Monday, June 15, 2009

Berita Parlimen

Nizar Jamaluddin Cipta Sejarah Lagi

BEKAS Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin mencipta satu lagi sejarah hari ini di Parlimen apabila beliau digantung sidang Dewan sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen. Nizar yang diperintah oleh Speaker, Pendikar Amin Mulia supaya keluar Dewan kerana dikatakan melakukan kesalahan melanggar etika berpakaian di dewan.

Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) N Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Zulkefeli Ahmad (Kuala Selangor).

Mereka dikatakan telah memakai lilit hitam bertulisan putih di songkok yang berbunyi "Bubar DUN" yang merujuk kepada Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebelum ini Nizar telah mencipta beberapa sejarah ganjil dalam politik demokrasi negara ini termasuk ikut bersama speaker Perak bersidang di bawah pokok, mendiami kediaman menteri besar serta terlibat dengan kekecohan dalam sidang Dun Perak.

Nizar kini sedang menanti keputusan mahkamah berhubung permintaanya bagi menetukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara beliau dengan Zambry Abdul Kadir. Ketika ini MB Perak yang dianggap sah ialah Zambry.

Sebelum ini belum pernah ada ahli Parlimen yang baru mengangkat sumpah sebelum sempat duduk dikerusinya dihalau keluar sidang. [parlimen 1:20 am 15/06/09]

6 comments:

Anonymous said...

salam MSO..

apa nak jadi pada emimpin kita sekarang ni..dah nak dekat 2 tahun tapi masih lagi xbuat keje asik dengan berpolemik sahaja..

pendek kata kami dah bosan dengan perangai depa ni..xmahu bekerja. memalukan pas saja.

WakJ Zoner said...

Salam Pak Mso

Macam ini kah contoh wakil rakyat yg harus dijadikan tauladan. Tidak tahu adap-adap dan menghormati dewan. Nampaknya Nizar ini lebih DAP dari Dap itu sendiri. Sebagai seorang yg mempunyai ilmu agama yg lebih tinggi dari pemimpin Umno, dan mebawa imej pas, sepatutnya nizar menunjukan contoh tauladan yg baik,dan tidak terlalu terbawa-bawa perasaan dendam dan amarah. kadang2 saya keliru sama ada nizar ini wakil Pas atau Dap. Dengan sikap sebegini terserlah lah mentaliti nizar yg hanya sekadar bertaraf Adun sahaja.Berasa malu dan rugi kepada sesiapa yg mengundi nizar semasa PRK di bukit gantang tempoh hari. amat rugi sekiranya suara rakyat tidak dapat didegari di dewan rakyat oleh kerana sikap MP yg sebegini. cukup2 lah mencipta sejarah yg kurang enak dipandang mata nanti lama kelamaan rakyat pasti akan rasa meluat dengan sikap begini.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan

Kalaulah berterusan begini, rakyat pun akan naik menyampah dengan pemimpin pakatan rakyat.

Sudah2 lah Saudara Nizar. Anda dah jadi Ahli Parlimen, anda tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak. Tumpukan tugas anda sebagai wakil rakyat, jangan berterusan begini

firdaus said...

mungkin ini adalah strategi PR yang sudah mula melihat situasi di Perak kini sudah semakin reda, jadi mereka akan lakukan apa sahaja bagi memarakkan situasi ini.

adalah tidak baik untuk meneruskan dendam yang tak berkesudahan ini, memanglah marah dan geram kerana kita telah jatuh maruah dengan sedemikian rupa, tetapi keadaan dah tak menyebelahi mereka, apa nak buat.

lebih baik lupakan saja, berserah sajalah kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menentukan Segala Perkara.

tidak rugi rasanya utk PR bawa bersabar dalam masa 4 tahun ni.

KerisKontot said...

Walaupun saya penyokong kuat PR tapi saya kesal dengan apa yang telah terjadi dalam Dewan Rakyat semalam. Lebih2 lagi kekesalan saya terhadap perbuatan YB Nizar yang saya kagumi.

Saya boleh terima sekiraanya protes hanya dilakukan dengan memakai Headband..tetapi melaungkan kata2 semangat rasanya tidak kena pada tempatnya.

Mungkin terlebih semangat kot. Sebenarnya YB Nizar boleh menyuarakan hasratnya dari kerusi nya dalam bentuk yang lebih sesuai dengan Dewan.

Maafkan saya YB Nizar. Saya sayangkan PR. Saya sangat sayangkan perjuangan ini Jangan kita tersilap langkah sebab kemenang sudah terlalu hampir. hanya sedikit kesabaran sahaja lagi untuk kita mengecapi saat manis kemenangan. Jangan kerana langkah sumbang kita menyebabkan jalan kita semakin jauh.

Salam Perjuangan.

Yusoff bin Ishak said...

Perangai pemimpin PR semakin pelik berbanding UMNO (bukanlah sokong UMNO).Saya kecewa dgn karenah mereka yang tak habis2 tu. Seolah2 perangai DAP yang MP/ADUN PAS cuba tiru plak...PRU akan datang perlu difikirkan semula perlu atau tidak memangkah PR lagi...bukan abis boreh jo balik kg undi mike...