Dimana Salahnya Kerajaan Perak?
PEMBELIAN atau tepatnya penukaran kereta rasmi untuk kegunaan para Exco dan pegawai kerajaan negeri Perak sepatutnya tidak dijadikan isu. Tetapi kerana ia melibatkan orang politik, maka ia dijadikan isu. Itulah istimewanya orang politik lebih-lebih lagi politik di negara ini, apa-apa pun akan dijadikan isu hatta mengenai kegagalan projek penanaman kacang buncis atau pemeliharaan kambing.
Pihak Umnolah yang bertempik mempersoal langkah diambil oleh kerajaan Perak itu sebagai membazir, tidak petriotik dan sebagainya. Anihnya kalau hal sama berlaku ke atas diri mereka, tidak pula timbul apa-apa masalah. Dasar dulang suka mengata paku serpih.
Apapun semalam beberapa Exco dan pegawai kerajaan negeri Perak telah merasai kereta baru itu, Camry 2.4, besarnya lebih kurang anak gajah dara! Mungkin pemilik kereta itu sudah bawa anak bini round Bandaraya Ipoh.
Apapun semalam beberapa Exco dan pegawai kerajaan negeri Perak telah merasai kereta baru itu, Camry 2.4, besarnya lebih kurang anak gajah dara! Mungkin pemilik kereta itu sudah bawa anak bini round Bandaraya Ipoh.
Buat permulaan sembilan unit Camry berharga RM1.5 juta telah diagihkan. Kerajaan Perak mengoder 16 unit Camry baru bagi menggantikan kereta Proton Perdana sebelum ini yang dikatakan banyak menimbulkan masalah.
Sebenarnya apa yang dilakukan kerajaan Perak itu, meniru langkah kerajaan Terengganu pimpinan Ahmad Said yang jual Proton Perdana beli Mercedez. Alasan digunakan kerajaan Perak sama dengan alasan digunakan Ahmad Said, Proton Perdana sering rosak dan kos penjagaannya mahal.
Bagaimanapun di sini saya ingin melemparkan sedikit pandangan berhubung pembelian kereta baru ini yang bagi saya nampak tergesa-gesa sikit dan kurang hemah politik. Alasan digunakan Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin itu betul tetapi tekniknya salah. Cara tidak menepati matlamatnya! Itulah yang menjadi isu dan masalah.
Bagaimanapun di sini saya ingin melemparkan sedikit pandangan berhubung pembelian kereta baru ini yang bagi saya nampak tergesa-gesa sikit dan kurang hemah politik. Alasan digunakan Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin itu betul tetapi tekniknya salah. Cara tidak menepati matlamatnya! Itulah yang menjadi isu dan masalah.
Apakah beliau tidak boleh kekang sikit nafsu atau sabarkan Exco atau pegawai kerajaan negeri daripada terus menggunakan kereta buruk yang sedia ada atau sekurang-kurangnya kalau nak tukar pun tunggulah sampai setahun berkhidmat! Ini kerajaan Perak baru berapa bulan, nampak sangat tidak sabarnya.
Dalam mindset orang kita bila tukar kereta dikira nak bermewah. Orang kita tidak menganggap kereta itu sebagai keperluan tetapi sebagai barangan mewah. Jadi kalau beli kereta baru hatta harganya lebih murah daripada yang sedia ada sekalipun ia akan dikira baru! Macam orang kahwin baru walaupun dengan janda anak 14 tetapi ia dikira baru berbanding dengan isteri lama yang langsung tak ada anak itu. Orang sebut berbini dua juga!
Sangat elok kalau pembelian itu ditangguhkan, setidak-tidaknya sampai setahun. Cara itu juga akan memperlihatkan kerajaan berslogankan 'Negara Berkebajikan' itu tidak mementingkan soal keduniaan dan penagguhan itu juga akan dilihat sebagai kerajaan yang peka dengan suara rakyat. Bila ditangguh rakyat akan beranggapan kerajaan mendengar pandangan mereka. Dengan cara itu intergriti kerajaan di mata rakyat juga akan tinggi.
Tidak salah untuk beli sesuatu yang baru apa lagi atas nawaitu yang baik, tetapi biarlah kena pada masa dan kaedahnya. Kalau bersedekah tetapi tidak kena niat dan kaedahnya tidak akan dapat pahala. Nak kaya boleh tetapi jangan menunjuk-nunjukkan kerana cara menunjuk-nunjuk itu menyebabkan timbul rasa riak.
Dalam hal membeli dan menggunakan kereta baru di kalangan Exco dan pegawai kerajaan ini memang ia menjadi satu perkara tidak boleh ditahan-tahan oleh kebanyakan orang berkuasa di mana-mana negeri-negeri. Di negeri yang diperintah oleh ulama juga berlaku hal ini.
Saya masih ingat mula-mula Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB Kelantan dia mengatakan dia tidak akan beli kereta baru dan akan guna mana-mana kereta yang ada, sesuai dengan dasar berjimat cermat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Seronok dan sejuk hati rakyat mendengar katajanji itu kerana Tok Guru tetap menggunakan unta lama untuk menguruskan negeri.
Tetapi musim berubah dan sikap beralih juga akhirnya. Mungkin kerana keperluan tadi beliau berubah kata dan melupai janji dilafaz apabila kerajaan menyediakan peruntukan untuk membeli kereta baru kepada beliau, beliau menerimanya dengan senang hati. Beliau pun lalu mencari alasannya dengan mengatakan kalau dia pakai Proton, kereta apa pula yang Exco nak pakai, takkan pakai motosikal.
Maksudnya beliau kena pakai Mercedez untuk membolehkan Exco pakai Proton Perdana. Alasan itu nampak dangkal sanga dan tidak kemas. Apalah salahnya kalau MB dan Exco dan seluruh pegawai kerajaan juga pakai Proton? Tetapi kerana Nik Aziz dianggap tok guru apapun yang disebut dan dibuatnya menjadi ikutan dan tidak ada siapa mahu membantahnya bimbang takut dianggap derhaka!
Selepas itu kalau tidak silap tahun 2004 sebuah lagi kereta baru dibeli untuk kegunaan Menteri Besar Kelantan. Ekoran itu beberapa buah kereta Mecedez juga dibelikan untuk kegunaan Exco dan pegawai kerajaan negeri. Itulah baru dinamakan adil! Takkan Exco dan pegawai pakai yang lama dan hanya MB seorang baru!
Begitulah senario yang berlaku dalam hal ini. Jadi tidak hairanlah kalau Mohamad Nizar juga melakukannya. Cuma bezanya Nik Aziz mengambil sedikit masa tetapi Nizar menukar kereta begitu cepat belum sampai setahun memerintah. Ada kehematan bagi Nik Aziz dalam soal ini kerana dapat mengekang nafsu untuk beberapa tahun berbanding dengan Mohamad Nizar.
Di sinilah memerlukan kebijaksanaan pemimpin. Kalau Mohamad Nizar dapat menahan nafsu sikit saja ia tidak akan menjadi masalah. Mungkin pembelian 16 unit Camry itu tidak menjadi isu dan modal oleh pembangkang untuk mengkritik kerajaan.
Biarlah disini saya nak puji sikap orang baju petak-petak merah, Husam Musa. Perangai nak menunjuk dan nak berlagak tidak ada kepada Exco ini. Beliau berpada dengan apa yang ada. Sampai sekarang beliau masih menggunakan Mercedez lamanya yang juga sering kali rosak. Semasa datang ke wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu baru-baru ini saya nampak dia masih pakai Mercerdez 'jandanya'. (Jangan silap bukan kepunyaan jandanya tetapi Mercedez yang ditinggalkan oleh Exco sebelum ini).
Khabarnya sudah ada kereta Mercedez baru untuknya tetapi beliau tidak pakai. Kereta itu diberikan kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Datuk Mohamad Yusuf. Husam tidak berkehendak dalam hal ini. Sikap beliau itu menunjukkan dia seorang yang zuhud dan lebih mementingkan soal lain daripada berkereta mewah.
Biarlah disini saya nak puji sikap orang baju petak-petak merah, Husam Musa. Perangai nak menunjuk dan nak berlagak tidak ada kepada Exco ini. Beliau berpada dengan apa yang ada. Sampai sekarang beliau masih menggunakan Mercedez lamanya yang juga sering kali rosak. Semasa datang ke wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu baru-baru ini saya nampak dia masih pakai Mercerdez 'jandanya'. (Jangan silap bukan kepunyaan jandanya tetapi Mercedez yang ditinggalkan oleh Exco sebelum ini).
Khabarnya sudah ada kereta Mercedez baru untuknya tetapi beliau tidak pakai. Kereta itu diberikan kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Datuk Mohamad Yusuf. Husam tidak berkehendak dalam hal ini. Sikap beliau itu menunjukkan dia seorang yang zuhud dan lebih mementingkan soal lain daripada berkereta mewah.
Ada dua hikmat yang beliau dapat dengan menggunakan kereta lama dan tidak mengambil kereta baru. Pertama menampakkan beliau tidak mementingkan kebendaan dan lebih penting kepada idea untuk membangun negeri. Walhal kalau beliau nak pakai lebih daripada Mercedez pun boleh sebab beliaulah tukang cari wang untuk perbendahraan Kelantan.
Kedua bila beliau mengutamakan pegawai kerajaan daripada kepentingannya menyebabkan pegawai kerajaan merasa mereka dinilai dan dihormati oleh orang politik. Dengan cara itu pegawai kerajaan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan. Itulah cara Husam berpolitik!
Sepatutnya langkah dan cara Husam itu dicontoh oleh orang lain, termasuk Tok Guru Nik Aziz sendiri. Bukan bermakna tidak boleh pakai kereta baru untuk melancarkan kerja membantu rakyat, tetapi berpada-padalah. Kalau 'unta' lama masih elok tidak payah beli unta baru apa lagi kalau setakat untuk memberi kesenangan dan menambahkan glamour tetapi kerja membantu rakyat masih ditahap lama tak ada ertinya.
Apapun kepada kerajaan Perak diharap dengan adanya kereta baru ia akan menambah azam baru untuk berbuat kebajikan kepada rakyat! Barang kali ada baiknya juga kalau orang politik mengambil Syed Husin Ali sebagai model pemimpin yang zuhud. Beliau sampai kini masih bercapar ke mana dia pergi tanpa pedulia darjat dan tempatnya. [d'kota kl 12:00 t/hari10/01/09]
1 comment:
Jika difikirkan ada cerita di sebalik kisah ini.
Mari sama-sama kita renung! Kenderaan (motokar) rasmi yang terlibat ialah di Perak, Selangor dan Terengganu. Bukankah pengguna (kerajaan) yang sebelum ini lanyak motokar berkenaan teruk? Kenapa tidak kenderaan resmi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak sedemikian? Melaka, Johor, Pahang dan Perlis juga begitU. Kita diberi/dianugerah fikiran yang waras bukan? Jangan tak digunakan. Carilah jawapannya!
Post a Comment