MURAI tidak tahu kenapa Murai menjadi tempat banyak orang mengadu dan bertanya mengenai peranan Salientia dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Ada yang bertanya direct semasa berjumpa dengan Murai di Kuala Terengganu ada yang telefon, ada yang sms dan ada yang bertanya menerusi email.
Mereka mahu tahu apakah Saleintia ikut sama mencampuri pilihan raya berkenaan, berkempen menyokong mana-mana calon atau tidak.
Susah juga Murai nak jawab, sebab Murai tidak mengikuti jejaknya macam di Permatang Pauh tempoh hari. Cuma Murai ada diberitahu pada hari penamaan calon dia akan bertumas (melepak) di hotel Primula sambil membuka lawak dan bualnya. Adalah dua tiga orang yang dahaga tengkuk dan lapar perut mendengar tembereng usangnya itu, biasalah.
Lepas tu Murai tidak tahu apa cerita. Cuma dalam pemerhatian Murai dia tidak seagresif semasa di Permatang Pauh yang kerap buat kenyataan akhbar menghentam dan mengkritik Anwar Ibrahim. Baguslah kalau begitu!
Adapun kenapa dia tidak aktif di Kuala Terengganu tidak dapat Murai sahkan secara cerat. Mungkin kerana Kuala Terengganu berhampiran dengan lautan dan air laut masin Saleintia tidak berapa minat persekitaran begini. Dia bukan jenis Salentia yang tinggal dalam laut.
Khabarnya Saleintia juga tidak suka kepada pasir pantai yang jerlus sebab dia tidak ada keupayaan untuk naik kalau sudah terjatuh dalam timbusan pasir halus dan lembek itu. Saleintia ini jenis kaki pendek berkepala bulat perut gendut mulut luas.
Cuma ada cerita yang sampai kepada Murai bagaimana Saleintia masuk sebuah kedai kopi di satu kawasan di Wakaf Mempelam, tidak diketahui apakah untuk berkempen atau untuk minum. Sebaik dia duduk di kedai kopi berkenaan beberapa orang anak muda yang berkebtulan minum di situ telah menukar dering telefon masing-masing dengan suara katak.
Beberapa minit kemuian telefon masing-masing berdering dengan suara katak yang macam-macam, hingga jadi riuh randah kedai kopi itu dengan suara katak seperti dekat paya di musim hujan.
Bunyi itu tidak menyenangkan Saleintia. Dia ingat bunyi itu untuk memperlinya. Tanpa sempat meminum air yang di oder Saleintia bangkit terus meninggalkan kedai kopi berkenaan. Lupa Murai nak tanya dia sempat bayar atau tidak air yang diorderkan itu.
Begitulah kalau badan kita sudah berbau semua orang akan memerhatikan kita walaupun kita tidak ada niat nak ganggu sesiapa!
Murai: Suka usik katak.
1 comment:
Mudah-mudahan Salentia sedar diri bahawa bukan di KT sahaja beliau tidak di senangi, saya yakin majoriti pengundi di kawasan yang ia wakili pun teringin untuk memperli sedemikian cuma tak gamak jah....
Post a Comment