Sunday, January 27, 2013

Tarik Balik Pengharaman Hindraf, Tidak Bijak

RENUNGAN PAGI                                                                                                             

Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik pengharaman pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebuah pertubuhan ekstrem kaum India bawahan. Pertubuhan ini diharamkan pada 15 Oktober 2008 sewaktu pentadbiran Abdulah Ahmad Badawi.

Salah satu aksi Hindraf.
Surat pemakluman Hindraf dibenarkan bergerak itu dihantar semalam.

Penarikan balik pengharaman ini dilihat satu lagi tindakan terdesak dan rasa gerun UBN untuk menghadapi pilihan raya kerana bimbang dengan sokongan masyarakat India. Kononnya disebabkan tindak tanduk pertubuhan ini pilihan raya 2008 Umno tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Hindarf diharam setelah pertubuhan itu berjaya mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran dari kalangan kaum India. Pertubuhan ini membuat 18 tuntutan kepada kerajaan.

Ekoran tunjuk perasaan itu yang bersikap ganas beberapa orang pemimpin kanan pertubuhan berkenaan telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setengah yang lain melarikan diri ke luar negara.

Apakah tindakan kerajaan membenarkan semula Hindaf bergerak secara halal ini satu keputusan baik? Jangan hendaknya tindakan membenarkan Hindraf ini dibuat kerana melihat kepentingan UBN, takut kalah dalam pilihan raya, tetapi mengabaikan hal-hal lain.

Sudah pastinya selepas ini pertubuhan itu akan bergerak secara vokal dan berani lagi kerana merasakan mereka berada dipihak benar. Kenyataan beberapa pemimpin mereka mengulas penarikan balik pengharaman itu sudah menggambarkan mereka akan bertindak agresif. Misalnya cadangan untuk meminta ganti rugi daripada kerajaan kerana mengharamkan pertubuhan menggambarkan Hindraf sebuah pertubuhan yang vokal.

Mereka juga meminta kerajaan memohon maaf atas tindakan mengharamkan pertubuhan itu atas alasan ia menyusah dan banyak merugikan Hindraf.

Yang pastinya dengan penarikan balik itu mereka akan memperjuangkan secara lebih yakin lagi terhadap 18 perkara yang dituntut oleh pertubuhan itu. Antaranya ialah:

Antara apa yang dituntut ialah;

1. Semua 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan geran tanah diberikan kepada pihak sekolah menjelang 1 Januari 2013. Di samping itu, tadika juga akan ditubuhkan di sekolah-sekolah tersebut, kerana kebanyakan kanak-kanak India buta huruf kerana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar anak-anak untuk pendidikan awal.

2. Terdapat 150,000 kanak-kanak India tanpa kerakyatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran, di samping kira-kira 300,000 ibu bapa yang juga tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran. Hindraf mahu mereka ini diberikan sijil kelahiran mereka dan kad pengenalan.

3.10,000 tempat disediakan untuk kaum India di GIATMARA (pusat belia yang dikendalikan oleh kerajaan), untuk belia dalam masyarakat tersebut mendapat kemahiran.

4. 10,000 tempat disediakan untuk pelajar India di Universiti Teknologi Mara.

5. 10,000 kaum India diberikan tanah di pelbagai skim pembangunan tanah persekutuan seperti Felda, Felcra dan Risda untuk memberi mereka peluang untuk menyara hidup.Uthayakumar berkata jika Najib, yang turut mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal masyarakat India, gagal memenuhi pra-syarat tersebut, maka Hindraf tidak akan menerima jemputan untuk berjumpa.

Persoalan kini timbul apakah apabila kerajaan bersetuju menarik balik pengharaman itu menyebabkan sebahagian besar yang dituntut oleh Hidraf akan dilaksanakan?

Bagaimana pun adalah diharap dengan kebenaran itu nanti Hindraf dapat menjadi sebuah pertubuhan yang patuh kepada aspirasi negara dan tidak terlalu mementingkan kehendak-kehendak peribadi mereka yang sukar untuk ditunaikan oleh kerajaan.


Bagi saya kebenaran untuk Hindraf bergerak ini bukan satu keputusan bijak dan kalau UBN mengharap ianya akan mendapat benefit politik menjelang pilihan raya umum ini di sebalik keputusan itu ia adalah sesuatu yang mustahil. [wm.kl.7:00 am 27/01/13]

3 comments:

Unknown said...

Saya setuju dgn MSO...semenjak dulu lagi kerajaan meraikan berbagai permintaan kaum lain demi kemenangan dalam pilihanraya...hakikatnya orang Melayu sendiri yg sentiasa dianaktirikan...

Rillink said...

Assalam Tuan,

Kali ini saya setuju pendapat mahathir yang mengatakan kepimpinan Najib lemah.Hindraf dan Perkasa adalah dua kumpulan yang extrin yang wajib di haramkan.

Unknown said...

Sedih tgk orang Melayu kita bertempur...tidak kira pembangkang mahupun kerajaan , habis harta pusaka turun temurun bakal milik anak cucu bangsa hendak digadaikan pada bangsa pendatang lain.Tanah balak, UITM, geran tanah dan banyak lagi harta milik anak cucu cicit kita orang Melayu..bukan kerajaan sahaja, malah pembangkang pun terikut-ikut.

Masa saya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, bertugas di Parlimen, tengok selepas sesi bersidang, MP pembangkang dan kerajaan bergelak ketawa bersama di lounge sambil menghirup kopi dan teh.Penyokong2 sahaja yang menyokong idola masing-masing membuta tuli, bergaduh, meredah bom gas dan bermacam-macam lagi.

Walaupun mengundi pembangkang dalam PRU 2008 semasa masih berkhidmat dalam kerajaan, namun mungkin pilihanraya ini tidak mengundi mana-mana pihak kerana kedua-duanya memberi terlampau banyak faedah kepada bangsa lain berbanding hak Melayu. Hak-hak Melayu bukan makin bertambah, malah makin terhakis.