SAYA ingin mengambil kesempatan untuk membuat perutusan ini kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya warga politik Malaysia. Saya berharap dengan tibanya tahun baru Masihi 2009 ini bangsa kita dan negara akan melakukan beberapa tindakan dan persefahaman untuk kebaikan bersama.
Bagi kerajaan, baik kerajaan BN atau kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat haruslah berusaha melaksanakan beberapa tuntutan terkini rakyat dan bangsa Melayu yang dikira sangat terdesak dewasa ini dan memerlukan bingkasan segera daripada semua. Tanggungjawab ini menjadi tanggungjawab kerajaan. Beberapa tuntutan itu ialah;
- Bertekad untuk menghapuskan rasuah dalam segenap aspek kehidupan. Harap dengan adanya akta pencegahan rasuah baru SPRM yang diluluskan oleh Parlimen akhir tahun lalu akan membawa hasil seperti diharapkan.
- Bertekad untuk mengurangkan kadar jenazah (semua jenis jenayah) yang berlaku hari ini yang cukup merisaukan.
- Bertekad untuk mengurangkan pengangguran dan berusaha untuk memberi peluang pekerajaan kepada para penganggur.
- Bertekad untuk menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Metamtik.
- Bertekad untuk menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan bilangan kemiskinan tegar.
- Bertekad untuk meyelesaikan masalah sosialn khasnya di kalangan remaja yang semakin merebak dan merosakkan anak bangsa.
Bagi parti-parti politik pula terutamanya Umno dan Pas hendaknya menggunakan tahun 2009 merubah pendekatan, mempertegakkan prinsip dan matlamat perjuangan agar lebih fokus ke arah membawa kebaikan bersama. Oleh itu Pas dan Umno hendaknya;
- Mengurangkan perbalahan, kata mengatakan dan saling runding menunding antara satu sama lain. Pemimpin perlulah mengajar rakyat dan pengikut masing-masing menjadi warga politik yang cerdik dan profesional.
- Mencari satu makenimse bagaimana membolehkan Umno dan Pas duduk sekali dalam merangka pembangunan bangsa dan kemajuan negara serta memelihara keharmonian rakyat negara ini.
- Bersama menghadapi ancaman global dan juga ancaman dalam negeri terhadap bangsa dan agama yang makin serius dilakukan menerusi berbagai cara berbagai tektik dan strategi.
Bagi rakyat pula hendaklah menanamkan keazaman dan cita-cita tinggi untuk memajukan diri masing-masing, cuba belajar berdikari dengan menerokai bidang-bidang baru, bersikap kreatif dan lupakan angan-angan untuk mendapatkan sesuatu yang membawa perubahan dalam kehidupan secara mudah atau pun subsidi.
Kepada para ulama, cerdikpandai Islam dan ilmuan hendaklah lebih berani dan yakinkan diri dengan ilmu yang ada untuk berfungsi ditengah masyarakat dengan memberi panduan, tunjuk ajar dan didikan yang sempurna. Senantiasa menempatkan diri di hadapan dalam apa juga keadaan, gelanggang dan jangan bersifat rendah diri dan menjadi penlengkap majlis-majlis tertentu saja.
Sebagai waratul ambia' para ulama masih dihormati dan dilihat golongan yang boleh dipercayai. Hendaklah mereka menggunakan peluang ini untuk mendidik manusia ke arah kebaikan yang nyata dan benar.
Selamat menyambut tahun baru semoga kita semua berjaya dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. [wm.kl 9:30 am 01/01/09]
No comments:
Post a Comment