Tuesday, January 8, 2013

Tv No 3 Akan Eksploit Titah Sultan

ULASAN                                                                                                                               

Malam ini Tv No 3 akan membesar-besarkan apa yang diistilahkan sebagai kemurkaan Sultan Selangor terhadap pandangan Lim Gua Eng agar perkataan Allah dibenarkan digunakan dalam penulisan kitab Injil di Sabah dan Sarawak.

Tidak tahu sejauh mana kemarahan Sultan itu kepada pandangan Guan Eng itu. Apakah tahap boleh dipancung atau pun halau ke luar negeri?

Tetapi yang nyatakan tv no 3 dan tv lain juga akan perbesarkan. Mereka akan cuba memberi gambaran sultan Selangor tidak senang hati kepada cadangan itu. Yang akan ditarik dan digambarkan nanti sultan juga tidak suka kepada DAP.

Media PB ada agenda tersendiri dengan menggunakan kenyataan marah itu. Sultan tidak mungkin mencampuri urusan politik kerana baginda tahu batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukannya olehnya. Sultan adalah payung bukan saja untuk Melayu tetapi untuk semua ethnik yang bermukim di negara ini.

Tetapi media akan cuba memberi gambaran sebaliknya.



DAP khasnya Lim Guan Eng jangan mudah melatah dengan tektik media massa PB itu. Lim Guan Eng kena mendiamkan diri dan tidak perlu memberi apa-apa jawaban. Biarlah media massa PB melalak dan melaung sendiri. Rakyat sudah tahu apa yang berlaku di sebalik isu itu. Yang diharap dan didoakan media PB ialah DAP melatah kemudian diikuti pula oleh PKR dan PAS.

Hari ini Pakatan Rakyat mengambil keputusan menerima perkataan Allah digunakan dalam erti kata di luar konteks Allah menurut bahasa al Quran. Apakah sultan Selangor respon kepada kenyataan dan pendirian Pakatan Rakyat itu? Barang kali perlu juga sultan Selangor menegur ketetapan Pakatan Rakyat itu? Kalau Guan Eng ditegur kenapa tidak dengan Pakatan Rakyat?

Dalam keadaan UBN terdesak mereka akan menggunakan apa saja termasuk Raja-raja Melayu. Mereka tahu urusan agama terletak di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu. Seboleh-boleh UBN akan mengheret sama Raja-raja bersimpati kepada mereka. Bagaimana pun tidak semudah itu. Raja-raja bukan budak atau pandir.

Raja-raja yang membaca sejarah akan tahu dan ingat apa yang pernah Mahathir Mohamad dan Umno lakukan kepada mereka sebelum ini? Yang bersikap melampau batas dan menghina Raja-raja bukan DAP atau Pakatan Rakyat tetapi Umno. Sejarah kelancangan Umno ini semua orang masih ingat.

Dalam nota ringkas ini sekali lagi diingatkan agar pemimpin DAP jangan melatah dengan kemarahan  Sultan Selangor itu. Terimalah seadanya. Jangan sentuh dan kata apa-apa terhadap kenyataan sultan yang dibaca oleh setiausahanya itu. Lainlah kalau Sultan Selangor muncul sendiri di tv 3 barulah DAP boleh memberi reaksi menjawab itu setakat mana yang tidak terlindung oleh imuniti raja. Teguran sultan masih bersifat kabur.

Apabila marah itu diluahkan dalam kertas ia boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran lagi.  Walaupun ia sudah sahih menjadi kenyatan sultan tetapi wajar kalau ia dilafazkan sendiri oleh sultan biar semua orang mendengar dengan jelas. Biar cerat.

Sultan selalunya membuat kenyataan berdasarkan apa yang dinasihatkan kepadanya oleh para penasihatnya. Sebab itu kalau penasihat memberi nasihat yang salah maka salahlah titah raja itu. [wm.kl.5:52 pm 08/01/13]
Post a Comment