Saturday, January 3, 2009

Sebelum Tidur

Ahmad Said Sudah Mula Tunjuk Kebodohan!

DALAM Buletin Utama TV3 malam ini saya terdengar kata-kata MB Terengganu, Ahmad Said berbunyi kira-kira begini. "Sekiranya pengundi tidak pilih BN kita tidak akan buat projek di Kuala Terengganu," Menurut laporan itu MB itu memperuntukan sebanyak RM5.6 juta untuk projek baiki longkang dan jalan-jalan kecil di Kuala Terengganu.

Saya kira politik ugut dan hukum begitu sudah tidak akan berlaku lagi pada tahun 2009 ini. Saya kira ianya sudah lama dibuang dan ditinggalkan. Tetapi alih-alih malam ini Ahmad Said bersuara demikian ia amat dikesalkan. Rupa-rupanya MB itu masih belum berganjak dan mengalih pradigma terus-terusan untuk ugut pengundi dan mengancam pengundi dengan projek.

Apa kena mengena peruntukan itu dengan keengganan pengundi tidak mahu pilih Umno? Apakah peruntukan yang hendak dibelanjakan itu wang Umno atau wang kerajaan. Kalau wang itu akan keluar dari sakut Umno wajar kalau Ahmad Said tidak mahu belanjakan wang itu untuk kepentingan rakyat di Kuala Terengganu.

Tetapi wang yang hendak dikeluarkan itu wang kerajaan, yang diambil daripada cukai rakyat dan sebagainya. Sepatutnya MB itu tahu kedudukan wang berkenaan dan kepada siapa ia harus dibelanjakan. Tetapi bila Ahmad Said menunjukkan semula keburukan dan kebodohan seperti ditunjuk dan diamalkan oleh pemimpin Umno selama ini, bermakna MB itu juga menyukai kepada politik surut ke belakang begitu. Ini bererti kelas dan standard Ahmad Said samalah juga dengan pemimpin-pemimpin Umno lain.

Saya tidak nampak ugutan dan ancaman Ahmad Said itu akan didengari oleh pengundi dan rakyat Kuala Terengganu. Mereka sudah faham kewajiban untuk membantu mereka adalah kewajiban kerajaan bukan parti. Jadi sesiapa yang menjadi kerajaan ia kena membantu sesipa saja tidak kira anutan ideologi politik ataupun bangsa.

Kalaulah politik ancam dan ugut itu berleluasa berlaku di Kuala Terengganu saya bimbang bukan saja Umno akan kecundang dan tidak selamat pada pilihan raya itu kelak tetapi Ahmad Said juga nanti tidak akan selamat. Rasanya elok kalau Ahmad keluar dari tempurung politik lapok dan belajarlah politik baru yang tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk dijadikan gula-gula kepada rakyat.

Apa guna Ahmad Said menjadi MB baru kalau perangai, sikap dan pendekatannya masih ditakuk lama! [wm. kl 11:45 pm 03/01/09]

10 comments:

Hasbullah Pit said...

Saya pun menulis tentangnya, mengatakan ianya bukan sekadar sogokan tetapi ugutan,

Anonymous said...

Abe Mso

Dibawah dicatat no akaun bank bagi dana pilihanraya KT dimana rakyat malaysia boleh memberi sumbangan kepada PAS dalam PRK KT. Dana ini adalah inisiatif malaysia today. Tolong sebarkan.

EDITOR’S NOTE

To those who wish to donate to the Kuala Terengganu by-election effort you can bank in the money to the following bank account:

Tabung Dana Pilihanraya
CIMB Islamic
Bank account number: 1449-0000017-10-4


Target dana adalah RM 1Juta.

bat8

Mohd Hafizan Mazuki said...

politik ugutan yang berteraskan pembangunan bukan caranya hendak mengugut pengundi pada tahun 2009...
umno harus lebih sedar agar, tidak mengugut pengundi untuk menyekat pembinaan longkang2 kecil...

rakyat skarang lebih memerlukan ketelusan dalam metadbir dan kesamarataan

Ibnu Ali said...

Kelakar jer, macam kalau Kalah Parlimen terengganu ni bagai kalah seluruh negeri. Cepat sangat BN menggelabah.

Tak abis2 dengan ugut pengundi ngan pembangunan. Rasanya KB lagi maju dari KT. Bahkan lebih maju rasanya dari Melaka, Seremban...

utusan hari ini disebut oleh wartwan dia, dalam ruangan rencana rasanya. "plih Parti, bukan individu". Nampaknya UMNO dan kaget dengan calon PAS. Awal2 lagi macam dah bagitau yang calon mereka tidaklah sebaik sangat.

CUCU TOK KEDU said...

Amat malanglah nasib rakyat Malaysia yang diajar oleh pemimpin UMNO dengan politik ugut mengugut. Tradisi mencari pengaruh dan kemenangan dengan mengugut di zaman ini adalah perangai lanun politik.

Anonymous said...

Salam...

Nampaknya orang BN(UMNO) dah mula mengugut pengundi,padahal sebelum ni marah2 mengatakan bahawa Pakatan Rakyat(PAS) mengugut pengundi dengan menimbulkan isu DOSA&PAHALA...

Tapi mereka memang jahil,memilih pemimpin memang WAJIB dan sekiranya pemimpin yang dipilih adalah seorang yg BERTAQWA,BERIMAN & AMANAH, maka pengundi akan mendapat PAHALA..
Tiada unsur ugutan pun,tapi lebih kepada TAZKIRAH(PERINGATAN)..

Mereka sebagai pemerintah,memang TERANG&JELAS mengugut rakyat..

Doa saya mudah-mudahan pemimpin yang terpilih nanti dapat menunaikan AMANAH dengan sebaiknya...

asalbayu said...

Saya lahir dan dewasa di sebuah desa dalam daerah Baling di Kedah sebelum berhijrah keluar untuk bekerja di sebuah agensi kerajaan dan kini telah disingkirkan setelah diserang angin ahmar mulai 17.9.1999.

Apa yang hendak saya ceritakan ialah berkaitan dengan pemerhatian terhadap perangai buruk dan mungkin bodoh kalangan pemimpin kalangan UMNO seperti Menteri Besar Terengganu ini.

Seingat saya lebih empat dekad penghuni desa kelahiran saya menyokong UMNO tetapi segala kemudahan tidak diperolehi di situ. Seperti lazimnya, apabila tiba musim pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang pernah diadakan sekali disitu, pemimpin UMNO akan menziarahi kampung sekalipun menghadiri majlis kenduri kecil. Perbualan berkisar disekitar pelbagai janji dengan bermacam projek. Saya belum lupa ketika masih bersekolah di sekolah rendah (1960) pihak pemerintah pernah berjanji untuk membina jalan berturap. Malangnya sehingga penghujung dekad 1980-an barulah diadakan jalan yang seumpama itu tetapi sebahagian besarnya bertaraf mini tar. Akibatnya saya pernah meninggalkan motokar di pertengahan jalan kerana terbenam dalam lumpur.

Para pengundi di KT boleh berfikir tentang hal ini bila membuang undi pada 17.1.2009 nanti.

Pemuda Pelapis said...

Salam MSO,

Dalam soal ini saya bersetuju dengan pandangan MSO. Sebagai orang Umno saya turut merasa mual dengan kenyataan Ahmad Said itu. Sejak awal dulu lagi pun saya memang tak berapa setuju apabila beliau dilantik menjadi MB Terengganu sebab Ahmad Said tiada mempunyai kredibilti untuk layak bergelar MB.

PEMUDA PELAPIS

Shaharuddin Othman. said...

sejak bila Mat Caid dah pandai nak ugut rakyat trg ni...pembangunan adalah hak rakyat dan tiada kaitan dengan pilihanraya.Itu lah sikap pemimpin BN yang tak pandai nak membezakan antara rakyat dan kuasa.Tiada guna belajar sampai peringkat universiti mahupun luar negara jika akal tidak dapat digunakan untuk kebaikan rakyat dan sedarlah bahawa hebat mana pun kita akhirnya mati jugak....Mat Caid ni nak tongkat langit keee...

Unknown said...

assalamualaikum.

Ahmad Said tiada hak untuk menidakkan pembangunan kepada rakyat kerana sudah memang tanggungjawab kerajaan negeri dan pusat untuk melaksanakan pembangunan tanpa mengira ideologi politik.

Ahmad Said jangan ingat hanya kerana Istana menyokongnya maka dia boleh buat dan berkata apa saja yang dia nak.hidup bukan selalunya diatas puncak.