Kepala Babi Dalam Masjid di UM?
BARU sekejap tadi saya menerima panggilan dari Kuala Terengganu yang memberi tahu satu kejadian yang benar-benar mencabar umat Islam berlaku dalam kampus Universiti Malaya (UM) hari ini dimana kepala babi telah ditemui yang diletakkan atas bendera Pas di dalam surau Akademik Pengajian Islam UM.
Menurut pemanggil tersebut kejadian itu berlaku pagi tadi dan disaksikan sendiri oleh seorang pensyarah akademik berkenaan yang menghubunginya dan kejadian itu menggemparkan kampus berkenaan.
Pemanggil itu seorang Exco Kerajaan Kelantan meminta saya menyiasat kejadian dan mengesahkan apa yang dimaklumkan itu. Sekiranya apa yang dimaklumkan ini benar ia menunjukkan perbuatan itu sudah melampau dan mencabar kesucian agama Islam dan juga mencabar golongan intelektual umat Islam kerana masyarakat kampung terkenal sebagai masyarakat cerdik pandai.
Siasatan mengenai laporan ini masih dijalankan. [wm.kl 10:30 am 16/01/09]
2 comments:
Orang yang meletakkan kepala babi kat dalam surau itu pasti perangainya juga sama macam binatang itu. Sanggup menghina dan mencemuh tempat mulia untuk beribadat... Yakinlah, orang itu pasti akan menerima azab yang pedih di dunia dan Akhirat. Tunggu jelah waktu dan ketikanya nanti... Apa kata jika seluruh warga UM dan umat Islam buat solat Hajat memohon agar diberi petunjuk siapa orang yang melakukan kebangsatan tersebut...
Tapi saya yakin, walaupun ia diletakkan atas bendera PAS, tak mungkin ia dilakukan oleh orang UMNO/BN. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu melagakan lagi UMNO dan PAS...
Saya rasa kerja terkutuk itu dilakukan oleh kumpulan proksi Umno yang kebelakangan ini begitu lantang menentang penternakan babi.
Kumpulan itu sudah membuat protes terbuka mereka di negeri Melaka.
Dengan provokasi sebegitu mereka mungkin mengharapkan pengundi Melayu yang akan mengundi di PRK Kuala Terengganu akan bangkit menolak PAS sebagai tanda protes atau sebagai solidariti bantahan secara umum.
Kerja jahat itu sudah pasti dibuat oleh seorang Melayu yang rosak aqidah. Orang Cina tidak akan semudah itu tampil ke dalam masjid menjinjing babi yang dibungkus dengan bendera PAS.
Post a Comment