ayah Pin. Ternyata kenyataan Nik Aziz itu melukai hati orang Umno.

Menurut Nik Aziz mujadalah diajar oleh para Nabi dan bukan pandai-pandainya. Katanya Nabi ajar agar berdepan dengan musuh secara bersemuka. Ia bukan baru. Beliau mendomankan kepada Musa yang berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Bagi orang yang faham tektikal politik dan arif dengan sepak terang politik Menteri Besar Kelantan itu tahu ke mana dan mengapa beliau tidak semena-mena ingin berdebat pula dengan Najib.

Apa yang menimbulkan kemusyilan di sini berhubung kata-kata Nik Aziz itu apakah para Nabi tidak mengajar ummahnya berbincang dan berunding secara baik jika berhadapan dengan masalah. Apakah Nabi tidak menganjurkan supaya bermuzakarah atau bermuqabalah? Dan kalau Nabi juga ada menganjurkan begitu kenapa mujadalah yang menjadi pilihan?

Bagi saya cadangan Nik Aziz itu agak sonsang dan terlewat yang tidak perlu dilayan oleh Najib. Ia juga seperti anti klimeks dalam mencari pedamaian antara Pas dengan Umno. Ini kerana baru beberapa hari saja Pas telah memansuhkan cadangan untuk membincang idea unity goverment dengan Umno yang dlihat lebih ideal. Alih-alih hari ini hendak ajak Umno berdebat pula. Bukankah kegagalan itu juga disebabkan Nik Aziz dan yang mempelawa berdebat itu juga Nik Aziz?

Apa lagi sakit dan rasa pedih Umno atas penolakan cadangan itu masih terasa tiba-tiba mereka ingin menyahut ajakan Nik Aziz itu? Cara Nik Aziz itu jelas sangat ianya bukan ikhlas dan tidak lebih daripada menjelaskan lagi kebenciannya kepada Umno.

Justeru, sekiranya Najib tidak bersedia memenuhi perlawaan itu sesuatu yang bijak. Biarlah kalaupun Nik Aziz dan penyokongnya menuduh dan memperlikan Najib pengacut tidak mengapa. Biarlah dikatakan penakut yang penting orang ramai sudah mula memahami siapakah yang melampau dan sengaja bermain dengan kata-kata untuk kepentingan politik dalam konteks ini.

Muzakarah ke, muqabalah ke atau terbaru mujadalah ke... semuanya tidak jadiLAH.. [wm.kl. 8: 15 pm 27/06/09]

22 comments:

2kali5 said...

SAYA AMAT-AMAT BERSETUJU DENGAN TUAN...

tuan akan terima kritikan yg banyak tapi bersabarlah...

ALLAH maha memahami...

firdaus said...

malaslah orang politik ini

lagi baik baca pasal micheal@mikaeel jackson yang baru sahaja kembali ke rahmatullah

takda orang pas atau umno ke nak pegi ke amerika tolong mensolatkan jenazah Allahyarham

Salleh - Putrajaya said...

Terima kasih..., saya percaya ini adalah sebuah coretan yang ikhlas dari hati tuan MSO berdasarkan ilmu dan pembacaan politik yang Allah kurniakan kepada beliau.
Apa pun Allah lebih mengetahui (Wallahuaa'lam)

RBF Online said...

hai mso,

lain mcm tulisan sekali ni

bekeng nampak !

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Bercekah,mentekedarah,pasrah... jom berkelah untuk bermuhasabah, baru dok jadi punoh ranah sebab semua terlePAS dah.....Ape kejadah?
Jadi mari kita berdakwah untuk hablum minanas wa hablum mi nallah!

abu muaz said...

Satu lagi istilah yg sesuai 'MU KOHO BALOH ' antara dua parti ini.Dua parti ni memang sesuai untuk jadi check and balance antara satu sama lain.Tapi sebenarnya dua parti ini saling memerlukan antara satu sama lain kalau bukan hari ini mungkin suatu hari nanti....

Sulaiman said...

Saya setuju dengan Tuan Guru... Tuan jgn lihat umNO pada bangsa dan agama majoriti ahlinya, tapi tuan perlu lihat pada perjuangannya.

Salahkah Tuan Guru meminta hendak berdebat untuk menerangkan keadilan Islam dengan segolongan manusia yang mengakui beragama Islam tetapi meragui Undang-undang Islam yang diperincikan satu persatu hukumnya oleh Tuhan pencipta manusia?

Rosle Azmi said...

Dah kelihatan jelas tok guru nik aziz dah mula merapu dan melalut tak tentu pasal... saya amat kecewa sebagai seorang ulama yang dihormati disegani akhirnya melahirkan kebencian terhadap beliau ekoran daripada pandangan dan tegurannya sejak akhir-akhir ini amat mengecewakan sebilangan besar masyarakat Islam khususnya orang melayu.

Dah cukuplah tu jangan kelirukan lagi. Masalahnya.... banyak pemimpin umno telah silih berganti.... sementara beliau (Nik Aziz) tidak diganti maka itu perseksi beliau terhadap umno tidak berubah dan menganggap umnolebih teruk daripada DAP.

Saudara MSO saya amat bersetuju dengan tulisan dan pandangan saudara kali ini yang sedikit sebanyak telah dapat melihat PAS yang sebenar.

Dan saya juga sependapat dengan saudara iaitu pucuk pimpinan umno tidak lagi untuk melayan perkara-perkara seperti ini supaya orang melayu tidak dijahanamkan lagi yang akhirnya akan menguntung kaum lain.

TurkeyKini said...

mujadalah juga termasuk dalam konsep dakwah kepada mad'u...

Saya juga kurang pasti mcmana tuan anggap TG nik tak ikkhlas..

Tp kalau itu yg awak nak cakap... ye gasak awak

sembang haroki said...

sepatutnya istilah muzakarah atau hiwar yang membawa maksud berbincang digunakan. ianya lebih menunjuk adab2 islami.

Cheguman said...

Kemukakan istilah yang orang tak faham... satu helah yang cukup licik.

AbgTuah said...

SALAM SAUDARA MSO..

BAIK SUNGGUH PENULISAN SAUDARA..

TAK GUNA MUZAKARAH, MUQABALAH ATAU MUJADALAH SEBAB TAK PERNAH JADILAH..TETAP BERPECAH-BELAHLAH

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Salam MSO,

Saya nampak saudara Sulaiman tak faham apa yang cuba disampaikan oleh tuan MSO. Cuba baca dari awal hingga akhir apa yang disampaikan oleh MSO. Jangan ambil sekerat2 kemudian buat rumusan sendiri. Nampak sangat saudara Sulaiman ini kurang berilmu dan gelojoh.

Apapun tuan MSO, saya bersetuju dengan tuan, keluar la pelbagai istilah bahasa Arab sekalipun, pokok pangkalnya adalah kejujuran dan keikhlasan. Idea kerajaan perpaduan sudah cukup baik, tapi disia-siakan oleh N.Ajis. Kini mahu berdebat (mujadalah) pula, apa faedahnya kepada umat Islam atau bangsa Melayu jika difikirkan secara teliti???

Atau apakah kali ini, N.Ajis cuba 'berkias' lagi hanya untuk kepentingan politik sempit pihak tertentu??? Hanya N.Ajis dan Allah sahaja yang tahu apa tersirat dalam sudut hatinya.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Oh ya tuan MSO,

Pilihanraya umum yang lepas adalah PRU-12, bukan PRU-13. Yang PRU-13 nanti, insyaAllah PAS bakal jatuh merudum dengan teruk bersama PKR. Yang bakal naik adalah DAP, dan sekali lagi Lim Kit Siang dan Kepala Singh akan memerintah pembangkang semula.

Harap diperbetulkan.......

sembang haroki said...

barangkali semakin keras semakin baik untuk pas. mungkin dalam masa terdekat dipopularkan pula mudhorabah dan muqotalah!!

Tranungdaily said...

DEBAT=MUZAKARAH=MUQABALAH=KERAJAAN PERPADUAN.

Yg Dtg dari TGNA semua betul, Yg datang dari TGHH semua mesti kondem. tu la pegangan puak2 si baju petak2.
TA'ASUB! Dua2 Tok Guru x ma'sum.. Ada silap. Yg sedar, insaflah. Yg penting, dua2 Tok Guru perjuangkan Islam.Mana2 idea yg x bercanggah QUran Sunnah walau siapa yg bawa, sokonglah...mana2 yg bercanggah, tentanglah walau siapa yg bawa...

X lama lagi, MSO akan dicop BONEKA UMNO BN....huhu

p e l u r u s e s a t said...

sudah lah MSO..nyah la ko bersama-sama MUSTAFA ALI dan NASHARUDIN MAT ISA dari PAS..kami puak Erdogan dalam PAS dah muak dgn politik ko

مَعهَدين الُمعلمْ said...

salam.
nk bincang ape lagi ngan UMNO??
aku mmg pertikaikn keikhlasan UMNO klau nk bincang ngan UMNO pasal perpaduan. tengok selama nie sape yg memecahbelahkn perpaduan org melayu..

bukan UMNO ke yg hasut sana hasut sini. so sekarang baik diadakan perdebatan baru lah leh nmpk baik buruknya..

Tuan MSO jgn la taksub sgt ngan kerajaan perpaduan tu..
org dh tutup buku dah..

ISC said...

Apa tujuan berdebat? Nak tentukan yang benar dan yang salah. Yang salah nanti akan insaf dan masuk ke pihak yang benar. Itulah namanya perpaduan juga.

Muzakarah dan muqabalah pun bertujuan untuk cari titik persamaan untuk perpaduan.

Jadi muzakarah, muqabalah dan mujadalahadalah untuk sampaikan mesej dakwah.

Kalau berdebat untuk tunjuk keras keng, tiada faedah. Perkara tiada faedah sia-sia. Patut kena tutup buku jugak.

melikapakjangak said...

Saya pernah dengar orang besar Pas kata Umno bukan parti Islam, maka Umno dengan sendiri tidak layak untuk berdebat, bermuqabalah atau apa-apa juga bahasa Arab yang membawa maksud berbahas, berdebat, berbincang, bertukar pandangan dan sebagainya dengan Islam.
Oleh itu bagi saya ajakan, cadangan, pelawaan atau aa-apa sahaja perkataan sama ada bahasa Arab. Inggeris, Siam, Peranchis, German, Tamil, Urdu, Cina atau sebagainya yang sererti dengannya, TIDAK LEBIH DARI UMPAMA MELEPAS KENTUT SECARA PERLAHAN-LAHAN DAN SULIT DI TENGAH-TENGAH ORANG RAMAI. KENTUT ITU PULA KENTUT LEPAS MAKAN DAGING KERBAU PERKASAM. Maknanya bukan sahaja orang ramai tetapi pelepas kentut sendiri akan MENONYE dibuatnya. - RAMLI ABDUL HALIM

Sulaiman said...

Saudara Shonzu ini lebih jahil nampaknya dengan mudah menilai orang samada berilmu atau tak hanya pada 2 kerat coretan. Saya yakin saudara hanya mambaca di sebelah pihak atau kalau saudara baca pun tulisan di pihak yg berlainan dgn fikrah saudara, saudara menutup hati saudara seperti penutup tin yg dah terpatri.

Keikhlasan seseorg bukan boleh dinilai oleh sesiapa termasuk tuan MSO (walaupun saya hormat beberapa firasat tuan MSO ada yg hampir benar, tapi itu tidak meletakkan tuan MSO di tempat wali Allah yg firasat mereka adalah ilham daripada Allah).

Saya turut bersetuju dgn pandangan tuan MSO dlm byk perkara tentang UG, tetapi dlm isu berdebat ini saya lebih bersetuju dgn penjelasan TGNA. Saya yakin TGHH dan Ustaz Nasa atau tentunya Husam sekalipun akan sependapat dgn TGNA. Bukan kerana ia adalah pandangan TGNA tetapi kerana ia adalah kaedah yg digunapakai oleh Ulama yang mempertahankan akidah Islam sepanjang zaman.

Saudara juga mesti ingat bahwa debat tidak semestinya berakhir dengan permusuhan kerana Imam Shafie sendiri berkali2 berdebat dengan murid Imam Hanafi tetapi kedua2nya saling menghormati antara satu sama lain. Cuma bezanya dengan debat antara PAS-UMNO ini adalah debat berkaitan perkara dasar parti yang juga merupakan dasar perjuangan dakwah Islam.

Berbalik kepada kejujuran dan keikhlasan tadi, setiap manusia akan berterusan berjuang mempertahankan pandangan mereka dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui sanubari masing2 samada perjuangan mereka adalah jujur dan ikhlas kerana Allah atau tidak. Lalu bermula di sinilah kemenangan hanya akan diberikan oleh Allah kepada mereka yang benar2 jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Islam (kebenaran) yang diturunkan oleh Allah s.w.t...

pemudacakna said...

Pada fikiran ambo hok kemaca ni, baik tok sohlah pikir hal bedebat nyo. Kalu mene pon tok leh gapo satu. Hok tetunyo, hok bene akan bual besar dan palu gong dek kemenangannya.
Silap-silap bergocoh sama sediri. De taksub gak, boleh jadi mace-mace. Sama bangsa dan sama agama tok kenal doh.
Tok sohlah... baik fikir benda lain hok untung kepada rakyat.
'Jange dok berkekoh supo kakoh dale hute'.
Berbaik-baiklah sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih.