TAHUN-tahun awal pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan, 1990-an berbagai bentuk objek syiar Islam dipacak atau digantung di serata tempat di negeri itu untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya mendekati Islam secara menyeluruh. Secara tidak langsung syiar itu juga membezakan kerajaan Pas dengan kerajaan Kelantan pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini.
Lambang dan objek itu juga mecerminkan Kelantan dipimpinan oleh ulama yang mengambil berat kepada perkembangan kegiatan dan roh Islam.Salah satu yang ketara ialah pemasangan papan tanda yang memuji dan mengagungkan nama Tuhan dan zatnya dengan kalimah, Subahanallah, Allahamdulilah dan Allahuakbar. Boleh dikatakan di semua jalan-jalan yang menjadi pintu masuk ke setiap daerah di Kelantan didirikan papan tanda berkenaan.
Menarik juga bila kita melalui jalan berkenaan kerana secara tidak langsung dapat berzikir dan bertasbeh kepada Allah. Anak-anak dan isteri juga yang tahu membacanya menyebut dan mengulanginya beberapa ketika sebaik melihat papan tanda itu.
Papantanda menggunakan kalimah suci dan agung ini ‘berceretek’ (merata) macam kulat pusu tumbuh di musim hujan.
Masuk dan pergilah ke daerah mana di kiri jalan akan terlihat papantanda ini sekurang-kurang satu atau tiga yang berdiri di tepi jalan. Pasti bagi mereka yang pertama kali ke Kelantan akan teruja dan nampak jelas perbezaan pendekatan Islam digunakan kerajaan Kelantan dengan negeri lain.
Suasana ini juga mengingatkan kepada mereka yang pernah melalui jalan Jeddah ke Makkah atau Makkah ke Madinah semasa mengerjakan umrah atau haji. Mungkin kerajaan Kelantan menceduk idea baik itu dari Arab Saudi?
Bagaimana pun pemandangan itu sudah mulai layu kini dan tidak berapa jelas kelihatan ke belakangan ini. Sudah banyak papantanda-papantanda berkenaan hilang, tercabut atau pun rosak dan tidak berganti. Ada juga yang ditutupi pohon selapuk tunggul dari bawah hingga ke atas. Setengahnya tulisan sudah lusuh dan 'lokah' (tanggal).
Sesetengahnya juga sudah robek dan sengit tidak dipedulikan sejak bertahun-tahun. Manakala yang rebah dan jatuh tentu dicabut untuk disimpan kerana tidak baik membiarkan kalimah mulia itu terbiarkan dalam keadaan begitu.
Sebaliknya apa yang mudah ternampak hari ini ialah papan tanda yang menghebahkan projek-projek rumah kedai atau bangunan kerajaan Kelantan seperti ‘koridor depu’ ‘duit dinar emas Kelantan’ atau pun billboard yang memaparkan wajah pemimpin-pemimpin Kelantan tertentu. Saiz papantanda ini juga ternyata lebih besar dan lebih mahal harganya daripada papantanda kalimah suci berkenaan.
Di empat daerah Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, yang sempat ditinjau sudah tidak ditemui lagi papantanda-papantanda berkenaan. Mungkin ianya terlindung disebabkan papan projek yang terlalu banyak di pasang di tepi-tepi jalan kini. Ataupun sesetengahnya terlindung disebabkan semak samun yang tidak dirawat dengan rapi.
Di sepanjang melalui daerah-daerah itu hanya terlihat dua papan tanda saja iaitu di lebuh raya Machang ke Tanah Merah. Terdapat dua papan tanda kalimah Subhanallah dan Allahuakbar sebelum melintasi jambatan sungai Kelantan. Itupun papantanda berkalimat Subhanallah sudah sengit dan hampir jatuh.
Di pintu masuk ke daerah Gua Musang, Kuala Krai yang dulu dapat dilihat dengan senang papantanda itu kini sudah tidak ada lagi. Demikian juga di Tanah Merah dan Pasir Mas juga sudah tidak kelihatan lagi.
Apakah papantanda itu kini dalam proses penggantian menunggu versi baru? Ataupun kerajaan sedang menyediakan papan tanda eletronik yang besar lagi canggih seperti mana kedapatan di sestengah tempat di Bandaraya Islam Kota Bharu?
Kepada pihak penguasa tempaat yang bertanggungjawab dengan pemasangan papan tanda itu (Majlis Daerah dan Pejabat Tanah dan Jajahan) dapat memperbaiki ataupun memasang kembali papan tanda yang baru bagi menggantikan yang sudah rosak. Kerana walaupun ianya ringkas dan harganya tidak mahal namun dari segi spiritual dan maksudnya amat bermakna sekali untuk mendamaikan hati dan jiwa bagi setiap mereka yang mahukannya. [wm.kl 1:00 t/hari 30/01/09]
7 comments:
satu tulisan yg sejuk hati amber baca...amber setuju sgt dgn usul tuan mso...
Terima kasih Tuan MSO.Sekurangnya dapat juga Tuan menegur apa apa yang tak kena di negeri serambi MEKAH ini.Hmm kali ini kritikan Tuan dapat dipandang dari sudut yang positif.Semoga PBT tempatan di sana prihatin akan kesyumulan Islam yang perlu senantiasa memenuhi setiap diri penduduk disana dan dapat dicontohi di negeri lain..Syabas atas peringatan ini.
Tahniah MSO membawa pekara ini ketengah.
Last balik ke Kelantan pada hari raya yang lepas. terlintas jugak di fikiran kenapa 'sign board' ini di biarkan begitu sahaja.
Diharapkan pihak Berwajib mengambil tindakan yang segera.
Rusdi
Dubai, UAE.
Satu pendedahan yang baik oleh Sdr. MSO...
Pendedahan ini bagus kepada mereka yang sayang kepada kerajaan PAS Kelantan tetapi ianya tidak kepada penyokong Fanatik. Bagi mereka pendedahan ini menjatuhkan air muka kerajaan kelantan dibawah Pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang berteraskan Islam.
APa pun saya menyokong penuh ulasan ini, paling tidak ianya dapat mengetuk minda mereka yang dok syok dibuai mimpi dengan Jawatan yang mereka sandang sekarang ini.
EXCO yang menjaga PBT (Takiyudin) kena ambil perhatian perkara ini. Pantau sikit Majlis2 Daerah atau Majlis Perbandaran yang tak buat kerja. Mustahil kakitangan PBT atau PTG tak nampak perkara ini. Hari-hari dok ulang alik ikut jalan situ.
Thanks to Bro MSO.
- NH Shah Alam -
Small people talk about small thing.
Grow up..
Saya setuju. Bukan sahaja papan-papan tanda ini perlu diperbaiki, malah perlu diperbanyakkan. Kalau boleh diperbanyakkan di Jalan Kuala Krai - Kuala Lumpur agar pemandu boleh berzikir untuk mengelakkan rasa mengantuk. Tahniah MSO!
Betul MSO, ambo tengok pun koho kure..!! Tahun lepas Kerajaan Kelantan ada buat program dgn anak-2 Kelantan di Mesir..Kebetulan Dato' Husam Musa mengetuai rombongan Kerajaan Kelantan ke bumi Mesir..Semasa program tu ambo ado bersungut pasal apa yang terjadi papan-2 tanda kalimah suci..pastu ambo cadangkan supaya majlis perbandaran dan daerah memperbanyakkan iklan-2 yang memaparkan ayat-2 suci al-quran dan hadis Nabi s.a.w yang mengambarkan azab dan seksa kepada mereka yang melakukan maksiat dan dosa....Ini secara tidak langsung dapat mendidik rakyat Kelantan dalam menambah kefahaman tentang Islam
Post a Comment