Friday, January 2, 2009

Ulasan Isu

Pemilihan Wahid Kebijaksanaan Abdul Hadi

SETELAH rasmi calon Pas yang akan berhadapan dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Kuala Tereengganu 17 Januari depan, tumpuan kini bagi Pas ialah menggerakkan jentera pilihan raya. Pas perlu pantas dan bekerja berlipat ganda kerana BN telah menggerakkan jentera mereka sejak seminggu lalu.

Wan Farid sudah lengguh betis dan paha naik turun rumah orang miskin dan masuk ke tempat awam. Walaupun jentera Pas sudah dihidupkan namun ia belum digerakkan kerena driver (calon) belum diumumkan.

Selepas Mohd Abdul Wahid Endut diumumkan malam tadi kini jentera Pas boleh bergerak dengan calon berada di atasnya. Tutuplah macam-macam cerita yang kedengaran sebelum ini. Pengumuman Abdul Wahid itu menjadi penawar kepada semua mereka yang merasa sakit kerana orang yang masing-masing cuba ditonjolkan tidak terpilih.

Seperti umum ketahui sebelum ini ada beberapa nama ditimbulkan oleh penyokong masing-masing untuk diletakkan bertanding. Semuanya hebat-hebat dan berkarisma belaka. Bermula dengan nama Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Mohamad Sabu bagaimana pun ditolak atas alasan beliau bukan anak tempatan. Penolakan itu dikira logik kerana pilihan raya kecil berbeza dengan pilihan raya umum. Seiringan dengan nama Mohamad Sabu itu timbul nama Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Buruk. Satu masa nama Syed Azman memuncul seperti nama Barack Obama di Amerika. Nama ini meletup-letup bukan saja di Terengganu tetapi sampai ke Singapura. Seolah-olah Syed Azman dapat menjamin kemenangan Pas.

Ramai yang beranggapan Syed Azman akan dipilih berpandukan kepada beberapa petunjuk dan kehendak besar pihak tertentu dalam Pas. Namun akhirnya Tuhan tidak mentakdirkan demikian. Nama Syed Azman terkulai di saat-saat akhir. Sebabnya? Elok kalau tidak disebut.

Yang pastinya bukan kerana beliau sudah menjadi Adun, sebab Abdul Wahid juga seorang Adun. Alasan untuk tidak mengambil Syed Azman kerana beliau Adun tidak timbul dan tentulah ada sebab-sebab lain yang lebih penting dan besar daripada itu.

Sesudah nama Syed Azman tidak diyakini akan dicalonkan walaupun proses melobinya dikatakan cukup dahsyat, nama Dr Khazani Abdullah timbul sekejap. Namun seperti disebut nama ini terlalu muda ia lenyap begitu saja. Ibubapanya juga dikatakan tidak mengizinkan anak mereka syahid dalam pilihan raya. Ini menyebabkan timbul nama Mustafa Ali dan Wan Mutalib Embong dua tokoh veteran.

Nama ini diyakini akan menjadi calon Pas sebagai alternatif kepada nama-nama disebut sebelum ini. Namun sekali lagi spekulasi ini juga meleset kerana kedua mereka lebih sedar dan insaf mengenai diri mereka, bahawa mereka sudah berada di hujung senja dan lebih sesuai untuk menjadi orang tua memerhati anak buah saja yang bertarung. Kedua mereka menolak dengan penuh keikhlasan. Wan Mutalib dikatakan memberi laluan kepada Syed Azman tetapi sayang ada pihak lain yang tidak mahukannya.

Melihat kepada rentetan itu ini bermakna semua orang tidak perlu merasa kecewa atau pun terkilan di antara satu sama lain. Sebab golongan veteran yang mahukan Mustafa Ali dan Wan Mutalib Embong tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.

Nik Abdul Aziz pula yang mahukan Mohamad Sabu juga tidak mencapai apa yang disebutnya. Begitu juga kumpulan yang menyokong Syed Azman juga tidak perlu merasakan kecewa kerana ayam tambahan mereka itu tidak dibawa masuk ke gelanggang.

Kesimpulannya semua orang-orang berkepentingan dengan calon-calon itu tidak dapat apa yang mereka dihajati.

Dalam hal ini pujian patut diberikan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kerana memilih calon bukan dari kumpulan mana-mana yang saling bertentangan tadi. Bolehlah dianggapkan Abdul Wahid calon 'tengah' yang tidak mewakili mana-mana golongan. Adun Wakaf Mempelam itu adalah calon bidan terjun yang boleh membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada Pas.

Bijaksanaanya Abdul Hadi disini beliau berjaya menenangkan hati mereka yang bertentangan tadi. Abdul Wahid dijadikan penawar bertindak merapatkan lagi saf dalam Pas.

Mungkin Abdul Hadi dapat membaca apa yang berlaku kalau beliau menuruti mana-mana pihak agar memilih calon mereka. Jika untuk mengelakkan timbul masalah menyebabkan beliau menggunakan kuasanya sebagai presiden dan menolak cadangan-cadangan lain bagi mengangkat Mohd Abdul Wahid sebagai calon.

Dengan pemilihan Mohd Abdul Wahid itu tidak ada sebab kalau antara puak yang saling menonjolkan calon masing-masing tadi untuk bersatu untuk memastikan kemenangan Mohd Abdul Wahid yang juga kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat amnya.

Selalunya dan menjadi amalan Pas perbalahan atau perebutan calon tidak akan berpanjangan dan akan tamat selepas ianya rasmi diumumkan sebab Pas lebih berwala' kepada parti daripada individu ataupun profesional seseorang. Selamat berjuang. [wm. kl 11:00 am 02/01/08]

7 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai orang luar melihat bahawa pencalunan yang dibuat oleh Presiden Pas TGHHA amat bertepatan dan bijaksana. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan hanyalah turut berdoa kehadrat Allah swt. agar dengan sifat ROHIMNya maka kemenangan besar berpihak kepada parti PAS.

Semoga PAKATAN RAKYAT LEBIH KUKUH DAN DAPAT MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN DEMI KEPENTINGAN SEMUA PIHAK.

Anonymous said...

salam,
nampak sangat puak erdogan memboikot majlis semalam,kenapa la bodoh sangat terutamanya Syed Azman,sebab dia salah sorang ADUN dalam P.36......syabas buat Abg Mat!!!!

Anonymous said...

tahniah Presdem di bawah lindungan Allah.. keputusan terbijak.. ana di syria merasa puas bila mengetahui calon tersebut

Anonymous said...

"Dalam hal ini pujian patut diberikan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kerana memilih calon bukan dari kumpulan mana-mana yang saling bertentangan tadi. Bolehlah dianggapkan Abdul Wahid calon 'tengah' yang tidak mewakili mana-mana golongan. Adun Wakaf Mempelam itu adalah calon bidang terjun yang boleh membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada Pas."

Saya nak betulkan fakta di atas.Abdul Wahid Endut adalah anak didik Mustapa Ali.Jadi, ini merupakan kemenangan Mustapa Ali dan fraksi yang menyokong muzakarah dengan UMNO. Maknanya,ini bukan kemenangan pihak neutral.

Kesimpulan saudara, dari perenggan yang saya copy and paste ke bawah melainkan kemenangan jamaah yang merupakan harapan ahli jamaah seMalaysia adalah kurang tepat.

Harap saudara MSO boleh betulkan bahagian ini supaya autoriti saudara terus meningkat.

Terima kasih.

wassalam,jazakallahu khayran kathiraa

Abdullah Mohd

mohd sayuti omar said...

Terima kasih kepada sdr Abdullah Mohd atas komen dan pandangan di atas dan sama sepertinya yang tidak saya lepaskan kerana kurang sopan.

Cuma saya nak tanya kepada sdr apakah kalau bukan Mohd Abdul Wahid Endut yang dipilih menjadi calon sdr boleh pastikan tidak akan ada pihak lain pula mengatakan fraksi lain yang menang? Misalnya kalau Syed Azman dipilih nanti akan ada orang akan kata calon Anwar Ibrahim terpilih. Begitu juga kalau dipilih Wan Mutalib Embong dipilih, maka pemilihan itu juga akan memberi kemenangan kepada Mustafa Ali juga. Begitu juga kalau Khazani yang dipilih nanti ada pula orang akan mengatakan si anu si anu pula yang menang. Begitu juga dengan Mohamad Sabu kalau dia dipilih nanti akan ada pula orang kata Nik Aziz yang menang.

Keadaan ini tidak akan dapat dielakkan selagi kita mempunyai pandangan yang tipis dan bersikap emosional dan berfikir untuk kepentingan diri.

Bagi saya Mohd Abdul Wahid adalah calon Presiden, dan Presiden berhak untuk menentukan siapa saja calon sebab beliau berkuasa. Begitu juga dengan Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu beliau ada hak untuk memilik sesiapa saja.

Makanya sesiapa nak jadi penentu calon di masa akan datang jadilah Presiden atau Pesuruhjaya negeri insyaAllah anda boleh melakukan seperti mana Hadi dan Musfata Ali lakukan.

Saya cadangkan kepada Syed Azman atau sesiapa saja yang tidak berpuas hati dengan Hadi dan Mustafa Ali, lawanlah mereka dalam pemilihan akan datang dan buatlah perubahan di Terengganu.

Begitu juga di tempat-tempat lain berdepanlah dengan penuh keberanian dan sifat kepahlawanan dan jangan mencari peluang dalam gelap. Saya sangat menyokong mana-mana pemimpin termasuk pemimpin Pas supaya berani berhadapan dan tidak hipokrit dalam menegakkan kebenaran dalam perjuangan. Salam.

luaskanmata said...

Assalamualaikum guru: 

Minta guru halalkan sedikit ilmu yang ditimba di sini.

Calon PAS walaupun tak menonjol di peringkat national, ia amat dikenali di kampung-kampung., 

Saya pernah menyatakan pandangan saya perihal PRK KT sebelum ini.

Dengan calon yang ada kini, saya terubat dan firasat saya mengatakan PAS boleh memenangi
PRK ini tidak segetir sebelum ini. 

Kalau ditakdirkan PAS kalah sekalipun, saya puashati kerana pada pengamatan saya PAS telah lakukan yang terbaik, Insya allah. 

Salam jihad. 

Anonymous said...

aku sgt setuju ngan pak MSO.. org yg mempertikaikan pencalonan wahid endut adelah org yg benar2 mahukan pertembungan 2 pihak ini berterusan..wahid endut wapon tidak dikenali di peringkat nasional, dia amat rapat ngan penduduk setempat..track recordnye sbg adun dan jg exco sgt mengkagumkan dan beliau disegani teman n lawan.. aku sbg rakyat terengganu sgt berbesar hati ngan penclaonan oleh TGHH.. Thaniahhh! harap mereka yg xabis2 menuduh fraksi2 etc tu kembali berfikiran waras.. xsume yg berpendapat lain itu fraksi..kami kat ganu lebih suka dipimpin oleh mereka yg mcm 'org kg' tp dekat dgn rakyat dr mereka yg berpelajaran tp susah utk memahami keadaan setempat..ini kuala terengganu, bukan kuala lumpur.. semoga Allah merestui perjuanagan kita