Siapa Benar: Polis, Peguam Negara Atau Murugiah?
APA sudah jadi? Seorang Senator T Murugiah bercadang untuk menyaman Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menunjukkan dia seolah-olah bertindak ala samseng semasa memasuki rumah mayat hospital Serdang bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Divamany pada 21 Januari lalu.
Kedua mereka bersama sekumpulan (Hindraf) telah dikatakan meceroboh rumah mayat berkenaan untuk mendapat pengesahan atau menyiasat berhubung kematian seorang tahanan polis A Kugen, 22 pada Selasa lalu. Kematian Kugen dikatakan menimbulkan keraguan terutamanya anggota keluarganya.
Kontroversi mula timbul apabila mulanya polis membuat kenyataan kematian itu disebabkan Kugen menghidapi paru-paru berair. Maksudnya kalau mati kerana penyakit itu ia adalah kematian biasa dan tidak ada apa-apa yang disyaki berlaku.
Bagaimana pun bila Penguam Negara, Abdul Ghani Petail membuat kenyataan kematian itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh menyebabkan ia semakin menimbulkan kekeliruan. Kenyataan Ghani itu menolak sama sekali kenyataan polis tadi.
Kenyataan Ghani mekain menjadi perhatian umum kini. Apa gambar-gambar mayat Kugen yang menunjukkan kecederaan di beberapa bahagian tubuh disebar dalam internet atau blog. Kecederaan itu menyebabkan kenyataan awal polis kematian itu disebabkan paru-paru berair diragui dan umum mula mengsyaki berlaku sesuatu yang luar biasa keatas Kugen.
Murgiah pula menyatakan untuk saman Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar kerana menuduh beliau bersama mereka yang lain telah menceroboh bilik mayat dan bertindak seolah-olah samseng. Murigah merasa malu dengan tuduhan itu dan menjatuhkan imenya sebagai seorang Senator.
Murugiah mempertahankan kedatangannya dia ke bilik mayat itu atas tanggungjawab awamnya. Dalam hal ini tentu beliau tidak mahu ketinggalan untuk menangani masalah Kugen dan membela keluarganya. Sebagai orang politik Murugiah kena bertanggungjawab kalau tidak beliau tidak akan popular.
Ada sikit persoalan di dalam kes ini? Pertama, kenapa berlaku percanggahan kenyataan mengenai kematian Kugen itu? Kenapa pihak hospital membuat kenyataan demikian. Dan kenapa pula Ghani membuat kenyataan yang kontras dengan kenyataan itu?
Dan keadaan ini dirumitkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Musa Hassan hari semalam yang menafikan tidak ada percanggahan antara dua kenyataan itu. Kata Musa kenyataan polis berdasarkan bedah siasat ke atas Kugen. Kalau begitu kenyataan Ghani berdasarkan apa? Apakah Ghani berdasarkan kenyataan dan rumours? Atau cakap-cakap-orang lain?
Selalunya Peguam negara akan membuat kenyataan berdasarkan siasatan polis juga.
Kematian Kugen telah menjadi isu yang mencabar kewibawaan tiga pihak; polis, peguam negara dan Murugiah (orang politik). Orang ramai sedang menanti kenyataan atau cakap siapa boleh didengari dan dipercayai? Apakah pihak polis (Musa Hassan) yang betul, Ghani Petail atau Murugiah? Atau ketiga-tiga mereka ini bersalah!
Menarik, dan isu ini sedang diperhatikan di mana jika gagal diselesaikan ia bakal menjadi isu politik menggemparkan. Adalah diharap semua pihak bertanggungjawab kepada kenyataan masing-masing. Sekiranya Ghani Petail dan Murugiah betul, polis iaini Musa Hassan kena ambil 'tanggung malu' dengan letak jawatan. Kalau Musa Hassan betul maka Ghani dan Murugiah kena letak jawatan?
Apakah mereka akan bersedia untuk menjaga maruah sampai ke tahap itu? Sama-sama kita tunggu kerana selepas Selasa ada Rabu, selepasa Rabu ada Khamis, selepas Kahmis ada Jumaat selepas Jumaat ada Sabtu, selepas Sabtu ada Ahad dan Selepas Ahad ada Isnin. Selepas Isnin ada Selasa dan selepasa Selasa ada pula Rabu. Begitulah seterusnya hari-hari itu bergilir-gilir memenuhi ruangnya. [gn r panjang 12:00 25/01/09]
2 comments:
kes kematian kugan ini memang meragukan.hospital kata lain dan peguam negara kata lain,murugiah kata lain dan polis kata lain!!!
tapi semua hal ini berpunca dari pihak Polis sendiri.tapi jika keluarga Kugan tidak melihat mayat Kugan rasanya kita takkan tahu hal tersebut berlaku.
silap Polis (pada pandangan saya) ialah orang kena tahan mati dalam tahanan.dan lagi satu nampak macam pihak polis cuba menembunyikan sesuatu.polis ada sebut pasal hal minum air dan kemudian rebah tapi tidak disebut tentang ada kesan luka dan lebam pada mayat Kugan.
kalau nak selesaikan hal ini kena mula pada masa Kugan ditahan dibalai Polis dan siapa yang soal siasat Kugan semasa Kugan ditahan.mereka yang berada bersama Kugan semasa sesi soal siasat saja yang tahu hal sebenar.
silap besar yang amat sangat apabila ada tahanan yang mati ketika berada didalam tahanan pihak Polis.walaumacammana kejam sekalipun penjenayah yang ditahan,dia tetap ada hak dia sendiri.memanglah saya faham ada masanya kena berkeras dengan penjenayah tapi kalau dah sampai mati itu dah melampau.
Post a Comment