Friday, January 16, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 9

Hormat Kepada Mat Razali Kassim

AKHIRNYA Mat Razali Kassim (foto) menarik diri sebagai menjadi Pengurus Pilihan Raya kecil P36 Kuala Terengganu. Alasan penarikan dirinya ialah untuk menjaga intergriti Suruhanjaya Pilihan Raya. Tempat beliau diganti oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga Penolong Pengurus pilihan raya itu, Wan Mustapha Wan Hassan.

Razali menjadi kontroversi apabila beliau didakwa cuba berkempen dengan memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) suapaya mengundi calon BN.

Tindakan Mat Razali itu dipertikaikan oleh Pas yang bercadang untuk mengadakan injuksi menghalang Mat Razali dari terus mengendalikan pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu satu laporan polis juga dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fariz Abd Talib alias Musa yang mendakwa Mat Razali mengugut kakitangan MBKT dengan berkata; kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah.

Tindakan Mat Razali itu satu keputusan bijak dan perlu dipuji kerana menunjukkan intergiriti beliau sendiri sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu.

Tidak seperti sesetengah menteri walaupun terang-terang melakukan kesalahan seumpama itu namun tetap berdegil dan menafikan dengan seribu helah. Satu tabik tangan kiri perlu diberikan kepada Mat Razali atas tindakannya itu. [wm.kl. 9:45 am 16/01/09]

No comments: