Sunday, January 11, 2009

Pandang-Pandangan

Pandangan Mahfuz Tidak Membantu Pas

PANDANGAN Pengerusi Gerakan Anti Zionis (Gaza), Mahfuz Omar yang pengundi Kuala Terengganu bertanggungjabwa menghukum BN atas hipokrasinya dalam membela rakyat Palestin dikira melamapu dan tidak banyak membantu Pas pada pilihan raya itu. Tidak sepatutnya Mahfuz membawa isu Palestin ke dalam kawasan pilihan raya Kuala Terengganu.

Dalam usaha Pas membawa pendekatan kempen merayu dan memujuk, rakyat tidak perlu didesak agar berbuat sesuatu aksi yang melampau dan emosi walaupun asasnya ada untuk berbuat demikian. Isu Palestin dan Israel tidak relevan untuk dilambakkan dalam pilihan raya kecil itu.

Pas dan BN sepatutnya bersama bertanggungjawab untuk mengekang apa yang berlaku di Semananjung Gaza dan bukannya saling tunding menunding dan mendabik dada kononnyalah akulah juara dan pembela yang hebat.

Mahfuz beranggapan BN hipokrit dengan usaha untuk memberi simpati kepada rakyat Palestin yang kini diserang dan dibunuh oleh Israel berpandukan kepada alasan penangkapan 21 penunjuk perasaan anti perang di Kuala Lumpur malam tadi.

Penangkapan itu adalah urusan polis yang dibuatnya tentu tidak ada kena mengena dengan proses pemilihan di Kuala Terengganu. Begitu juga tunjuk perasaan itu bukan satu pembelaan tulen ke atas nasib rakyat Palestin. Justeru kenapa ianya harus dibawa sama ke Kuala Terengganu untuk dijadikan modal murahan dalam pilihan raya itu.

Mungkin pandangan demikian tidak menjadi kesalahan kalau ianya dibuat oleh orang di luar Pas. Walaupun Mahfuz dipetik sebagai berkata atas nama Pengerusi Gaza, tetapi umum tahu dia adalah Ketua Penerangan Pas dan ahli Parlimen Pas kawasan Pokok Sena. Atas nama apa beliau bercakap orang tetap mengenali warna dirinya.

Mahfuz sering mengeluarkan kenyataan berbau emosi dan agak keras yang dikira bertentangan dengan naluri Pas masa kini yang mengambil pendekatan sedarhana. Beliau juga dilihat sebagai seorang yang suka bercakap apabila hampir semua isu digaulinya walaupun isu itu tidak relevan. Adakalanya ulasannya mengenai sesuatu isu sangat dangkal sekali.

Paling mendukacitakan pandangan peribadinya juga diterapkan atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan Pas ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada Pas.

Barangkali elok kalau untuk masa akan datang Mahfuz memikirkan kesan dan implikasi serta koheransinya sebelum beliau mengulas atau bercakap mengenai sesuatu itu. [wm.kl 1:15 pm 11/01/09]

4 comments:

jab sp said...

Saya amat setuju dengan catatan MSO.Bagi saya,ada 100 orang yang lebih baik dan layak untuk dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS.Cakap dan ceramah yang gelojoh,berserabut intipati ceramah dan kerap bukan berdasarkan fakta dan keintelektual seorang ahli parlimen amat memalukan.Yang peliknya,sikap ini hanya sejak kebelakangan ini saja dan bukan dari dulu.Sepatutnya makin lama menjadi pemimpin semakin terserlah keilmuan beliau.Tapi ini sebaliknya berlaku.

Anonymous said...

ini manifestasi kepada sikap tak suka pada mahfuz atau apa? soal pelstin bukan satu benda kecik..ke kalau bukan mahfuz yg cakap kita tak kata apa2...?

Anonymous said...

Secara peribadinya Mahfuz tidak memiliki education background yang tinggi tetapi kehebatan yang ada pada mahfuz ialah beliau seorang jaguh Pidato..

Itu sahaja kelebihan yang ada pada Mahfuz.

NH Shah Alam.

Anonymous said...

Mahfuz have to learn to be a principles politician. Bukan ahli politik yang hanya pandai ambil kesempatan.Masa masih ada. Belajarlah dari kesilapan.