Friday, January 23, 2009

Selepas Jumaat

Khir Toyo Tidak Perlu Main Sentimen Tun Razak

KEKALAHAN BN di Kuala Terengganu telah memberi ruang untuk mereka yang ingin bertanding merebut jawatan pada perhimpunan agung Umno Mac depan untuk bercakap bagi menjual idea sebagai modal dan daya tarik kempen. Sesetengahnya terpaksa mencari-cari dan menggali idea lama untuk memperlihatkan ada idea unik.

Ada yang pergi sendiri ke pejabat akhbar, televisyen supaya pandangan mereka dipakai, muka disiarkan dalam tv dan gambar dicetak dalam surat khabar. Sebenarnya mereka ini bukan sangat untuk membina Umno yang sudah hampir robek itu tetapi ingin menjual idea dan diri mereka.

Mudah-mudahan idea yang dijual itu tertangkap oleh ahli Umno dan menjadi bahan renungan buat menilai diri empunya idea! Apa yang mereka inginkan mahu ahli Umno yang menjadi perwakilan menganggap mereka ada idea bagaimana untuk memberi bantuan kepada parti.

Salah seorang yang dikira banyak bercakap mengenai kekalahan di Terengganu itu ialah bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo. Cara Khir Toyo ulas mengenai kekalahan di Kuala Terengganu dan membidas partinya seolah BN masih berkuasa di Selangor. Seolah Khir Toyo masih menjadi YAB di Selangor.

Kalau Khir terlupa ingin diberi tahu bahawa dia ialah ketua pembangkang di DUN Selangor, bukan ketua kerajaan Selangor lagi.

Antara cadangan Khir ialah supaya BN mengikut apa yang dibuat oleh Tun Razak Hussein. Katanya Tun Razak untuk memulihkan semangat dan memperbaharui Umno telah menukar simbol dari kapal layar kepada dacing, daripada nama Perikatan kepada Barisan Nasional.

Geli hati saya mendengar cadangan Khir ini. Teringat kepada penduduk kampung di pedalaman Kelantan ditahun-tahun 60-an dulu yang menukar nama-nama anak mereka kepada nama lain, untuk menghalang penyakit. Misalnya kalau kesihatan budak itu kurus, laih dan tidak gemuk (disebabkan serangan cacing kerawit), nama mereka ditukar. Daripada Mat Kossim misalnya kepada Abdul Jamal. Atau kalau perempuan daripada Mek Nab kepada Siti Rahmah.

Anihnya selepas itu ada juga menjadi, tetapi banyak yang tidak memberi kesan! Mungkin Khir mengambil ilham amalan dan kepercayaan tradisi Melayu ini. Khir memang suka bermain dengan peralatan tradisional orang Melayu. Satu masa dulu beliau memberi penyapu kepada pegawai PBT sebagai simbol atas kelemahana PBT. Akhirnya penyapu terbalik ke mukanya sendiri. Sebuah kerajaan negeri hanyut.

Pada saya cadangan Khir yang membabitkan nama Tun Razak itu tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menarik perhatian anak Tun Razak sahaja, itu Najib Razak. Orang Melayu kalau bapanya dipuji dia akan suka. Khir mungkin mengharap Najib akan menyetujui dan menyukainya. Manalah tahu dengan suka itu akan mengalir sikit undi (pengaruh Najib) ke dalam peti undinya yang akan bertanding ketua Pemuda.

Sebenarnya Khir tidak payah mainkan sentimen Tun Razak kerana nak menagih undi dari penyokong Najib. Kalau kita ada kemampuan, wibawa dan bakat sendiri kita gunakan modal sendiri. Khir harus menjual kebolehannya sendiri untuk jadi Ketua Pemuda Umno. Misalnya Khir boleh senaraikan kejayaannya selama lapan tahun menjadi MB Selangor. Modal itu sudah cukup besar untuk Khir.

Jika dibandingkan dengan dua calon lagi, Khir sudah terlebih modal. Khir ada track recordnya sendiri sebab dia berpeluang menjadi pentadbir. Orang boleh nilai kebolehan Khir selama lapan tahun itu. Khiry Jamaluddin dan Mukriz Mahatahir dua lagi calon ketua pemuda tidak ada kesempatan itu. Khairy hanya ada keberanian berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manakala Mukriz hanya menumpang tuah dan menggunakan air liur bapanya sahaja.

Jadi Khir yang sudah menjadi MB lapan tahun gunakanlah modal berkenaan. Usahlah memainkan nama Tun Razak kerana nak tagih simpati Najib dan kumpulan-kumpulannya. Seorang ketua pemuda di era globalisasi mesti berani untuk berhadapan dengan sesiapa saja dan sedia menjawab persoalan yang dibangkitkan apa juga mengenai diri kita. Kalau kita penakut macam mana nak jadi panglima? [wm.kl 8:26 pm 23/01/09]

10 comments:

Pak Mat Tempe said...

mso yang dihormati,
Pada pandangan saya apa yang dicadangakan oleh M. Khir Toyo itu ada relevan nya jika kita kita lihat dari sudut yang positif. Mungkin kita boleh ajak parti parti pembangkang bersatu dibawah satu bumbung. Ajak mereka berunding demi perpaduan negara, rakyat, kestabilan politik. Jika ini dapat dilkukan ia boleh mengurangkan politicking dan tenaga dan idea digunakan untuk membangunkan negara kita. Jika kita betul betul mementingkan rakyat setiap pemimpin disemua peringkat,apa jua parti dan ideologi hendak lah melapang dada bersetuju duduk berbincang. percaya lah masalah kita sekarang adalah ekonomi rakyat yang agak sakit menghimpit kehidupan terutama yang hilang pekerjaan mereka takde masa untuk politik selain memikir bagaimana untuk mencari pendapatan untuk menyara kelurga. Renungkan lah

Anonymous said...

Sdr MSO

Pemimpin UMNO ni 90% darinya berkepentingan diri sendiri. Kalah di PRU 12, diekori di Permnatang Pauh, kemudian Kuala Terengganu. Lepas ni entah di mana pula! Mereka dah mula tak lena tidur, bukan kepentingan rakyat tapi untuk diri sendiri. Selangor jatuh ke tangan Pembangkang masa Khir Toyo! Kerana Khir Toyo fikir untuk diri dia saja. Sekarang baru nak cakap itu cakap ini, untuk apa ? Nak pujuk perwakilan Pemuda UMNO undi dia sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Aduhhh!!! Baguslah tu! Legi cepat Pemuda UMNO dan UMNO hancur! Terima kasihlah pada Perwakilan Pemuda UMNO nanti yang mengundi Khir Toyo!

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Pak Mat Tempe.

Saya pasti Parti-Parti pembangkang memang mengalu-alukan setiap kerjasama dengan Kerajaan Pusat di bawah BN. Tetapi yang penting ialah kerajaan Pusat BN kena tunjukan telebih dahulu yang mereka sanggup bersatu demi rakyat.

Tapi apa yang saya nampak ialah kerajaan BN cakap tak serupa bikin. Sekarang ini TPM dok heboh cakap BN kena ubah cara kalau ingin menarik sokongan rakyat tetapi aleh-aleh Menteri beliau yang jaga agama Sheikh Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah keluarkan arahan terkini yang melarang semua agensi kerajaan Persekutuan di negeri perak berkerjasama dengan kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat. Malah mereka dilarang untuk hadir ke Mesyuarat2 yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri.

Jadi Pak Mat Tempe fikir-fikir lah sendiri... Siapa yang jujur sebenarnya.


- NH Shah Alam -

Anonymous said...

Saudara pak mat tempe!
Sudahlah, Umno ini mana maunya berjuang untuk rakyat. Baru saja PR ajak ahli Umno bekerja dalam kerajaan PR tanpa mengira politik tak mahu dia.Contoh, Arif Shah ditawar bekerja bersama kumpulan PR yang tidak berkaitan politik ditolak.Baru saja derma lembu untuk korban sempena hari raya, mak datok berjela laporan rasuah kononnya.Beginilah tunggu saja PU 13 kita tanamkan BN.

Anonymous said...

Bankrup idea.
Idea tahap darjat bangang, untuk nafsu perut dan habuan dunia.
Sudah-sudahlah tu UMNO dan pemimpinnya.

Dengarlah suara rakyat di bawah.
Mesej jelas bak bulan purnama PRU12,Mac 2008.

Iktibar dari Bush - kasut menjadi sejarah dipenghujung kekuasaan Bush.
Kalau nak jadi macam tu, teruskanlah dengan idea bankrup lagu muflis tu.

Rakyat akan menghukum UMNO dan pemimpinnya.

::erhabie::

azani said...

Mso aku nak tambah sikit.Kenapa baru skrg Dr Khir nak ckp ini semua.Dulu bkn main berlagak klu cakap mcm tuhan tu tak ade.ITU SAJE AKU NAK CAKAP.

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum Pak MSO

Takperlah, biarlah usaha orang UMNO nak baiki pasti mereka.

Cuma rasanya Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi dah bagi "kunci" perubahan untuk UMNO berubah. Tetapi tetap ditolak malah, tiada sebarang komen dari mulut pimpinan mereka tentang prihatinnya 2 orang pimpinan utama PAS ini memberi nasihat. Mesti Pak MSO dapat tahu apa "kunci" yang disyorkan oleh Tok-tok guru kita.

Perubahan atau Islah dalam istilah arabnya, perlu dilakukan. Terutama sekali mereka yang mengakui Allah Tuhan Mereka dan Islam agama mereka. Perubahan-perubahan ini atau Islah banyak disebut dalam Al Quran. Dari buruk kepada baik, kegelapan kepada NUR dan bermacam-macam lagi anjuran Islam terhadap perubahan. Tapi ternyata yang dianjurkan tersebut ada hubung kait yang sangat rapat dengan sendi-sendi Islam itu sendiri. Mudah kata azam, tawakkal kepada Allah merupakan kunci kepada Taubat dalam ertikata sekarang "perubahan".

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang melakukan dosa dan senantiasa bertaubat.

*Off Topick:

Nampaknya UMNO sangat tenat sekarang. Terbaru kes kematian dalam Tahanan Polis. Isu ini bukan isu baru. Sebelum ini banyak sudah berlaku. Apatah lagi kes pembunuhan terang-terangan yang berlaku di Memali. Hingga sekarang tidak selesai.

Wallahu'alam

kulatlapok said...

SALAM tUAN MSO:

SEMBANG KHIR TOYO ni HANYA UNTUK PERSEDIAAN BULAN MAC INI SAHAJA.UNTUNG2 BERKOKOK... MUNGKIN MENJADI KENYATAAN YG BELIAU AKAN MENJADI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Anonymous said...

Pak mat tempe,

Persoalanya bersediakah umno berkongsi kuasa dengan pakatan rakyat? saya rasa tidak!dan ketika ini dalam masa yang sama mengunakan media pro Bn menghentam dan memburukan pakatan rakyat,apatah lagi ia di cadangkan oleh khir toyo yang jelas berdendam kesumat setelah tersingkir sebagai MB selangor.

Umno tak akan berubah kerana sudah tua dan susah untuk di lentur lagi.

Anonymous said...

Salam...
Khir Toyo ni dah gila meroyan agaknya. Beliau ingat beliau masih berkuasa di Selangor, hakikatnya beliau tewas. Sekarang ni cuba nak tarik perhatian Najib supaya 'memandang' kepadanya...