Thursday, January 22, 2009

Selang Malam

Mesej Wanita Terengganu Perlu Disambut
Buang Anak Bangsawan

SALAH satu sebab yang dikenal pasti kenapa BN tewas dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu ialah kerana masalah calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Kebencian orang Umno terhadap sikap eletis dan sombong Wan Farid bukan saja dari kalangan Umno lelaki, tetapi dari kalangan Umno wanita juga begitu.

Menurut Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad, mereka menyedari kebencian itu ketika merayu undi untuk Wan Farid pada hari mengundi berkenaan. Katanya ada wanita terang-terangan memberi tahu perayu undi BN mereka tidak akan pilih BN kali ini kerana mencalonkan Wan Farid.

“Tak ada calon lain lagi ke nak calon, asyik anak Datuk Wan Salleh saja,” begitulah kira-kira komen seorang pengundi wanita seperti mana dilaporkan kepada perayu undi BN hari itu dan dipetik sebagai dikatakan oleh Ramlah Adam.

Mungkin yang berkata itu tidak ramai dan ini kes terpencil. Namun walaupun begitu alasan itu nampaknya menjadi kenyataan apabila BN kalah alasan dominannya kerana mencalonkan Wan Farid. Memahami kepada protes wanita itu jelas bahawa mereka tidak mahu muka sama yang dicalonkan, iaitu anak-anak Datuk Wan Salleh.

Sebelum ini abang Wan Farid iaitu Wan Hisham menjadi Adun Ladang dan dicalonkan lagi dalam pilihan raya, tetapi kalah. Apakah mesej yang cuba hendak ditunjukkan oleh wanita itu apabila beliau menyebut “tak ada orang lain lagikah selain anak Datuk Salleh?”

Pertama ialah mungkin kerana Wan Farid itu adik kepada Wan Hisham. Mungkin kesalahan dan dosa Wan Hisham menyebabkan Wan Farid yang belum berdosa pun terheret sama. Tetapi di sini ia bukan yang hendak ditimbulkan tetapi protes itu boleh difahami bahawa mereka mungkin tidak mahu Umno kerana asyik mencalonkan mereka dari ‘geluk’ atau kubang yang sama saja.

Mungkin protes itu mereka ingin menyatakan keinginan mereka memilih kalangan mereka bukan anak bangsawan menjadi pemimpin atau wakil rakyat mereka.

Mungkin juga pengundi wanita di Kuala Terengganu sudah muak dengan gelagat anak-anak bangsawan di negeri itu. Maklumlah anak bangsawan mereka tidak pernah turun ke laut. Tidak pernah tarik pukat apalagi untuk menjahit pukat atau mengala perahu rosak. Mungkin kerana keasingan itu menyebabkan mereka merasakan anak bangsawa tidak dapat membela nasib orang miskin macam mereka.

Jadi mereka mahukan orang seperti mereka, yang susah, pernah merasai penderitaan dan kesengsaraan rakyat. Iyalah kalau anak bangsawan mana mereka mereka iitu semua. Kalau mereka tidak merasai jerit perih rakyat macam mana mereka hendak memperjuangkan rakyat kerana mereka tidak merasainya.

Kalau pun mereka melaung ingin membela rakyat, merubah nasib rakyat itu hanya laungan dan slogan saja hakikatnya kosong.

Sekiranya protes wanita itu menjadi satu protes umum ini bermakna kedudukan anak-anak bangsawan di dalam Umno tercabar. Mungkin rasa gah mereka sebagai anak bangsawan tidak akan laku lagi di masa akan datang.

Dalam Umno hari ini bukan saja Wan Farid dan Wan Hisham sebagai anak bangsawan. Tetapi masih ramai lagi. Kakau boleh disenaraikan Najib Razak, Hishamuddin Hussein, Jamaluddin Jarjis, Muhyiddin Yassin, Mukhari Mahathir, Syed Hamid Albar adalah antara anak-anak bangsawan.

Bapak mereka adalah orang kenamaan. Kasut bapa mereka orang tolong lapkan air minum bapa mereka orang tolong tuangkan. Mereka ini di zaman kanak-kanaknya tidak pernah turun ke bendang dan mengharungi selut. Mereka tidak pernah digigit pacat dan digigi nyamuk.

Adalah elok juga kalau para marhaen yang pelahap dalam Umno yang selama ini menjadi abdi bangkit membela diri mereka. Untuk apa mereka mengambalikan legasi orang-orang bangsawan itu memimpin mereka sedang berlambak anak-anak orang miskin yang berbakat dan berkalibar.

Apakah tidak cukup berkampuan orang-orang seperti Mohamad Khir Toyo, Zahid Hamid, Shafei Afdal, Muhammad Mohd Taib, Alwi Che Amat, untuk diangkat menjadi pemimpin. Dari segi status mereka sebagai orang kampung dan latar belakang hidup mereka mereka begitu hampir dengan orang kampung.

Adalah elok kalau dalam pemilihan Umno pada Mac ini kalau ahli Umno yang membuat penilaian semula berhubung ciri-ciri pemilihan pemimpin dalam parti itu. Janganlah terlalu taksub dan memuja kaum bansgawan yang tidak pernah pun simpati kepada nasib kaum marhaen. Saya cukup yakin nasib umat Melayu yang miskin dan melarat akan terubah kalau mereka dipimpin oleh orang yang pernah menghayati denyut nadi mereka. [d’kota kl. 8:15 pm 21/01/09]

2 comments:

kijang said...

Ada yang mahu jadi pemimpin kerana ada chance jadi multi-millionaire. Ada yang sudah multi-millionaire tapi mahu jadi pemimpin kerana mahu kekuasaan dan keagungan.Ada mahu jadi pemimpin untuk membela rakyat agar namanya masyur sebagai hero seperti Jose Rizal. Tapi siapakah yang boleh menjadi pemimpin yang betul-betul membawa kemaslahatan dan kebaikan untuk manusia sejagat (mankind) semata-mata untuk memancing secubit kerahmatan daripada Allah SWT.

Sutera Timur said...

Bagi saya anak bgsawan juga layak untuk jadi pemimpin asalkan dia seorg yg sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat bawahan ,kerana tujuan menjadi pemimpin adalah untuk menguruskan kehidupan mereka dgn lebih baik.Lepas ni nanti pemimpin atasan umno kena ambil tahu siapa yg layak jadi calon adalah atas kehendak ramai bukan kehendak pemimpin itu sendiri ...jangan menjadi pemimpin syok sendiri...cari calon yg disukai ramai kerana, kalau pilihan kita pd hal diri sendiri tidak boleh mengundi....ingatlah bila jadi pemimpin sebenarnya kita ni dah jadi hamba rakyat,....jgnlah masa perlukan mereka barulah sibuk ...masa lainnya tiada masa nak cara atau ambil berat hal mereka.....sebenarnya bukanlah susah sangat nak layan mereka cuma kena luangkan masa dan dengar permasalahan dan selesaikan aduan mereka juga sampai masa kita perlukan mereka insyaalah berbaloi lah pula, lagipun pd mereka nasib pemimpin atas undian mereka.......