Thursday, January 29, 2009

Pisau Lipat

Umno Perlu Tukar Rasuah Menjadi Babi

ORLA - 'orang lama' Umno Tengku Ahmad Ritahuddeen Tengku Ismail barang kali sudah pening kepala dan tidak tahu apa yang perlu difikirkan lagi untuk membenteras rasuah dalam partinya. Kerana usaha dilakukan kini mungkin tidak membawa kejayaan menyebabkan beliau semalam mencadangkan supaya sayap Umno, Puteri dan Putera dibubarkan. Malahan kalau perlu katanya Pemuda Umno juga perlu dibubarkan.

Semuanya kerana rasuah. Bekas Naib Presiden Umno itu membuat cadangan itu sebagai ikhtiar (terakhir) untuk menyelamatkan Umno. Beliau menyedari bahawa parti Umno semakin sakit, sakit dan sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh dari penyakit gila rasuah.

Rasuah sudah berleluasa dan bermaharajalela dalam Umno Baru.

Alasan orla itu, rasuah berlaku disebabkan adanya pertandingan. Dengan adanya sayap Puteri dan Putera menyebabkan wujud pertandingan baru dan ia membuka satu lagi ruang berlakunya rasuah. Katanya beliau ada dengar rasuah dalam Puteri, tetapi tidak ada orang yang ingin melaporkannya.

Petua orla itu nampak tidak disetujui oleh beberapa pemimpin Umno lain termasuk yang spara orla. Kata calon Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin cadangan itu tidak munasabah kerana kalau sayap itu dibubarkan dimana nak letakkan pemimpin pelapis Umno!

Ketua Wanita Umno yang akan ditentang, Rafidah Aziz pula berkata tindakan itu seolah-olah membakar kelambu. Katanya hanya segelintir saja ahli Umno terlibat dengan rasuah mengapa soal politik wang dikaitkan dengan sayap parti itu sedangkan yang melakukanya bukan kalangan ahli sayap itu tetapi para induknya.

Manakala seorang pemimpin puteri Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Majid menyifatkan cadangan itu tidak rasional dan pembubaran sayap parti itu seolah-olah cuba menjauhkan golongan muda dengan politik.

Muhyiddin, Rafidah dan Rosnah menentang cadangan Tengku Rithauddeen itu dan menolak dakwaan Tengku Ritahuddeen yang beranggapan rasuah sudah parah dalam Umno.

Jelas perbezaan pandangan dan pendekatan mengenai masalah rausah dalam Umno. Bagi orla melihat ianya sudah parah, kerana mengukurnya dengan suasana dan pendekatan Umno lama.

Bagaimana pun keadaan yang kusut masai hari ini masih dapat dimaafi oleh golongan baru. Muhyiddin, Rafidah dan Rosnah melihatnya ianya (rasuah) perkara biasa kerana ia adalah amalan dan budaya sihat di zaman ini yang mana mungkin mereka juga adalah pengamalnya.

Pertentangan ini menjelaskan konflit mengenai penghapusan rasuah dalam Umno. Bagi mereka yang melihat rasuah masih belum parah ialah mereka yang mengamalkan rasuah dan naik menduduki jawatan hari ini dengan rasuah. Bila mereka sudah terbiasa dengan rasuah menyebabkan ia tidak dilihat sebagai jijik dan berdosa lagi.

Adapun kenapa Tengku Rithauddeen sampai tergamak membuat cadangan itu kerana beliau melihat rasuah bakal meruntuhkan institusi Umno. Kita percaya Tengk Ritahuddeen membuat cadangan itu berdasarkan kepada fakta-fakta dan sumber yang beliau perolehi.

Sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang bertanggungjawab menyelesaikan aduan mengenai salah laku ahli terkhusus rasuah, Tengku Ritahuddeen mendapat maklumat yang banyak dan tepat. Kita percaya masih banyak aduan yang diterima tetapi disembunyikan kerana untuk menjaga maruah Umno.

Pun begitu cadangan itu mungkin tidak begitu sesuai dan agak melampau. Tidak semestinya bila sayap Umno itu dibubarkan rasuah akan berkurangan. Seperti mana yang saya katakan sebelum ini rasuah sudah menjadi darah daging dan sebahagian idealisme parti Umno. Ia sudah membudaya dan mengakar umbi. Kerana itu ia tidak mungkin dihapuskan lagi kerana penghapusannya menyebabkan dengan Umno itu sendiri akan lenyap.

Rasuah sudah menjadi kepercayaan ahli Umno, di mana jika tidak hulurkan wang mereka akan gagal untuk mendapat tempat - jawatan. Syaksiah dan kredibiliti seseroang tidak menjamin ia dipilih sebagai pemimpin kalau 'kupit' untuk hulur wang. Kerana ia sebuah kepercayaan maka ia disembah dan diagungkan oleh para penyembahnya seperti mana penganut fahamam anamisme menyembah pokok besar atau busut yang dianggap keramat. Keramat dalam Umno ialah kerana rasuah.

Realifnya masalah rasuah akan selesai sekiranya ahlinya tidak menerima dan memberi rasuah. Di sini apa yang Umno harus lakukan ialah mendidik ahli-ahlinya agar membenci rasuah sungguh-sungguh. Jadikan rasuah itu macam babi yang dibenci oleh orang Melayu. Orang Melayu bila tengok babi semua benci dan geli gentleman dan sampai termuntah. Maka Umno kena cari pakar yang boleh menukar rasuah menjadi seperti babi.

Selagi rasuah tidak dibenci seperti orang Melayu membenci babi, maka selama itulah ia hidup dan bertamdun dalam Umno. Jadi kepada Tengku Ahmad Ritahauddeen daripada menyarankan agar sayap Umno dibubarkan bila beliau merantau jauh mencari pakar atau belajar formula bergaimana menukar rasuah menjadi babi. Dan kalau beliau gagal melakukan ini cadangan paling afdal dirasakan perlu dibuat oleh Tengku Ahmad Ritahuddeen selepas ini ialah mencadangkan agar Umno dibubarkan. [d, kota kl 9:45 am 29/01/09]

4 comments:

Unknown said...

Mengurangkan pertandingan hanya boleh mengurangkan perlakuan rasuah tetapi ia tidak dapat menghapuskan rasuah. Begitulah kalau rasuah telah menjadi budaya dan amalan yang sebati.
Kalau semua orang benci rasuah, walau ada 1000 pertandingan pun tidak akan berlaku rasuah.

Anonymous said...

bagi saya rasuah dalam umno ni macam kanser macam kencing manis. banyak sudah bahagian badan umno dimakan oleh kuman rasuah ni. daripada sekecil-kecil sel sehinggalah bapak segala sel dalam umno ni telah dijangkiti. kalau mengikut doktor pakar cara mengubatinya adalah dengan cara potong bahagian yang dijangkiti itu dikhuatiri berjangkit kebahagian lain badan. tapi bila badan itu sudah semakin teruk dan bisanya menjalar kesegenap urat saraf maka bolehlah disuntik racun berbisa supaya matinya lebih tenang dan dikenang sepanjang hayat...

Anonymous said...

Salam Tuan...

Segalanya berpunca kerana perkataan RASUAH digantikan dengan POLITIK WANG..

Kalau RASUAH nampak agak kasar sikit bahasanya tetapi untuk menyedapkan hati maka ditukarkan POLITIK WANG... agar nampak lembut sikit..

Tapi yang peliknya kalau orang bukan UMNO/BN melakukannya digelar RASUAH tapi kalau orang UMNO/BN pula yang buat dipanggil POLITIK WANG.

Lagi lah peliknya bila orang bukan UMNO/BN melakukannya BPR/SPRM buat TINDAKAN YANG CEPAT DAN PANTAS tapi kalau UMNO/BN buat alahai macam SIPUT lagaknyanya...

kan double standard tu..

MAL887

asalbayu said...

Maaflah jika saya keterlaluan.

Saya juga dulu adalah salah seorang AJK UMNO Cawangan dalam Bahagian Kuala Kedah.

Gejala politik wang dan budaya dusta serta fitnah dalam UMNO kebelakangan ini menyebabkan bertunas rasa benci terhadap UMNO yang sebelumnya sangat saya hormati itu.