Saturday, February 7, 2009
Seloka Hujung Minggu
SEMUA orang mempercayai projek menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak menelan belanja yang bukan sedikit. Logiknya tidak ada sesuatu projek politik yang tidak menelan belanja. Apa lagi aset atau keuntungan yang diperolehi dari projek itu nilainya ribuan billion!
Ada beberapa pertanyaan atau persoalan yang boleh dikongsi bersama untuk menghuraikan permasalahan ini.
1. Berapa banyakkah Umno membelanjakan untuk projek berkenaan?
2. Siapa-siapakah yang mendapat keuntungan atau bayaran berhubung projek berkenaan?
3. Macam manakah bentuk bayaran dilunasi sebagai fee atau elaun atas kejayaan projek berkenaan?
4. Dari manakah sumber kewangan yang dibelanjakan untuk membayar projek berkenaan?
Anda boleh berkongsi memberi ulasan dan menjawab persoalan ini menerusi komen-komen yang ikhlas, rasional dan logik. - MSO
Saturday, January 10, 2009
Bidakedada
Pihak Umnolah yang bertempik mempersoal langkah diambil oleh kerajaan Perak itu sebagai membazir, tidak petriotik dan sebagainya. Anihnya kalau hal sama berlaku ke atas diri mereka, tidak pula timbul apa-apa masalah. Dasar dulang suka mengata paku serpih.Apapun semalam beberapa Exco dan pegawai kerajaan negeri Perak telah merasai kereta baru itu, Camry 2.4, besarnya lebih kurang anak gajah dara! Mungkin pemilik kereta itu sudah bawa anak bini round Bandaraya Ipoh.
Bagaimanapun di sini saya ingin melemparkan sedikit pandangan berhubung pembelian kereta baru ini yang bagi saya nampak tergesa-gesa sikit dan kurang hemah politik. Alasan digunakan Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin itu betul tetapi tekniknya salah. Cara tidak menepati matlamatnya! Itulah yang menjadi isu dan masalah.
Sangat elok kalau pembelian itu ditangguhkan, setidak-tidaknya sampai setahun. Cara itu juga akan memperlihatkan kerajaan berslogankan 'Negara Berkebajikan' itu tidak mementingkan soal keduniaan dan penagguhan itu juga akan dilihat sebagai kerajaan yang peka dengan suara rakyat. Bila ditangguh rakyat akan beranggapan kerajaan mendengar pandangan mereka. Dengan cara itu intergriti kerajaan di mata rakyat juga akan tinggi.
Biarlah disini saya nak puji sikap orang baju petak-petak merah, Husam Musa. Perangai nak menunjuk dan nak berlagak tidak ada kepada Exco ini. Beliau berpada dengan apa yang ada. Sampai sekarang beliau masih menggunakan Mercedez lamanya yang juga sering kali rosak. Semasa datang ke wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu baru-baru ini saya nampak dia masih pakai Mercerdez 'jandanya'. (Jangan silap bukan kepunyaan jandanya tetapi Mercedez yang ditinggalkan oleh Exco sebelum ini).Khabarnya sudah ada kereta Mercedez baru untuknya tetapi beliau tidak pakai. Kereta itu diberikan kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Datuk Mohamad Yusuf. Husam tidak berkehendak dalam hal ini. Sikap beliau itu menunjukkan dia seorang yang zuhud dan lebih mementingkan soal lain daripada berkereta mewah.
Friday, January 9, 2009
Ulasan Isu
Mustafa Ali dalam kenyataan hariannya kepada media massa selaku Pengarah Pilihan raya kecil berkenaan menyebut beberapa kemungkiann dan kebimbangan beliau berhubung kehadiran begitu ramai anggota Polis di Kuala Terengganu.
Sementara itu hari ini Shukri Dahlan meminta agar jangan mempolitikkan kedatangan polis yang ramai itu. Menurutnya jumlah itu biasa dan lebih kecil daripada jumlah anggota polis di dua pilihan raya kecil Ijok dan Permatang Pauh.Thursday, January 8, 2009
Tom Tom Bak!
INI ada sikit berita menyedihkan berlaku ke atas sepasukan media akhbar tabloid yang berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah dipermainkan oleh calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Gara-gara janji bohong Wan Ahmad Farid menyebabkan krew wartawan akhbar berkenana dilaporkan terpaksa bermalam (tidur) di masjid!
Ceritanya begini, Pengarang akhbar berkenaan telah menghubungi (minta jasa baik) Wan Ahmad Farid agar menyedikan tempat penginapan kepada anak buahnya semasa hari penamaan calon dan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu. Wan Ahmad Farid dikatakan telah bersetuju untuk menyediakan tempat tinggal.Lalu urusan mendapat penginapan itu menurut Pengarang akhbar berkenaan dilepaskan (diurus oleh) kawan Wan Ahamd Farid yang juga pemimpin peringkat bahagian. Dia inilah yang menguruskan segala keperluan media yang pro Wan Ahmad Farid. Dan kerana yakin pihak Wan Ahmad Farid telah menyediakan tempat itu anak buah pengarang berkenan bertanyakan hal itu kepada wakil Wan Ahmad Farid itu selepas sebaik tiba di Kuala Terengganu.
Malangnya wakil Wan Ahmad Farid itu mendakwa tidak tahu menahu. Menurutnya calon BN itu tidak pun memaklumkan kepadanya supaya menyediakan tempat penginapan krew akhbar berkenaan. Gara-gara itu krew akhabr itu terdiri dari pemberita dan jurugambar terpaksa bermalam di masjid.
Pengarang akhbar berkenaan merasa sedih dan terkilan atas apa yang berlaku itu. Beliau menyifatnya Wan Ahmad Farid telah mempermain dan 'menipunya'.
"Kita bukan mengada-nga kalau tak ada pun tak mengapa ni, dia telah berjanji. Sedihlah," kata pengarang berkenaan. Beberapa kali beliau menghubungi Wan Farid menerusi SMS tetapi tidak dibalas sampai ke saat ini.
"Mungkin dia tak sengaja dan terlalu sibuk, calon biasanya sibuk!" saya cuba menenangkan pengarang berkenaan yang suhu kemarahannya sudah mulai naik.
"Sibuk benda, kalau dah belawak... belawak jugalah," katanya sudah mula marah. "Dak nak menang lagu mana kalau wartawan pun ditipu." sambungnya lagi yang juga berasal dari Terengganu.
(Catatan: Mintalah Wan Farid atau orang-orangnya perbetulkan keadaan ini jangan pula nanti disiarkan kejadian ini dalam tabloid itu lagi malu!). [wm.kl. 3:00 pm 08/01/09]
Friday, November 14, 2008
Titik Rasa
DUNIA kehakiman atau perundangan negara ini mencatat dua peristiwa yang agak kontras di antara satu sama lain dengan kehendak umum hari ini. Bagaimana pun keputusan dan tindakan itu sudah pun dibayangkan ia akan jadi begitu.
Peristiwa pertama ialah pihak pendakwa telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan pendakwa yang mahu meminda perbicaraan kes melibatkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Pada Jumaat lepas Hakim Komathy Suppiah telah menolak permohonan pihak pendakwa dan telah pun menetapkan hari ini, 14 November sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Bagaimana pun Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Yusof Zainal Abiden telah menfailkan rayuan berhubung keputusan itu menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan. Hakim Komathy akan menetapkan semula perkembangan bersabit kes itu selepas rayuan itu didengar.
Rayuan itu mungkin tidak mengejutkan Anwar dan penyokong kerana mereka sudah menjangkakan. Banyak keanihan dan keganjilan prosiding dalam sepanjang kes melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peristiwa kedua yang berlaku dan dianggap kontras dengan pengharapan umum itu ialah pihak pendakwa tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan rakan Mohd Najib Razak, Abul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Pendakwa Raya, Tun Majid Tun Hamzah menjelaskan pihaknya tidak mengemukakan rayuan ke atas pembebasan dan perlepasan ke atas Razak itu. Tempoh rayuan selama 14 hari berakhir hari ini.
Paa 31 Oktober lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebas dan melepaskan Abdul Razak daripada tuduhan itu. Alasannya kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti melampau bagi memanggilkan Razak membela diri. Bagaimana dua yang tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, keduanya dari Unit Tindakan Khas (UTK) Polis di Raja Malaysia dipanggil membela diri.
Itulah dua peristiwa yang berlaku dalam sistem kehakiman atau undang-undang negara kita hari ini. Ia kebetulan melibatkan ke atas dua orang individu yang terkenal dan menjadi sorotan umum sejak beberapa tahun lalu.
Anwar ialah bekas TPM dan sedang berusaha untuk menjadi PM, manakala Razak Baginda pula seorang penganalisa politik yang dikaitkan sebagai penasihat politik kepada Mohd Najib Razak yang juga sedang menanti untuk menjadi PM.
Sudah pasti keputusan dan tindakan pihak pendakwa yang diketuai oleh Abdul Ghani Patail itu akan menjadi sejarah dan sebutan di masa akan datang. [wm.kl. 9:15 pm 14/11/08]
Thursday, November 13, 2008
Sebuka Mata
Tidak dinafikan Ronnie Liu seorang aktivis politik yang ramah dan sering muncul di mana-mana saja dalam membela masyarakat.Kenapa beliau harus ditahan di bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor. Apakah polis tidak ada tempat lain untuk menahan Ronnie Liu itu. Ataupun kenapakah pihak polis tidak menghubungi saja beliau (Ronnie) datang ke Balai Polis. Sebagai seorang Wakil Rakyat bukan payah sangat untuk polis menahan atau menghubungi Ronnie. Atau Ronnie tidak memberi kerjasama dalam hal ini?
Kes atau kesalahan yang didakwa ke atas Ronnie itu berlaku tahun 2007. Ini bermakna sudah hampir setahun. Kenapakah begitu lama pihak polis untuk mengambil tindakan menahan Ronnie? Kelemahan dan kelambatan inilah menyebabkan penahanan Ronnie itu dilihat ada motif dan tujuan lain. Ia bukan penahanan biasa. Polis seakan mencari masa yang sesuai!
Sekiranya kesalahan yang didakwa itu berat kenapa polis mengambil begitu lama sampai setahun untuk bertindak? Bayangkan kalau kelewatan ini berlaku ke atas tertuduh melibatkan jenayah berat seperti bunuh, rompak, rogol dan sebagainya sudah pasti orang yang disyaki itu sudah lama melarikan diri! Kelemahan dan kelambatan pihak polis ini akan dilihat kurang cekapnya polis dalam melaksanakan tugas mereka.
Di sini apa yang nampaknya ialah penahanan itu bagi menjejaskan imej Ronnie Liu sebagai wakil rakyat. Semacam ada seperti niat pihak berkuasa (Polis) untuk memberi gambaran kurang baik mengenai Ronnie kepada umum untuk kepentingan politik pihak lain. Dalam konteks penahanan itu seolah bukan sangat hendak mendakwa Ronnie tetapi untuk mendedahkan kepada umum mengenai tindak tanduk dan sikap Ronnie dalam isu maksiat.
Sudah pasti tindakan Ronnie Liu itu tidak akan disenangi oleh orang-orang Islam yang bagi mereka maksiat itu suatu kegiatan yang haram dan merosakkan moral rakyat. Orang ramai akan beranggapan Ronnie Liu sebagai pelindung maksiat. Justeru apa yang nak ditunjukkan di sini bahawa tindakan Ronnie itu kontras dengan kehendak dan aspirasi rakyat terutamanya Pas yang menjadi gabungan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Berdasarkan dapatan ini penahanan Ronnie itu Liu kerana menghalang kerja pencegahan maksiat satu tindakan wajar, tetapi masa yang dibuat polis itu tidak tepat. Kerana kelemahan itu menyebabkan orang ramai akan beranggapan polis sengaja mahu menyusahkan Ronnie dan memberi benefit kepada politik pihak lain.
Tanggapan demikian menyebabkan imej polis tercemar. Apa lagi sebelum ini sudah kerap polis bertindak tidak mengikuti garis undang-undang dan lebih kepada tindakan beremosi untuk kepentingan pihak lain!
Lain kali polis perlulah lebih berhati-hati dan bersikap profesional. Jangan kerana ada sesuatu kepentingan lain barulah tindakan diambil. [wm.kl 7:45 am 13/11/08]