Isu Unity Government Selesai, Pakatan Kembali Berpadu!
ALHAMDULILAH, hari ini cuaca benar-benar cerah. Hendaknya kecerahan hari ini akan berkekalan sehinggalah menjelang pilihan raya umum ke-13. Kecerahan ini juga akan membawa berkat dan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Manik Urai kelak.
Segala-galanya tamat dan selesai hari ini. Isu unity government yang menjadi ibu segala masalah dikira berkubur hari ini. Semuanya sepakat telah mengapan dan mentalkinkan idea berkenaan!
Dalam penyelesaian dicapai hari ini tidak ada siapa yang menang dan tidak ada siapa yang kalah. Kalau ada air mata yang menitis ialah air mata kegembiraan. Natijah hari ini adalah hasil daripada doa dan harapan seluruh penyokong Pakatan Rakyat yang mengharap dan menantikan perubahan.
Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat, baik dalam Pas, PKR dan DAP sepakat dalam membaca kehendak para penyokong bawahan dan rakyat jelata. Mereka tidak berego dan berkeras dengan pandangan peribadi namun tetap mengambil kira pandangan dan arus dari bawah.
Di bangunan parlimen kira-kira jam 2:20 petang, satu kenyataan bersama dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang menolak cadangan unity government. Satu kenyataan yang ditandatangani oleh tiga pemimpin tertinggi Pakatan dikeluarkan, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Limt Kit Siang. Dengan terzahirnya kenyataan demikian dengan ini, isu unity government yang menghantui umum sehari dua ini khlas!
Kenyataan yang mengandungi tiga perenggan itu berbunyi;
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitment untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional yang merupakan satu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak untuk mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dokongan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan intergriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM12.5 billioh projek PKFZ, salah gunakuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihan raya bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihan raya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
Kenyataan itu dibuat dengan kesemua pemimpin tertinggi Pakatan hadir. Dari PKR yang turut hadir ialah Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali, Naib Presiden Mohd Azmin Ali, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail, daripada Pas pula, dua Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Musatafa Ali serta bekas MB Perak Mohamad Nizar Jamaluddin turut sama hadir.
Manakala dari DAP, Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sementara itu kira-kira jam 6:00 petang pula Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini.
Dalam kenyataan empat perenggan yang dibacanya sendiri berbunyi;
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
Apa yang manis dan membanggakan di sini ialah apabila beliau bersedia meralat semula kenyataan beliau berhubung dengan Nasharudin. Sudah pasti kenyataan dan keesediaan Tok Guru menarik balik kenyataannya itu dialu-alukan oleh semua orang. Sikap terbuka dan gentlemen Tok Guru itu menambahkan lagi intergriti beliau sebagai Mursyidul Am Pas dan selaku penasihat kepada jemaah Islam. Di sinilah ketinggi moral Tok Guru Nik Aziz yang jarang dapat dilakukan pemimpin lain.
Dalam pada itu Nik Aziz juga telah memperbetulkan semula satu lagi kesilapan yang dianggap melampau oleh golongan tertentu di Kelantan yang melarang mana-mana pemimpin Pas yang menyokong idea unity government daripada menghadiri diri pada pilihan raya kecil Manik Urai.
Permintaan Nik Aziz supaya semua pemimpin Pas ramai-ramai ke Manik Urai itu menjelaskan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin tertentu itu tidak sah dan ianya dibuat tanpa pengetahuan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya dan ianya pandai-pandai pemimpin tertentu saja. Mereka yang bertanggungjawab membuat 'arahan' itu seharus memohon maaf kepada Tok Guru dan juga pemimpin yang dimaksudkan agar tidak hadir di Manik Urai.
Mudah-mudahan dengan dua peristiwa hari ini ia mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Selepas ini hendaknya semua pemimpin tidak lagi bercakap mengenainya dan tidak lagi akan melayan mana-mana pihak yang cuba membangkitkannya walau dalam keadaan apa sekalipun. [wm.kl. 11:00 pm 22/06/09]
13 comments:
Assalamualaikum wm wb.,
Islam menganjurkan perpaduan berdasarkan Quran, bukan pertimbangan sejarah atau politik. Kesilapan boleh dalukan oleh semua insan termasuk para Rasul dan Tok Guru. Sikap pemimpin terlalu angkuh atau kurang mendengar dan melihat kebtahuenaran merugikan Islam. Janganlah berbohong untuk tjuan apapun kerana Allah Taala Maha Tahu Segalanya. AA.
Pak MSO,
Sebak saya melihat video kenyataan Tok Guru Nik Aziz.
Terlalu gembira apabila melihat tok guru kembali duduk semeja dengan Ustaz Nasha.
Tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya bila Ustaz Nasha mencium tangan Tok Guru.
Inilah keistimewaan parti kita, Pas yang tak ada dalam mana mana parti lain.
Saya yakin, Allah selalu melindungi parti Pas daripada sebarang pecah belah dan ancaman fitnah.
Mari kita lupakan sengketa lama.
Ayuh kita mengorak langkah baru.
saudara mso,
mari kita lihat pihak mana yg akan trus menembak pimpinan.. lpas UG ape plak point seterusnya..nampk nye usaha utk menggunakan UG sbagai batu loncatan untuk control segalanya(read:PAS)..TGNA sudah kembali tenang..kan betul cakap anak dia..slama ni yg problemnya adelah pembantu2 TGNA..lpas jumpe face to face sume ok..TGNA pon setuju ngan UG jika saluran yg btul(selama ni xde TGHH nk guna salura xbtul).. kan terbukti TGNA dipengaruhi cerita2 xenak dr pembantu2nya yg ade kepentingan masing2..alhamdulillah sumenya sudah selesai..Allahuakbar!!
Salam MSO,
Saya setuju dengan pandangan Pendukung Islam yang amat mendalam.
mso
pasti akan ada 'syaitan2' yg berlegar dlm pas akan menggelupur kepanasan apabila melihat gambar no 2 dari atas di blog mso iaitu HORMATILAH SEBUAH KETELUSAN atau mereka melihat video di bawah ini
http://www.malaysiakini.tv/video/17283.html
pelik, dah hampir 4 hari jentera pilihanraya manek urai buat keputusan boikot sesama sahabat jemaah.
Anwar pulak seolah-olah presiden Pas di kelek ketempat ceramah.
TGNA baru tahu? Macam mana tadbir negeri ni? Pembantu TGNA ni memang jenis menyesatkan ker?
sekarang baru tahu siapa tok dalang yang sebenarnya.
tok dalang ni memang sah sudah sesat, sanggup menjadikan murshidul am sebagai pak dogolnya
alhamdulillah segalanya telah selesai
betul kata tuan mso bahawa sikap terbuka TGNA menambahkan lagi intergriti beliau sebagai Mursyidul Am Pas yang terulung
tuan guru telah melemahkan semangat semua penyokong PR tapi dalam masa yang sama tuan guru jugalah yang menaikkan semangat kami !!!
semoga Allah memberkati PR semasa PRU ke-13 nanti, sama-sama kita berdoa
Salam MSO,
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengqabulkan doa-doa para pencinta gerakan Islam PAS. Tahniah! Diucapkan kepada Tok Guru yang menunjukkan contoh teladan kepada para pimpinan atasan dan bawahan, walaupun telah terlajak perkataan namun atas kemuliaan diri yang Allah berikan telah memohon kesilapan. Semoga Allah memberkati semua pimpinan gerakan Islam PAS dan seluruh ahlinya.
Alhamdulillah...Hebatnya kepimpinan Ulamak yang kembali kepada Quran dan Sunnah utk menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam Jemaah..Tahniah..Berhati-hati jugalah dengan golongan munafikun yang sentiasa mencari kesempatan utk menjatuhkan seseorang..klu tidak, masakan TG Nik Aziz tak tahu cerita orang tertentu tak boleh ceramah di Manik Urai..siapa punya kerja? Benarlah Tulisan Nik Abduh " Kerja-kerja Bodoh Dalam Pas " kita tengok sapa yang akan disingkir oleh Allah...
Syabas nasa.engkau memang anak yang baik.mendiamkan diri akhirnya meredakan sedikit demi sedikit kemarahan sang bapa.akhirnya kasih sayang bertaut kembali.bapa!!! engkau melepaskan segala ego di celah telapak kaki.sifat dan teladan engkau, anak-anak akan contohi.
Rupanya disinilah timbul jua kebenaran ape yang di tulis oleh nikabduh......Masyaallahh!!!!
semoga allahh melaknat mereka yang merosakan perjuangan ini
Salam hormat !
Berlapang dada dengan dua kaedah memilih rakan perpaduan,yang pertama seperti pepatah arab menyebut "laksana memilih penjual minyak wangi sebagai kawan,jika tidak dibeli pun pasti akan tercium aksn bau wanginya,manakala rakan yang perlu ditolak untuk berkawan diumpamakan seperti "laksana memilih teman seorang tukang besi,jika didekati pasti percikan api akan membakar pakaian anda".
Jadi disini terdapat dua pilihan iaitu kawan yang bolih membawa kebaikan dan kawan yang bolih membawa kemudhoratan.Sebarang keputusan yang silap sudah tentu tidak akan membantu menyelamatkan persahabatan itu berkekalan. Berkata hajjatul Islami dari al-imam Ghazali Rahimahumullah "hendaklah anda periksa lima perkara,Pertama- cerdik akan akal fikiran, Kedua- Baik salasiahnya, ketiga-iklas dalam persahabatan,keempat-tidak mengagong agongkan kedunian semata mata,kelima-tidak menzalimi antara satu sama lain.
Post a Comment