Tindakan moderator satu forum menghalang peserta daripada menerus memberikan hujah dan pandangan sehingga ditariknya mikrofon adalah satu tindakan sangat mendukacitakan dan tidak melambangkan ianya sebagai forum akademik di kalangan mahasiswa. Kejadian itu berlaku dalam forum bertajuk "Wanita dan Politik" yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas.
Moderator yang kini sedang dicemuh oleh umum didalam facebook dan internet itu bernama Syarifah Zohra Jabee Syed Miskin yang juga merupakan Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).
Syarifah menarik mikrofon untuk halang Bawani bercakap. |
Gara-gara itu Zohra yang berada di pentas terpaksa membuat catwalk turun mendekati Bawani dan berdiri dengan tujuan mahukan siswa India itu menghentikan penghujahan dan pandangannya, malangnya Bawani tidak mudah mengalah.
Kerana geram dengan sikap Bawani yang bersemangat menyampaikan hujah-hujah dan sesekali menerima tepukan bergemoruh itu memaksa Zohra menggunakan kuasanya sebagai moderator meminta Bawani berhenti bercakap dengan berseru;
"Dengar... dengar...," dalam bahasa Inggeris beberapa kali. Ada yang membilangnya sampai 10 kali. Namun seruan itu tidak diendahkan oleh Bawani, beliau terus juga mahu bercakap menyebabkan Zohra bertindak menarik mikrofon di hadapan Bawani.
Bawani yang tidak berpuas hati dan kesal dengan kelakuan Zohra sikapnya vetonya itu tidak ada pilihan lain, beliau berlalu ke belakang dan mengangkat tangan tanda kecewa sebelum duduk untuk mengikuti forum itu.
Insiden yang berlaku itu mengejutkan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam forum bertaraf menara gading seperti itu. Kata-kata yang dilafazkan Zohra ke atas Bawani itu biadap dan menghina di mana ia tidak wajar berlaku kepada seorang berstatus sebagai pengerusi kepada sebuah NGO.
Sebagai moderator yang dianggap sebagai tuan rumah, Zohra tidak sepatutnya bertindak demikian. Cara beliau itu tidak ubah seperti beliau memanggil tetamu untuk datang ke rumahnya, berbual-bual dan bila tetamu memberi pandangan pedih dihalaunya keluar.
Lagak dilakukan Zohra laksanakan seorang wanita yang suka kawal suami di mana suka menyuruh suami duduk atau pun berdiri walaupun cara itu salah. Apakah Zohrah mendapat fiil itu daripada Rosmah Mansor yang diberitakan suka mengawal majlis dan forum-forum Puspanita dan Bakti serta meminta orang lain hanya mendengar cakapanya?
Majlis itu merupakan satu forum motivasi untuk memastikan mahasiswa menyokong kerajaan dan membenci oposisi. Ini terserlah sejak awal-awal lagi apabila sebelum ia bermula, para perserta diminta membaca ikrar menyatakan sokongan kepada kerajaan dan membenci aktiviti-aktiviti dilakukan oleh pembangkang termasuk demontrasi jalanan dan sebagainya.
Melihat rakaman video kejadian itu apa yang menyesalkan ialah tidak ada seorang pun mahasiswa lain bangkit untuk mempertahankan Bawani yang diserang oleh Zohra itu. Peserta kebanyakan mahasiswa Melayu hanya tersipu-sipu macam sipu babi terkena keladi gatal saja melihat kejadian itu.
Mereka nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan saja Bawani disergah dan diratah oleh Zohra umpama anak impala yang dibaham oleh singa jantan "janggul" di hadapan kawanannya yang hanya terkulat-kulat melihat kejadian itu.
Mengapa tidak ada sesiapa yang bangun untuk menyambung hujah Bawani itu dan sekaligus membela atas apa yang berlaku? Tidak sepatutnya mahasiwa kecut dan menggeletar dengan herdikan si Zohra itu. Itu baru Zohra macam mana kalau suatu hari mereka berdepan dengan Iron Lady Malaysia?
Bagaimana nasib malang Bawani yang ingin menyuarakan kebenaran itu terbela juga apabila peristiwa itu dirakam dan videonya kini tersebar di internet dan menjadi antara klik video yang terlaris. Dengan penayangan video itu masyarakat umum dapat menyaksikan siapakah yang 'nngor' dan siapa yang profesional dalam "pertelingkahan" itu.
Peringatan untuk Zohra sekiranya anda ingin menjadi moderator dilain kali anda perlu mengawal emosi anda. Seorang moderator kena dingin, tenang dan bersikap adil dan rajin mendengar. Bukankah tujuan dianjurkan sesuatu forum itu untuk mencari titik pertemuan dan mengemukakan idea-idea bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.
Bagi saya cara dan gelagat anda melarang dan membelasah Bawani itu lebih kurang sama saja dengan pemuda Gombak.
Kepada Bawani syabas di atas keberanian anda menyuarakan kebenaran tidak dikira dimana dan di hadapan siapa. Sesungguhnya mahasiswa yang berani dan bersikap progresif seperti itulah yang negara mahukan dan bukannya mahasiswa yang kojol apabila diberi wang rebak untuk beli handpone RM200. [wm.kl.2:16 pm 15/01/13]
6 comments:
tuan mso....
dalam video tu saya tertarik dan tertanya dengan dua sikap mahasiswa... "menyokong yang mana satu?" waktu mahasiswi Bavani berhujah di tepuk, waktu moderator "setengah masak muslim" pun tepuk! mana satu pendirian mereka semua?
tapi apapun saya percaya, sewaktu saya menyambung pelajaran di upm pun sama, waktu minggu haluan siswa, dipanggil nazri aziz bagi ceramah....dipanggil sebagai forum tapi untuk sebarang soalan perlu ditapis. selain itu siswa-siswi pula diugut ditarik ptptn, asrama, malah akan digagalkan pelajaran mereka jika tidak menyokong bn.
jadi saya tak hairan mengapa sekarang juga dilihat siswa-siswi dalam forum tu hanya terkulat-kulat apabila dilayan sedemikian rupa oleh perempuan moderator tu....sebab pada saya itu mesti dibuat untuk mahasiswa tahun 1 yang ramainya masih belum terbuka luas pemikiran (baru berpindah dari alam sekulah) dan selain diugut seperti yang saya nyatakan sebelum ini.
dan saya juga mengaku, kebanyakan dari siswa-siswi melayu ini akhirnya akan tahu kebenaran dan ramai yang lebih suka menterjemah kepada kertas undi. namun saya berdoa, zaman kegemilangan mahasiswa muncul semula suatu hari nanti.
perubahan tidak bermula dengan ramai orang tapi bermula dari satu suara menentang kezalima.
Zohra spesis rosmah mansur dan bawani pelapis nurul izzah...selepas UBN tumbang nanti mereka2 seperti zohra ini patut dihantar ke kem tatanegara atau pusat koreksional yg dipengerusikan oleh sdr mat sabu atau khalid samad atau sdr mso...hahaha baru depa tau...
Putra Bertam
Eeeeeee ni memang jenis Mandaliar!!! Pengkhianat dan tak sedar diri!!!
Bawani hanya 1contoh dari beribu2 yg ada diseluruh kampus
,,,,,, tunggu masa saja
,,,,,, samada sblm atau slps pru13 nanti
Masa nilah siswa siswi kena berani! Lepas PRU 13 baru terhegeh - hegeh nak berubah buat apa! Masa tu semuanya dah lain. Siswa melayu ni berani tak bertempat,penakut tak beragak! Kalau Bawani yang perempuan pun berani bersuara, dimananya yang lelaki? Takkan siswa UUM semua asyik menyemat dengan Tie dan takde telor? Lu pikirla der!
Darwish Irfan Sebagai PENGHUNI kepada sebuah negara yang telah MERDEKA sekian lama dan berdaulat,kita semua dibenarkan berbeza pendapat dgn batas undang-undang yang dibenarkan. Walau apa pun ideologi kefahaman politik diantara kita itu adalah hak yg dibenarkan dalam prinsip DEMOKRASI. POKOK asas dalam perbincangan ini adalah berdasarkan BUKTI dari video yg boleh diputarkan dan dilihat dgn sempurna oleh semua diantara kita kecuali yang BUTA! Soal siapa politikkan siapa itu adalah hak masing2 menilaikannya,dah bola tanggung nak tengok dan diam? Itu bodoh namanya!. Sehingga kini KERAJAAN yg memerintan adalah dari BN,mereka WAJIB bertanggungjawab atas kejadian ini. Mereka perlu selesaikannya jika berminat dgn POLITIK yg matang.Kecualilah masih ingin mengekalkan politik DASAR yg jumud. INI soal maruah seorang RAKYAT MALAYSIA..JIKA INSAN sebegini bacul dibiarkan BERMAHARAJA lela dgn kelakuan dan caranya,yg bakal MUSNAH adalah generasi yg akan mengantikan kita nanti dan impaknya adalah negara ini! Apa pun ALASAN,sebagai seorang rakyat negara ini,perlakuan ini adalah BIADAB dan tidak harus VIRUS sebegini menular dan menjalar di BUMI malaysia. MALAYSIA hak kita,hak semua dan BUKAN sesekali hak BARISAN NASIONAL atau PR! Mereka yg dikerusi empuk atau bakal berhawa dingin adalah PEKERJA KITA,gunakan HAK majikan pada tempat yg sepatutnya. Sampai bila kita arus berada didunia KETAKUTAN,perhambaan minda dan terpaksa menelan segala ideologi tanpa mempunyai hak menyuarakan apa yg kita rasa? MEREKA yg didinginkan dgn KHAZANAH negara yg mereka ROMPAK,ambil secara putar belit tidak akan rasa apa yg kita rasa. Mereka mungkin boleh MEMAHAMInya tetapi yang merasai DERITANYA adalah kita! MEMBIARKAN pemikiran SYARIFAH menguasai anak-anak kita adalah satu BALA kepada negara yg prinsipnya DEMOKRASI!
Post a Comment