Sunday, January 27, 2013

Beri Kerusi Kepada DHPP Fikir Implikasinya

FIKIR AHAD                                                                                                                     

Cadangan PAS untuk meletakkan calon bukan Islam yang bergabung dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mungkin sesuatu pendekatan yang baik dari segi pluralisme politik apa lagi dalam PAS berusaha untuk mengestblishkan parti itu kepada semua orang tanpa dibatasi sempadan agama atas 'maslahat' dakwah.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Bagaimana pun cadangan itu tidak semestinya praktikal untuk masa panjang. Apakah pimpinan PAS sudah memikirkan lebih jauh dari itu, siap dengan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk menghadapi implikasinya dari keterbukaan itu nanti. Bagaimana sekiranya satu masa nanti jumlah penyokong PAS yang tidak Islam itu meningkat berkali ganda?

Kini ahli kelab itu 35,000 tetapi dalam masa dua tiga tahun lagi katakan menjadi 50,000? Sekiranya kebenaran PAS memberi laluan itu berpandu kepada nisbah kapasiti 35,000 tentu ia akan bertambah apabila jumlah ahli kelab itu meningkat. Apakah ini tidak akan menjadi masalah dan bebanan kepada PAS?

Sesiapa pun boleh bertanding atas lambang PAS kerana peraturan di dalam perlembagan PAS bukan mutlak. Ia boleh dipindah dan disesuaikan. Dan tiada perkataan atau ayat khusus melarang perbuatan tersebut.

Tetapi kena ingat, mereka - ahli kelab penyokong bukan beragama Islam. Sudah tentu mereka tidak memahamai definasi dan pengertian Islam itu dalam erti kata sebenarnya. Mereka tidak tahu akan kepentingan-kepetingan dan keperluan PAS sebagai sebuah parti Islam yang terikat dengan rukun-rukun dan peraturan tersendiri yang membezakan PAS dengan parti-parti lain.

Perkara ini tidak menjadi masalah kalau bilangannya kecil, tetapi akan mula menjadi masalah kalau bilangannya sudah besar. Apa lagi kalau setiap etnik yang berada dalam kelab itu menuntu haknya mendapatkan kerusi. Selama ini PAS menerima mereka dengan anggapan mereka seronok kepada PAS tanpa memikirkan apakah tujuan tersembunyi mereka di sebaliknya. PAS seharusnya menyelidikan sehalus-halusnya kesediaan mereka menyokong parti bernama Islam itu. Iya tidak bukan terjadi saja-saja begitu.

Apakah mereka sudah merasakan PAS tidak Islam lagi maka mereka bersedia menyokong atau pun kerana apa? Dan kalau begitu ini menunjukkan dalam mata mereka PAS bukan Islam pure. Apakah kerana mereka teruja dengan kepimpinan dan akhlak Muryidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat. Macam pula setelah tokguru itu tidak ada lagi sedangkan jarang pimpinan PAS mewarisi akhlak tokguru itu. Apakah mereka akan kekal bersama PAS? Perkara ini tanggapan kebimbangan tetapi perlu diberi penilian awal secara tuntas dan berhemat.

Justeru cadangan PAS seperti diumum Ketua Penerangan PAS itu, Tuan Ibrahim Tuan Man itu harus berhati-hati. PAS perlu mengenakan kouta atau peraturan yang calon PAS dari bukan Islam tidak melebih sekian-sekian jumlahnya. Sekiranya PAS memilih  kepada latar belakang, kelulusan dan bukan akidah rasanya mungkin ada ahli kelab yang lebih berkualiti dari ahli PAS sejati.

Menurut Tuan Ibrahim itu ini adalah sejarah pertama kalinya PAS membenarkan ahli DHPP bertanding menggunakan lambang PAS. Sebelum ini PAS pernah memberi pinjam lambangnya kepada pengamal political animal di Kelantan dan seorang calon berbangsa India di Johor. Sesuatu baru bermula harus dilihat bagaimana perkembangan dan akhirnya.

Kita tidak mahu sejarah ini menjadi satu precedent pula kepada kelab DHPP. Jangan pula selepas ini mereka akan menutut bahawa mereka juga ada hak untuk bertanding ataupun menjadi kuasa penentu dalam PAS. Biasanya tuntutan dibuat oleh sesuatu pihak berdasarkan kepada sejarah dan akar peristiwa. Kalau PAS menjadikan perletakan calon dari DHPP itu sebagai sejarah tidak mustahil dijadikan bukti dan alasan untuk menuntut sesuatu di masa depan.

Saya tidak pasti siapakah yang dahulu bercakap menegani calon dari kalangan DHPP ini. Apakah ianya di atas permintaan DHPP atau pun PAS sendiri menawarkan untuk menunjukkan keterbukaaanya parti dalam politik. Adalah terlalu awal kalau PAS bercadang memberi layanan begitu istimewa kepada ahlinya bertaraf dewan penyokong.

Sebagai dengan himpunan penyokong PAS, mereka sepatunya berada di luar menyokong dan tidak perlu diberikan hak dan prioriti lebih dari itu. PAS kena ingat seorang waklil rakyat ialah penguasa dalam sesebuah parti atau kerajaan. Mereka terlibat dalam membuat dasar dan polisi. Apakah mereka (bukan Islam) sedia akur kepada induk nanti kalau dasar-dasar itu berhubung dengan undang-undang Islam dan sebagainya yang bertentantangan dan bercanggah dengan budaya dan akidah mereka hendak dilaksanakan?

Yang lebih afdal PAS perlu metarbiah dan dakwah ahli kelab terlebih dahulu. Dakwah itu bukan saja setakat menunjukkan keburukan dan kejahatan Umno tetapi juga mengenalkan mereka dengan nilai-nilai hidup sebenar yang dianjurkan oleh idola parti itu iani Rasulullah s.a.w.

 Jangan kerana terlalu mengejar keuntungan politik PAS akan kerugian dari laga maruah Islam. [wm.kl.11:54 am 27/01/13]

2 comments:

putra bertam said...

Jangan sampai untung secubit tapi rugi sepikul...

Izazulzilati said...

Jawatan senator mungkin lebih wajar... ?