MAAFLAH sampai sekarang saya tidak berapa faham apakah keperluanya masjid bereka bentuk senibina Cina dibina Rantau Panjang. Reka bentuk masjid berkenaan dikatakan ditiru reka bentuk masjid Beijing Cina.
Apakah tujuan dan maksudnya maka masjid yang bakal menggantikan masjid lama Rantau Panjang itu berkonsepkan seni bina Cina? Saya tidak tahu, tetapi nampakkan kerajaan Kelantan berbangga dengan pembinaan masjid berkenaan dan mereka ada alasannya tersendiri. Sering kali pemimpin Pas Kelantan menguar-uarkan akan peminaan masjid berkenaan dan dijadikan contoh.
Kerana kedudukannya di tepi jalan besar dari Banggol Kulim menunju ke pusat bandar Rantau Panjang, masjid itu akan menjadi mercutanda bandar Rantau Panjang. Pelancong asing yang masuk ke Rantau Panjang akan tersilau melihat masjid berkenaan. Dari pintu gerbangnya hinggalah kepada bumbungnya bercirikan seniubina Cina. Bagaimana kita melihat bangunan tokong Cina atau gedung-gedung perniagaan Cina begitulah jugalah rupa seni bina masjid itu.
Saya tidak fanatik dan ekstrem untuk menolak rekabentuk berkenaan dan reka bentuk bangsa atau budaya kaum apa sekalipun. Tidak salahnya rekabentuk itu kerana yang penting tempat itu bersih dan suci serta sah dijadikan tempat sembahyang. Masjid Nabi di Madinah pun asalnya dibina daripada batang kurma dan adunan tanah saja. Ciri dan reka bentuknya tidak menjadi persoalan.
Sebaliknya pula kalau kita menerima dan berpegang konsep reka bentuk sesebuah masjid itu tidak penting, kenapa kita susah-susah nak mengambil seni bina bangsa lain? Khabarnya sesetengah peralatan untuk membina reka bentuk masjid itu di import dari Cina. Apakah masyarakat Tionghua di Cina atau di mana-mana saja bermurah hati untuk memperkenalkan ciribina Melayu ataupun apa-apa budaya di tempat mereka? Apakah kita pernah berjumpa dengan apa-apa ciri seni bina Melayu di Beijing?
Bagi saya reka bentuk berkenaan tidak begitu tepat. Malahan ia seolah membelakangkan seni bina Melayu. Bangsa Melayu tidak kurang juga menarik dengan seni binanya. Kenapa masjid itu tidak meniru rumah Melayu berbumbung lima misalnya. Sudah banyak senibina dan keunikan bangsa Melayu lupus begitu saja dan tidak dipedulikan.
Rasanya daripada kita membawa seni bina Cina yang sudah berada di merata dunia itu elok kalau kita menampilkan seni bina Melayu yang menarik dan unik.
Saya juga kurang bersetuju kalau alasan pembinaan masjid berimejkan Cina itu untuk menarik perhatian masyarakat Cina mendekati Islam. Saya tidak nampak dengan membina masjid mengikut budaya Cina mereka akan jatuh hati kepada Islam.
Persoalan juga kalau hendak menarik masyarakat Cina, berapa ramai sangat orang Cina di Rantau Panjang. Rasa saya masyarakat Cina di pekan itu tidak sampai 5,000 orang? Jadi matlamat untuk menjadikan masjid itu sebagai objek tarikan kepada Islam mungkin tidak akan kesampaian. Tetapi kalau hendak dijadikan tarikan pelancong mungkin tercapai.
Mungkin kerajaan Kelantan ada motif tersendiri membina masjid bercirikan budaya Cina itu. Yang jelasnya itulah masjid pertama dibina oleh orang Melayu yang mengambil ciri senireka budaya Cina. Mungkin juga kerajaan Pas ingin membuktikan sikap keterbukaan partinya di mana bersedia mengorbankan budaya sendiri dan mengagungkan budaya Cina. Sekiranya benar begitu betapalah Pas rela melakukan apa saja untuk kepentingan politiknya walaupun ia mungkin menjejaskan budaya bangsa Melayu.
Masjid itu kini sudah hampir siap dan akan digunakan pada tahun ini. Kalau setakat hendak berbangga dengan adanya masjid berekabentukkan Cina tetapi Islam tetap ditakak lama ia tidak membawa apa-apa makna. Tindakan atau pembinaan masjid itu tidak lebih daripada untuk menambahkan keunikan negeri Kelantan yang sudah dikenali sebagai sebuah negeri yang unik dengan budaya dan tradisinya. [wm.kl 8:00 pm 29/01/09]
31 comments:
SALAM TUAN.
Saya berpandangan sebaliknya, tapi saya hormati pandangan tuan, tiada salahnya, semua pandangan adalah benar dan baik selagi tidak keluar dari landasan syar'i , maka di sini apa yg saya mahu katakan, " biarlah sahaja akan senibina itu, kerana kalau nak dilihat senibina melayu, tuan boleh pergi beribu2 masjid dalam malaysia ini, xkan kerana itu kita hendak bising ? apakah ini perkara usul dalam agama? . Mungkin kerajaan kelantan ada sasaran dan tujuan mereka, mungkin untuk menarik kaum cina budha @ kristian untuk masuk islam, bukan dengan masjid itu tapi pintu masuk kepada islam adalah dengan pelbagai cara, betul x? , saya setuju untuk pembinaan itu, malahan kalaulah ada senibina lain seperti masjid aqsa, dan sebagainya masakan tidak kita dirikan, malahan itulah mungkin salah satu keindahan, isu inibukanlah besar pun nak dicicipkan, adalah saya sarankan tuan bicara soal dakwah, soal bagaimana pas sendiri nak menggerakkan tarbiyyahnya, dakwah setiap isi rumah dimalaysia ini untuk kembali kepada allah dan rasul, beri pandangan , gesaan dan sedikit sindiran, agar tarbiyyah itu berjalan kerana islam bukan PARTI PAS itu sendiri, ketika umno kelam kabut inilah PAS seharusnya menyedarkan dan menarik kembali saudara tercinta mereka dari umno malahan dari pas sendiri kepada ALLAH dan RASULNYA , maka sudah tentunya itu adalah jauh lebih penting tuan, mengapa penting? itu sunnatur rasul, maka berbicaralah tuan pada tempatnya, sekian MAAFKAN SAYA!
PELAJAR DARI UTARA MALAYSIA.
Membina masjid baru berseni bina cina bukannya membelakangkan budaya Melayu, tapi memperkaya budaya di Malasyia kerana pelbagai Masjid bersenibina melayu masih ada di Kelantan.
Masjid ini bagi saya sememangnya usaha yang bagus untuk menghilangkan persepsi bangsa lain di Malaysia bahawa Islam adalah agama orang Melayu semata. Ini sedikit sebanyak akan mendekatkan mereka dengan Islam.
p/s: Jika ingin dipersoal pengambilan seni bina cina dalam pembinaan masjid, kenapa tidak dipersoal pengambilan seni bina Arab dalam masjid? Bahasa Arab sememangnya bahasa rasmi, namun, seni bina Arab bukan.
Salam hormat MSO,
Saya berpandangan begini, mungkin kerajaan PAS kelantan merasakan cara begini boleh menarik masyarakat cina dan mereka akan lebih memandang tinggi tentang kesediaan orang melayu (islam) kelantan mengambil senibena mereka.
Ia boleh mengurangkan jurang budaya antara kita. Selama ini kita tidak dapat memisahkan antara agama dan budaya. Pada hal penduduk islam cina lebih ramai dinegara China dari Malaysia. Mereka mempunyai rekabentuk masjid seperti dikelantan tersebut. mudah2han niat yang baik akan memberikan hasil dan kesan yang baik. Wallahuallam Tuhan maha mengetahui niat hamba nya.
Abe MSO,
Saya tengok tidak ada salahnya tapi jika tuan katakan pembinaan masjid ini melibatkan perbelanjaan hampir 50 juta atau 200 juta yang mana mengalahkan perbelanjaan biasa masjid lain dikelantan dengan jurang beda kadaran tinggi maka sudah tentu berita ini bukan saja pelik malah akan menjadi HOT dan tentu amat menggangu perasaan saya dan merasa kerajaan kelantan kearah pembaziran duit rakyat secara total dan dgn ini saya akan mengucapkan tahniah dan syabas kepada abe MSO kerana berjaya mendapat maklumat yang selama ini mungkin disembunyi daripada pengetahuan rakyat kelantan...
Bagi saya pembinaan masjid ini adalah slub dakwah kontemporary alaf baru oleh kerajaan negeri kelantan yang mana menggabungkan unsur pelancungan dan tabiat dan kesukaan orang yang hendak didakwah
Terimakasih
Salam. Cuba perhatikan masjid kg laut dan batu nesan acheh...tidak nampak kah ada unsur2 kecinaan? Islam untuk semua bersesuian pada makna zahir dan bathin nya.
Salam Tuan...
Apa nak kecoh2... dalam kubur nanti dia tak tanya bangsa apa tapi dia tanya AGAMA apa???
Sendiri mau fikirlah..
Wong Ah Jang...
salam perjuangan..
terus terang saya katakan.. saya berbangga dengan senibina tersebut, walaupun saya berdarah melayu. InsyaAllah kiranya di izinkan lagi menziarahi bumi Kelantan, saya akan membawa rakan-rakan non-muslim untuk mengikuti rombongan ke sana. Mudah-mudahan rakan-rakan non-muslim saya akan terbuka hati terhadap keindahan Islam.
http://islamreturn.blogspot.com
Inilah strategi dakwah...sesungguhnya islam itu dibawa bukan untuk orang melayu tetapi kepada semua manusia yang bergelar hamba kepada Allah tanpa mengira kaum.Pembinaan masjid yang bercirikan senibina cina ini sebenarnya mampu mengangkat martabat islam kelantan yang dikenali sebagai serambi mekah.Biarlah kita kaya dengan seni, aktiviti, gaya hidup yang semuanya berlandaskan islam daripada kita duk kaya dengan hiburan, disko, benda-benda maksiat sepertimana negeri lain sekarang.Seharusnya Saudara Sayuti juga patut merasa bangga dengan kawasan Rantau Panjang yang juga merupakan kampung halaman saudara dimana kini ia akan diangkat sebagai bandar baru islam.Rantau Panjang juga merupakan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh ribuan pengunjung dalam negara dan juga dari luar negara terutamanya pelancong Thailand maka mungkin dengan cara ini ia juga dapat memajukan sektor pelancongan.Ini bendanya...disebalik isu masjid tersebut
saya rasa islam ditakuk lama buka sebab pas tapi sebab saudara x serius sebarkan islam atau saudara memburukan orang yang serius yang berdakwah dengan POLITIK Islam...
salam tuan,
saya tidak bersetuju dengan pandangan tuan. Nampaknya tuan terlebih melayu sedikit (macam UMNO la pulak).
Saya menyokong apa yang Pelajar Insaf katakan. Bagi saya, tujuannya harus dilihat lebih luas lagi. Ini melibatkan anjakan paradigma bagi semua orang bukan hanya cina tapi melayu juga. Point saya spt bkt:
1. China lebih dahulu menerima Islam, jika orang Cina di Repulik China boleh menerima kehadiran Islam kenapa orang Cina di Malaysia tidak boleh? - ia akan mencetuskan pemikiran & tanggapan baru bg Cina Malaysia supaya tidak takut dengan Islam.
2. Islam itu universal, tanpa mengira kaum - bukan Melayu sahaja yang layak jadi Islam.
3. Walaupun dibina di kawasan Melayu, ia bakal akan mencetus kesedaran bagi seluruh rakyat Malaysia.
4. Akan tercetus sedikit perasaan dihargai sebagai kaum cina dikalangan Cina Muslim baik yang lama atau muallaf, ini kerana Melayu muslim sering mempersenda orang cina yang baru atau yang berminat dengan Islam (cth : di pejabat agama sendiri terjadi insiden yang memperlekehkan tokong2, tabiat kencing tak basuh, anu tak bersunat & etc.. Pengalaman ini diluahkan oleh Cina Muslim yg hampir melupakan hasrat utk memeluk Islam kerana malu dipersenda oleh Melayu Muslim).
Jangan nilaikan ia sebagai Melayu tulen tapi sebagai Muslim sejati. Ini kerana, sudut pemikiran Cina & Melayu memang berbeza.
Saya pun tak merasakan satu kesalahan yg besar membina masjid beridentiti rekabentuk Cina. Kalau Rasullullah menghargai tamadun ilmu bangsa Cina dalam salah satu hadis mengajak kita menuntut ilmu sampai ke negara China, apa salahnya kerajaan PAS membina sebuah masjid beridentiti Cina (lain lah kalau ada 10 masjid di Kelantan beridentiti Cina).
Pak MSO,
CUba bayangkan perkara ini ...
Sebuah Masjid dibina di penempatan orang2 CIna ... Bukit BIntang contohnya ...
Sah la mengamuk semua orang CIna di sana! MEsti buat demo punya!!
Tapi, kalo masjid Cina dan diuruskan oleh orang CIna? Mungkin kurang atau tiada bantahan ... malahan kalo diorang pakai loud speaker pun mungkin tak kisah sebab mereka sebangsa cuma agama yg lain ...
BEgitu jugalah di Kelantan ... dengan adanya masjid ini, lebih senang nak dekatkan orang2 Cina dengan Islam ...
kaitan pembinaan masjid di rantau panjang adalah kesinambungan sejarah pemerintahan awal keturunan raja2 cina yang mula memerintah nusantara di abad ke 9 sehingga tahun 1786 - sila rujuk blog tuanku nai long kassim di url berikut :http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Assalamualaikum,
Saya bersetuju dengan pendapat PELAJAR INSAF dan penulis.Tidak menjadi masalah untuk Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid yang bercirikan identiti cina. Sekurang-kurangnya mereka dapat membuka minda dan pandangan orang bukan Islam bahawa Islam di Malaysia bukanlah hanya untuk satu kaum sahaja,tetapi Islam untuk semua bangsa dan kaum. Selain itu juga Masjid yang beridentitikan budaya Cina ini dapat digunakan masyarakat setempat untuk beribadah daripada membina model-model masjid yang bernilai jutaan ringgit tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada masyarakat.
kenapa kita nak cuba mencetuskan isu senibina masjid dibandingkan dengan replika masjid (hanya untuk tatapan) yang bernilai berjuta-juta.
1. Cuba tuan bandingkan antara MAsjid (boleh buat sembanyang) dengan Replika MAsjid(untuk orang kampung yang tak berduit...tapi orang kaya tak kisah pun)...Jangan pandang sebelah mata..
2. Kalaulah tuan boleh memberikan komen yang positif umpamanya...jangan lihat masyarakat cina di rantau panjang (5000 orang)..cuba tuan bukakan minda..bukankah masjid tu dilaluan pintu masuk ke dua buah negara. Pernahkah tuan2 terpikir, berapa puluh ribu setahun rakyat malaysia yang pergi ke rantau panjang @golok untuk berbelanja.cuba tuan uduk dibulatan pasir mas(jambatan salor) dan kira berapa jumlah kenderaan secara jujur dan maklumkan ke blog tuan supaya boleh dikongsi bersama-sama...
...mungkin 2 komen dari saya..that's all..tq
satu idea yang baik,tetapi lokasi nya kurang menarik.
Lebih afdal Sekiranya masjid ini dibina di negeri pakatan rakyat yang ramai komuniti cina seperti di penang,menglembu perak atau pon di selangor.
Masjid ini juga hendaklah di serah kan kepada masyarakat cina muslim untuk mengurus kan nya.tok imam,tok siak,tok bilal,ahli jawatan kuasa semua nya terdiri daripada cina muslim.
Khutbah jumaat, ceramah haruslah menggunakan bahasa kantonis,madarin atau pon hokien.
Masjid ini dapat lah berfungsi untuk menyebarkan dakwah islam kepada masyarakat cina,
masjid ini juga berfungsi menyelesaikan masalah saudara baru di kalangan masyarakat cina.
Idea ini telah pon di keluarkan oleh bekas mufti perlis dan di panjangkan di parlimen oleh MP kulim bandar baru.
Islam tu bukan terletak pada senibinanya atau ketrampilan, tetapi ketrampilan itu mampu menarik masyarakatluar kepada Islam. Kalau kita perhatikan rata-rata masjid dinegara kita pun sebenarnya banyak merujuk kepada senibina timur tengah yang sinonim dengan Islam dan diiktiraf sebagai senibina Islam. Masjid-masjid dinegara kita pun sebenarnya tak banyak yang bersendikan senibina melayu sepenuhnya.
Tidak salah menyonsang arus seandainya mampu memberikan pulangan lumayan kepada Islam selagi ianya tidak lari dari tali Islam itu sendiri.
Pak cik MSO,
Saya amat bersetuju dan bangga dengan kerajaan kelantan. Harapan saya agar kerajaan negeri kedah,penang,perak dan selangor turut mencontohi kelantan dengan membina binaan masjid berkonsepkan arkitektural bangsa cina.
Biar pun banyak saja bersetuju dgn pak cik MSO, tetapi tidak kali ini.
Salam kpd Tuan MSO..
Ini kali pertama saya posting kpd tulisan tuan. Tuan pernah persoalkan relevennya Masjid di Bandar Bentong yg cantik rupawan tapi "kosong". Dan persoalan "kosong" atau "berisi" bukan kuasa saya utk menghakimi. Tetapi jiwa yang mengerti.. mengenal.. akan kenal erti kosong dan berisi..
Tuan.. sekurang2nya saya melihat ada beberapa strategi yg baik hasil dari kewujudan masjid ini..
1. Masjid ini akan jadi masjid rasmi, ada semayang jumaat.
2. Membuka minda masyarakat setempat.
3. Membuka minda masyarakat thai yg lalu lalang di tepi jalan.
4. Membuka minda pelancung2 yang lalu lalang di tepi jalan dan singgah kemasjid utk waima tujuan.
5. Tumpuan pelancong.
6. Menjadi pusat penyebaran dakwah & tarbiyyah, mungkin apabila siap sempurna.. jaringan speaker2 akan digantung diseluruh bandar R.P.
7. Menjadi pusat tumpuan, menarik pusat tumpuan perkembangan bandar R.P.
Tuan... usahlah dipersoal tentang Masjid yang tidak seberapa ini.. mari kita perhangatkan bumi Allah ini dgn soal dakwah, tarbiyyah dan pembersihan jiwa2 yang kotor... Mari kita bicara pasal yg lagi penting..
Utk sekelian kalinya, saya melihat tuan seperti org yang hilang arah. Apakah tuan mengalami masalah kewangan?
Nawi, Kutan Tengah
TUAN MSO KATA.....
...Sekiranya benar begitu betapalah Pas rela melakukan apa saja untuk kepentingan politiknya walaupun ia mungkin menjejaskan budaya bangsa Melayu.
AMBER KATA....
da berpuluh tahun amber rasa tuan mso mengupas,mengkaji,menulis,meneliti susur galur politik malaysia....tp malang masih xtahu lg dasar perjuangan PAS yg sebenar bukan bangsa....tp ISLAM...bila ISLAM merangkumi smua bangsa...bukan kah itu lg indah...
bagi saya senibina masjid berciri cina inilah medium paling terbaik buat kerajaan KELANTAN ,umumya dan PAS khasnya bagi menyebarkan ajaran Islam kepada bangsa cina baik di Kelantan ,mahupun dari negerinegeri lain di malaysia.Semoga Islam terus subur di bumi Malaysia ini..
Entry ini lebih menunjukkan siapa MSO sebenarnya.
salam,
Pada hemat saya, tidak ada salahnya senibina sesebuah masjid tidak bercirikan melayu. Mungkin mentaliti kita di malaysia, asal menyebut islam maka kita akan terbayangkan melayu. walhal islam itu universal, ada bangsa cina yang beragama islam, bangsa india yang beragama islam. Islam di luar negara lagi bermacam bangsanya.
MUngkin ini pendekatan PAS untuk menunjukkan yang ISLAm itu bukan untuk melayu semata-mata.
Kita perlu sama-sama menghilangkan pemikiran yang beranggapan jika seseorang bukan melayu memeluk islam, maka dia di panggil menjadi melayu, padahal dia masih berbangsa asalnya cuma agama sahaja yang berubah.
Tidak ada salahnya kita membina sesebuah masjid yang mempunyai ciri sesebuah bangsa yang lain asalkan ianya tidak bercirikan agama yang lain.
itu hanya pendapat saya sahaja dan ALlah lebih mengetahui
Assalammualaikum Tuan MSO.Pertamanya saya menghargai tulisan-tulisan tulisan Tuan sebelum ini mengenai susur galur kepolitikan di neagara kita yang tercinta ini.Cuma di dalam hal masjid yang Tuan MSO perkatakan ini, saya kurang sedikit bersetuju. Bukan kah agama ISLAM itu adalah "The Way Of Life".Maknanya didalam dunia ini ,sesiapa sahaja ,tak kira apa bangsa sekalipun,jika dia Tahu YANG MAHA ESA ITU ,,maka akan nampak bahawa Agama Islam itu adalah yang terbaik antara yang terbaik.Oleh itu Kerajaan PAS di Kelantan masih dalam aliran mengembangkan dakwahnya kepada sesiapa bangsa sahaja,tak kira Melayu,Cina,India dll. Kita kena ingat pada hari ini tak semua Melayu itu Islam ...dan tak semua orang Cina atau India itu Buddha/Hindhu,,maka dapat disimpulkan AGAMA ISLAM ITULAH YANG SEADIL ADILNYA BAGI SEMUA UMAT MANUSIA DI ALAM INI TAK KIRA APA BANGSA..WASSALAM...
Assalammualaikum....
Sy belum baca komen-komen rakan2 lain di atas, jadi komen sy ni adalah pandangan peribadi sy dan tidak dipengaruhi oleh pandangan mereka.
Sy seorang peminat blog ni. Sy kebanyakannya setuju terhadap artikel dan buah fikiran di dalam blog ni, tapi untuk artikel ini saya berpendapat sebaliknya. Sy rasa tindakan membina masjid bercirikan rekabentuk Cina tersebut langsung tidak ada salah atau silapnya. Malahan sy memuji dan suka dengan tindakan tersebut. Takkanllah masjid pun kita nak jadikan isu besarkan. Yg penting msjid tu boleh kita gunakan untuk tujuan yg sepatutnya dan dikehendaki agama dan dari duit yg halal.
Sekadar pendapat peribadi.
Assalammualaikum.
Syahir R.
Sebenarnya tulisan seperti inilah yang menjayakan tujuan pas kelantan bina masjid ni. semua komen buktikan hal ni.
Assalamu alaikum...
Tuan MSO,
Saya RASA tujuan tuan sebenarnya adalah untuk mempromosikan apa yang kerajaan kelantan buat. Kalau pihak tuan tak buat sebegini, pasti ramai yang tak tahu malah belum terpanggil nak pegi ke tempat tu pun.. Dan saya rasa tuan juga maklum, komen2 yg akan diberi pasti kontra dgn apa yang tuan buat. Apa2pun tahniah kepada kerajaan kelantan kerana mempelbagaikan uslub dakwah.
MSO Masih karat dengan perkataan" Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu".BUKANKAH Islam itu hak semua bangsa/kaum/etnik dan seluruh makluk diDunia ini.Lihatlah tunjang ideologi sesuatu parti politik itu dulu.
Kenapalah tuan MSO merendahkan martabat diri sendiri dengan penulisan yang sebegini.Tak padan dengan tahap dan pengalaman tuan selaku penulis yang tersohor.
Buat MSO,
Anda keliru antara keperluan mempelbagaikan uslub dakwah dan juga keegoaan seorang pemilik blog untuk akui bahawa tindakan membina masjid bercirikan senibina Cina itu adalah satu pendekatan yang bijak, dan melangkaui aspek bangsa.
Islam itu bukan milik Melayu sahaja, kenapa tuan perlu sempitkan skop dan keindahan Islam ini?
Saya tidak pasti apakah motif sebenar tuan membawakan artikel ini, tetapi bagi saya artikel tuan ini tidak menunjukkan kematangan dan tahap profesionalisme yg selalu tuan gambarkan mengenai diri tuan, dan yang lebih malang artikel ini tidak sedikit pun membantu mengembangkan agama Islam di Kalangan rakan-rakan kita yang berbangsa Cina.
Salam,
Saya merasakan terpanggil berkenaan artikel ini walaupun jika dilihat sudah lama ditulis.
Pada pandangan saya ianya tidak salah. Tetapi jika ianya bersesuaian dengan konteks. Jika dilihat dari sudut sejarah sendiri rata-rata pembinaan masjid di Malaysia ini dipengaruhi oleh kehendak pemerintah itu sendiri. Saya kurang bersetuju jika kita mencedok bulat-bulat pengaruh rekabentuk cina tanpa memahami asasnya. Jika dilihat rekabentuk tersebut adalah berdasarkan rekabentuk masjid-masjid yang ada di China. Namun patut dipersoalkan disini mengapa harus dicanangkan ianya adalah masjid pertama yang berpengaruh cina? Bukankah sudah wujud masjid-masjid yang memiliki pengaruh demikian?
Sejarah pembinaan dan perkembangan rekabentuk masjid seluruh dunia adalah dengan menghormati konteks sekeliling. Namun pada zaman moden ini rata-rata binaan masjid mula mengimport budaya pengaruh luar. Jika dilihat di negara China sendiri pun sudah mula mengambil pengaruh senibina dari timur tengah.
Namun adakah rekabentuk tersebut patut dilakukan? Jika di China ianya tidak menjadi masalah kerana rekabentuk tersebut memang sudah sebati dan menjadi kemahiran mereka dalam gaya tersebut. Tetapi di Malaysia yang berbilang kaum ini adalah boleh menimbulkan kekeliruan kerana kita sudah dibiasakan dengan masjid yang berkubah, berbumbung limas berlapis dan juga menara. Rasanya rekabentuk masjid tersebut diselamatkan oleh menara yang ada padanya secara ironinya walaupun ianya tidaklah menampakkan sangat pengaruh cina.
Ajaran Islam itu sendiri mengajar kita untuk menghormati antara satu dengan lain. Tetapi harus diingat itu tidak bermaksud kita boleh menyerupai mana-mana kaum sama sekali. Jika masjid ini dilihat amat menyerupai tokong-tokong cina maka ianya adalah amat tidak wajar berbanding dengan bangunan asal yang diubah fungsinya menjadi masjid.
Ini adalah pandangan saya dari sudut seni bina itu sendiri dan tidak ada berkaitan dengan mana-mana fahaman politik.
Wallahualam.
Post a Comment