Thursday, January 29, 2009

Belasungkawa

Sabri Mohd Zain Kembali Ke Rahmatullah

TOKOH penggerak teater berasal dari Kelantan Sabri Mohd Zain, 54 yang lebih dikenali dengan nama Samoza telah kembali ke rahmatullah jam 2:00 pagi tadi. Menurut anak perempuannya yang dihubungi sekejap tadi Allahyarham meninggal akibat pendarahan dalam kepala.

Sebelum itu Allahyarham dibawa ke hospital dalam keadaan nazar dan meninggal beberapa ketika kemudian.

Jenayah Allahyarham kini dalam perjalanan di Gua Musang untuk dibawa ke kampungnya di Serendah, Kok Lanas Kelantan.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan hari ini.

Samoza sepanjang hayatnya banyak menghasilkan skrip drama pentas, darma tv, drma radio dan beberapa buah novel sejarah.

Di samping itu juga beliau turut berlakon dalam beberapa buah telemove. Antara filem yang dilakoninya ialah Jora arahan U Wei Shaari. Al Fatihah. [d'kota kl 12:20 t/hari 29/01/09]

3 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

PAK PELANDOK said...

Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga allahyarham...

semoga dirahmati Allah dialam baqo...

asalbayu said...

Takziah.

Berapa ramai yang nak ambil tahu dunia penulis sekalipun sumbangannya terhadap memperteguh pembinaan jatidiri khalyak.

Lainlah jika seorang artis atau ahli sukan.

Siapa nak ambil pusing!

Sebelum ini antara penulis yang telah kembali ke Rahmatullah ialah Aziz Jahpin, S Othman Kelantan, Sazalee Yaakob, Mustaffa Jusoh, Ghazali Tocheh dan terbaru ialah SN Arenawati.