Anwar Berkempen Untuk Wahid Endut
SEPERTI mana dijanjikan Anwar Ibrahim telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pas, Abdul Wahid Endut di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kedatangan Anwar itu membuktikan apa yang dinyatakan sebelum ini benar dan menjelaskan Anwar bukan seorang yang menyimpan dendam politik di hatinya.
Umum tahu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu para pemimpin Pas Terengganu tidak memberi sokongan sewajar kepadanya. Keadaan itu menampakkan semacam Pas tidak senang hati dengan Penasihat PKR itu.
Bukan itu saja pandangan peribadi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali mengenai projek 16 September yang digagaskan Anwar seolah-olah memperkecilkan usaha Anwar itu. Bermula dari kenyataan Mustafa itu juga pemerhati melihat ada semacam ketidaksefahaman antara kedua mereka.
Bertolak dari itu ada orang mengira Anwar tidak akan mencemarkan duli untuk membantu calon Pas pada pilihan raya berkenaan. Pihak Umno tentunya orang yang bergembira kalau Anwar mengambil sikap 'memulaukan' pilihan raya itu kerana tindakan Anwar itu akan menguntungkan dan dijadikan isu berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi apabila Anwar berada di Terengganu dan turut berkempen ia menggambarkan sikap gantleman politik yang diamalkan Anwar yang memang tidak ada tolak banding. Malam semalam Anwar telah berceramah bersama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi Awang dalam ceramah perdana di Kampung Tanjung Kampung.
Hari ini beliau telah merasmikan pejabat PKR Kuala Terengganu dan sekaligus turut berkempen untuk Abdul Wahid Endut. Beliau juga dilihat berjalan seringan dengan calon Pas itu dan menemui orang ramai.
Sudah tentu dengan kehadiran dan komitmen Ahli Parlimen Permatang Pauh ia memberi petanda bahawa pilihan raya itu bakal dimenangi oleh Pas. Dan apa yang pentingnya diharap dengan pilihan raya itu juga perselisihan pandangan antara Mustafa Ali dengan Anwar yang berlaku sebelum ini akan sembuh. [jln phg. 8:15 pm 07/01/09]
5 comments:
Terima kasih atas laporan harian pilihanraya kecil KT ini. Saya buka blog tuan setiap subuh kerana mencari maklumat yang tidak ada dalam sumber lain.
dengan kegentelman DSAI sepatutnya dan seharusnya mustapha ali dan pas tganu sedar bahawa kesepakatan dlm Pakatan Rakyat menumbangkan gerombolan lebih penting dari pandangan yg bersifat memperleceh sesama kawan.
Buang 'topeng' tu jauh2!!
kita karap KT menjadi medan menyatukan kembali anggota Pakatan Rakyat supaya lebih kental menghadapi BN
mustapa ali dan dsai pun pernah jugak duduk sepentas di rusila berceramah selepas peristiwa 16 sept... rasanya memang tak ada apa2 pun di antara mereka berdua... hanya dakyah umno sahaja yang meperdayakan penyokong pr supaya nampak perselisihan antara mereka...
otai
salam encik mso,
semua pemimpin PR mestilah gentleman mcm DSAI. apa pun dikatakan org terhadapnya beliau tetap konsisten dgn PR. jgn mudah melenting dgn gaya politik seseorang sampai tak datang sokong kempen pemimpin PR sendiri. PAS,PKR, DAP mesti berfikir sebagai suatu barisan perikatan mulai sekarang !!
Post a Comment