Ketua AMK Terengganu Ditahan Polis
POLIS sudah mula bertindak! Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu Fariz Musa bersama liam orang ahli skuad AMK Terengganu telah ditahan polis ketika menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu.
Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto) melahirkan rasa kesal atas tinakan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasikan polis untuk mengekang kempen dilaksanakan Pakatan Rakyat membantu calonnya Abdul Wahid Endut.
Katanya dalam kenyataan yang diemailkan apakah tindakan itu satu tindakan akhir calon BN yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri menggunakan kuasanya mengarahkan polis untuk kepentingannya.
Menurut Shamsul beliau difahamkan apa yang menjadi isu penahanan itu kerana skuad AMK itu menampal poster Altantuya Sharribbuu yang mati dibom tidak lama dulu.
"Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?" tanya Shamsul.
AMK juga mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu?
Tambahnya, "seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas."
Sehubungan itu AMK mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.
Shamsul juga berkata AMK ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak.
Beliau mengingatkan, rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri. [wm.kl 11:15 am 05/01/08]
2 comments:
Tindakan polis seperti yang berlaku ini memang amat tidak wajar dan hanya mengundang tanggapan negatif pembangkang semata-mata. Saya setuju dengan penulis, jika sekiranya Najib benar-benar tak bersalah dalam kes Altantuya, mengapa perlu dirisaukan dengan banner yang ada gambar Altantuya? Dengan tindakan sebegini sudah pasti pembangkang lebih mudah atau dapat 'point' percuma untuk hentam UMNO...
salam saudara mso,
adalah wajar pihak polis menerima arahan dan menahan mereka yang terlibat menampal poster altantuya tersebut.
Sesiapa sahaja yang berkuasa dan telah bersumpah menafikan dirinya terlibat namun masih dikaitkan juga dengan perkara tersebut,akan bertindak sedemikian.
Pembangkang pula sudah tahu sebenarnya,apa akibat dari perbuatan menampal poster tersebut..cubalah cari idea dan pendekatan yang lebih berkesan dalam membentuk mentaliti para pengundi.
Kepada pengundi pembangkang,tampal lah poster apapun,mereka tetap mengundi pembangkang.
Dan adakah mereka fikir,dengan menampal poster altantuya,penyokong Umno atau atas pagar akan berubah dan memberi undi kpd pembangkang?
Jadi xperlu cari masalah dengan menampal poster wanita itu.disebabkan perkara kecil ini terjejas penumpuan kepada perkara yang lebih penting.
Post a Comment