Saturday, January 10, 2009

Celoteh Murai 25

Apalah Hebatnya Bergaya Dengan Duit Orang!

PAGI ini Murai ingin ucapkan terima kasih dan tahniah banyak kepada seluruh rakyat kawasan Parlimen Pasir Mas, khasnya pengundi pada pilihan raya umum lepas kerana apa.. kerana wang elaun untuk wakil rakyat yang mereka pilih telah diserahkan kepada Utusan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Palestin.

Bukan main lagi wakil rakyat kawasan itu bangga, gambarnya telenggak (macam kerbau rabit) dalam akhbar berkenaan sedang menyerahkan wang berkenaan kepada wakil Utusan. Lepas ni Murai berdoa akan ada dua tiga orang wakil rakyat yang berbuat seperti wakil rakyat itu untuk membantu orang miskin.

Sekali pandang orang akan merasakan betapa hebatnya ahli Parlimen itu. Betapa suci dan mulia dan dermawannya dia. Murah dan baik hati kerana melahirkan rasa simpati kepada nasib rakyat Palestin yang kini dibom dan dibunuh oleh penjahat Tuhan, Israel Yahudi. Tetapi orang tidak sedar wang yang dihulurkan itu ialah wang rakyat Pasir Mas, teristiwamnya wang para ahli dan penyokong parti berlambangkan bulan Purnama, bukan wang peribadinya.

Sebab.. kalau ahli Palrimen itu tidak bertanding menggunakan bulan purnama, jamin dia tidak menang. Kata orang Pasir Mas, 'katak mampus' dia tak merasai duduk dalam Parlimen. Dan kalau tidak menang dia tidak berhak untuk mendapatkan elaun sebagai wakil rakyat sebanyak RM6,000 itu. Lainlah kalau dia keluarkan wang itu dari poket seluarnya atau dari dalam beg berjenama kepunyaan isterinya.

Ertinya lagak wakil rakyat itu bermurah hati dan bersifat Ali Baba kerana hasil wang tersepak.

Kalau wakil rakyat itu ikhlas dan mulia Murai berharap, kerana wang itu adalah wang rakyat, wang orang Pas, untuk elaun-elaun seterusnya wakil rakyat itu akan serahkan wang itu untuk pembangunan Pas dan rakyat di Pasir Mas. Dan kalau dia benar-benar gentelman dia kena serahkan kepada Penyelia Parlimen kawasan Parlimen Pasir Mas, Ismail Nuh yang rela dan suci hati menyerahkan kerusi itu kepadanya boleh Ismail gunakan wang itu untuk pembangunan rakyat.

Itu hanya cadangan Murai saja. Murai sendiri tidak fikir wakil rakyat itu rela dan sanggup berbuat demikian. Pitis, kata orang pitis sesiapa pun tak ada yang tak nak. Demi pitis seseorang itu rela menjelma menjadi apa saja. Bak pitis ni Murai juga nak pitis. Tetapi tenguklah dulu bagaimana cahaya pitis itu, hitam atau putih dan kalau sampai disebabkan pitis kita kena maki hamun siang malam tak guna juga.

Dalam hitungan Murai selama sepanggal seseorang ahli Parlimen boleh kumpul lebih kurang RM700,000. Banyak jugalah. Sapa nak bagi wang sebanyak itu? Mungkin sebab itulah ahli Parlimen itu rela melakukan apa saja termasuk menyemburkan setanggi pada tahi kerana semata-mata ingin jadi wakil rakyat.

Murai berani bertaruh potong jari kalau wakil rakyat itu tak sembur tahinya dengan setanggi dia sudah lama khlas! Apalah guna kita menjadi kaya dengan wang atau menajdi hebat dengan kuasa orang!

Murai: Telah mengirimkan selautan doa untuk rakyat Palestin.

3 comments:

Cikli said...

salam...

lepas tu duit tu utusan akan bagi pada mahmoud abas ke ismail haniya?

kalau kat mahmoud abas, baik kirim penampar je.

Anonymous said...

Itu lah nama nya orang yang tak sedar diri. Memang betul kata saudara kalau tak pakai bulan purnama tak cium pun parlimen tu.
Masih ada lagi manusia begini, tak insaf insaf dan buta hati, dah tak laku tetapi baik nya hati budi Tok Guru maka peluang di beri tetapi sungguh mengecewakan.
Tak apa lah harapkan lepas ini tak kan berlaku lagi, Insya'ALLAH. dh9753

Anonymous said...

Biarkan siluncai ni tenggelam dengan labu-labunya...

Beliau telah mengkhinati Tok Guru dan seluruh rakyat kelantan yang menyokong PAS.

Orang macam ni tunggulah kehancurannya nanti...

- NH Shah Alam -