Risalah Liar Cemari Semangat Demokrasi
JAMINAN Mohd Najib Razak BN tidak akan mengamalkan dasar melampau dan akan berlaku adil kepada semua kaum nampak bertentangan dengan beberapa bentuk kempen BN pada pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu.
Beliau memberi jaminan demikian ketika majlis makan malam dengan komuniti India di bandaraya ini malam tadi. Sebaliknya apa yang kedapatan pada bentuk kempen BN(?) jaminan Najib itu seperti tidak difahami dan kontras sama sekali dengan apa yang berlaku.
Siapakah yang bermain sandiwara dalam soal ini, Najib ataupun siapa atau pun jaminan Najib itu hanya sebagai gula-gula saja? Ataupun apa yang berlaku sememangnya tidak ada kena mengena dengan Umno atau BN langsung?
Terdapat satu risalah liar yang didakwa dikeluarkan penyokong BN yang meniupkan api perkauman dengan menyebarkan fakta tidak tepat berhubung tindakan kerajaaan Selangor dalam membuat perlantikan dalam kerajaan tempatan (PBT) negeri itu yang didakwa mengutamakan orang Cina dan India.
Kenapa isu di Selangor perlu dibawa ke Kuala Terengganu?
Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang juag selaku timbakan pengarah pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada sidang akhbar hariannya di Kuala Ibai pagi ini.
Beliau yang sangat kesal dengan penyebaran risalah itu mendakwa ianya dilakukan Umno. Risalah berkenaan tidak ada kredit penanggungjawabnya oleh mana-mana pihak hanya dengan menggunakan mashead “Buletin Anak Jawa Selangor”
Risalah liar itu menyeranaikan nama-nama ahli majlis kerajaan tempat di seluruh daerah di Selangor yang menggambarkan komposisinya tidak adil kepada orang Melayu. Apa yang difahamkan sebenarnya nama-nama yang disenaraikan dalam risalah itu sebenarnya nama baru yang dilantik menggantikan ahli PBT yang terdiri daripada wakil-wakil dari komponen BN sebelum ini.
“Saya kesal dengan penyebaran risalah berkenaan kerana BN cuba mencemari semangat demokrasi pilihan raya ini dengan cuba memainkan api perakuman di sini,” kata Mustafa sambil mengharap semoga selepas ini tidak ada lagi risalah liar seumpama itu.
Soal beliau kalau hendak dikira sebenarnya yang memainkan isu perkauman bukan pihak Pakatan tetapi para pemimpiun BN yang banyak menimbulkan perpecahan perpaduan di negara ini.
Berpandukan risalah semuka surat berukuran A4 itu memberi gambaran bahawa BN tidak yakin dengan isu yang ada di Kuala Terengganu tetapi terpaksa mengangkut isu dari luar Terengganu. Ia juga menjelaskan isu-isu yang dikemukakan sebelum ini tidak begitu mrnarik minat pengundi Kuala Terengganu.
Ternyata isu yang disebarkan surat layang berkenaan bertentangan jaminan Najib malam tadi untuk tidak menggunakan pendekatan melampuau.
Risalah berkenaan boleh dianggap melampau kerana bentuk dan ayat-ayat digunakan keras dan penuh emosi. Pas juga sepatutnya tidak memberi tindak balas kepada risalah berkenaan dan sepatutnya dialpakan begitu saja.
Dalam suasana sekarang ini mungkin ada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menimbulkan api perkauman dengan harapan motif mereka tercapai. Seeloklah gunalah isu ataupun hujah yang rasional serta memberi gambaran kematangan politik bangsa Malayusia. [gk kt 7:45 pm 13/01/09]
No comments:
Post a Comment