Thursday, January 31, 2013

Mahathir Terus Melontar Najis Ke Mukanya

CATATAN SORE                                                                                                              

Mahathir: Nafikan dulu buku ini.
Selepas bekas KM Sabah Salleh Said Keruak membuat dakwaan Anwar Ibrahim terlibat dalam projek IC palsu di Sabah, saya sedang menunggu perkembangan selanjutnya. Saya tidak nampak kenyataan dan dakwaan Salleh itu memberi impak besar dan akan tersambung bukan oleh beliau tetapi orang lain.

Tentu akan ada hulubalang lain akan menyambung dakwaan Salleh itu.  Apa dilakukan Salleh itu sekadar membuka idea, macam mana untuk menyejutkan hati rakyat Sabah dari terus membenci Umno.

Bagaimana pun Anwar Ibrahim terus membalas kenyataan Salleh itu secara ringkas dengan mengatakan dia tidak terlibat. Barang kali kenyataan itu sudah mencukupi bagi Anwar tanpa memberi hujah dan bukti tambahan. Dan mereka yang mengikuti perbicaraan dan siasatan RCI ternanti-nanti dengan penuh minat untuk mengetahui perkembangan selanjut.

Setakat ini siasatan RCI tidak terkeluar nama Anwar dan nama-nama besar lain yang terlibat dengan projek huduh nasional itu. Yang terkeluar ialah dua nama bekas menteri kabinet, Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub di samping nama seorang bekas KM Sabah, Osu Sukam. Orang pun faham apabila dua nama bekas menteri kabinet itu disebut dan keluar. Orang tahu menteri kabinet itu menjadi 'anak ayam' kepada siapa. Menjadi caddy kepada siapa?

Megat Junid (sudah mati) dan Abdul Aziz Shamuddin tidak mesra dengan Anwar. Walaupun mereka berada dalam parti sama, tetapi jarang malahan boleh dikatakan tiada langsung agenda Umno yang digerak oleh mereka bersama. Masing-masing bergerak mengikut arah pandu berbeza. Dalam kata lain Aziz bersama Megat Junid tidak akan berpakat dengan Anwar kerana mereka sebenarnya adalah 'bermusuh' di antara satu sama lain. Mereka bertentangan bukan saja dari ideologi atau aliran pemikiran, tetapi Abdul Aziz Shamsuddin memusuhi Anwar secara tersendiri sejak di alam universiti lagi. Maka tidak mungkin mereka bersekongkol.

Berdasar chemistry itu jelas apa didakwakan oleh Salleh Said Keruak itu hanya tuduhan semata-mata. Satu palitan fitnah untuk memburukkan reputasi Anwar yang masa kini semakin mendapat sambutan di Sabah. Salleh sepatutnya mendedah apa-apa bukti penglibatan Anwar lebih jauh dari itu dan bukan sekadar membuat tunduhan bersifat 'lancau'.Tidak ada guna membangun kilang air lisu basi.

Jadi hari ini bila orang yang pernah mendapat jolokan Mahafiraun, Mahathir Mohamad membuat pengakuan kononnya Anwar terlibat dalam projek IC palsu itu ia menempati apa yang saya bayangkan. Saya sudah merasakan idea Salleh Said Keruak itu akan diperpanjangkan oleh Mahathir, dan itu yang diharapkan kerana Salleh sendiri tahu powernya tidak sekuat mana.

Dalam penjelasan hari ini Mahathir tidak menyebut dengan jelas penglibatan Anwar hanya berandaian. Katanya Anwar suka berbuat sesuatu tanpa arahan, kadang-kadang melebihi daripada apa yang dia buat. Nah dengarlah, itulah jawaban mengubah jiwa orang (psykologi) yang selalu Mahathir gunakan. Itulah tektiknya. Dia suka memberi percakapan tanggung untuk diterjemah oleh orang ramai mengikut dendangan iramanya. Bagi orang yang bersujud sahwi dan taksub "dalalah" kepadanya akan mempercayai apa yang diucapkan oleh Mahathir.

Katanya lagi, dia akan dedahkan penglibatan Anwar itu di mahkamah sekiranya di panggil memberi keterangan. Kenapa tunggu di mahkamah? Mahathir boleh dedahkan hari ini juga. Bila masa pula Mahathir menghormati mahkamah. Dulu semasa dia mendedahkan afidavit untuk memenjarakan Anwar, Mahathir tidak pun pedulikan peraturan mahkamah? Dia telah mendahului mahkamah. Tetapi kenapa hari ini perlu menanti mahkamah panggil?

Begitu pun kita alu-alukan Mahathir ke mahkamah dan begitu juga dengan Anwar. Kita harap Suruhanjaya Jaya Siasatan Diraja (RCI) memanggil mereka berdua ini. Walaupun tiada tanda dan hubungan Anwar terlibat dalam projek itu tetapi kerana dia berada bersama Mahathir dalam Umno ketika itu, kita boleh mengandaikan ianya turut terlibat.

Memanggil Mahathir dan Anwar adalah tindakan terbaik.

Seperkara lagi saya hendak sebut di sini untuk difikir, siapakah terlibat atau tidak dalam projek IC palsu itu boleh disaksikan dalam buku berjudul "IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?" yang ditulis oleh Mutalib M.D. Buku setebal 1,180 muka surat itu sudah 'lenyai' diperkatakan oleh rakyat Sabah. Mahathir kena jawab dulu dakwaan dalam buku itu sebelum mengheret songsang Anwar dalam kemelut projek busuk itu.

Walaupun buku itu itu bukan merupakan laporan sahih yang disahkan oleh mana-mana lembaga atau tribunal, tetapi ia boleh dijadikan panduan. Di dalam buku itu nama yang disebut dengan projek itu ialah Mahathir bukannya Anwar. Gambar dan nama Mahathir tertera di muka depan, tiada wajah Anwar. Kalau apa yang didedahkan dalam buku itu palsu, kenapa tiada tindakan ke atas penulis dan penerbitnya?

Kalau Anwar terlibat dengan projek IC palsu sudah tentu gambar Anwar juga tertera sama dengan gambar Mahathir. Semasa isu projek IC palsu itu Anwar masih bersama Umno dan wajar ia dihukum sama ketika itu kalau dia terlibat. Tetapi kenapa tidak? Kalau tidak kesemuanya sekurang-kurang ada nama Anwar dikaitkan dengan projek syaitan dikenali itu.

Mudahnya kenyataan Mahathir mengaitkan Anwar dengan projek IC palsu adalah ulangan kepada sikap dan fiilnya yang suka mengenakan getah nangka kepada orang lain. Itulah kerja licik dan bijak ala si Kitol sang Mahathir ini menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah walaupun dia adalah pemuka utamanya. Dalam serbi serbi Mahathir berbuat begitu.

Tragedi Memali tahun 1985, Mahathir langsung tidak bertanggungjawab dan kejadian itu diletakkan atas bahu Musa Hitam. Kerugian Perwaja Steel di Terengganu melibatkan kerugian lebih RM800 billion, Mahathir letakkan atas Eric Chia. Kerugian projek kereta nasional - Proton, Mahathir letakkan atas menterinya yang memberi AP kepada kereta luar. Ah, bermacam-macam kerugian dan kejadian jenayah lain semuanya Mahathir mengelak dan mencari kambing hitam untuk dijadikan korban. Mahathir seorang yang berbohong tanpa berkerut kening, kata orang Kelantan.

Mengenai projek IC palsu ini Mahathir boleh elak tetapi orang tidak akan percaya yang dia tidak terlibat. Projek ini adalah skandal terbesar didalam negara ini yang menyebabkan negara boleh 'kalah perang' terlepas kepada orang lain. Tidak dapat tidak, sebagai menteri dalam negeri dan perdana menteri Mahathir 'maha' mengetahui mengenainya. Salah satu kes jenayah yang akan dituduh ke atas Mahathir sekiranya Pakatan Rakyat memerintahkan nanti ialah mengenai memalsukan warganegara ini.

Seluruh rakyat yang faham dan mengetahui kuasa seorang perdana menteri tidak akan menolak penglibatan dan peranan Mahathir, lagi pun beliau sendiri sudah membuat pengakuan di luar mahkamah yang beliau berikan taraf warganegara kepada warga asing atas alasan Tunku Abdul Rahman pun berbuat demikian.

Mahathir boleh lari dan mengelak, tetapi orang tidak akan mempercayainya. Hanya dua manusia saja yang mempercayai apa yang beliau katakan, pertama anaknya Mukhriz dan penyokong nombor wahidnya yang sanggup menjilat punggungnya, Inchek Ibrahim Ali. [wm.kl.5:00 pm 31/01/13]

3 comments:

Unknown said...

Brehem dah ke cium buntut Mahathir sebagaimana sumpahnya dulu?

Agaknya sekarang dia telah termakan sumpah kot?

bat8 said...

Tuan MSO,

Tajuk berita Malayasian Insider hari ini ialah " Dr M mengsabitkan Anwar dengan Projek IC tetapi tak Ada Bukti"

Begitulah perangai Mahathir. Tidak habis-habis dengan sikap angkuh dan bongkak takabur. Dia merasakan dia seorang sahja yang cerdik dalam dunia ni. Orang lain semuanya bodoh tahap gila babi semuanya!

Dengan sikap beginilah dia telah merosakkan dan menjahanankan orang melayu tanpa orang melayu sedar. Sikap tak sedar kena dijahanankan oleh mahathir kerana kepentingan diri dan keluarga semata-mata, yang kita lihat berkeliaran di maya siber dan media-media lain membuatkan hati saya menjadi sedih dan hiba. Bodoh sungguh melayu-melayu jenis ini.

Bodoh tak bodohnya melayu-melayu ini, kita ambil contoh sikap mereka dalam isu kalimah Allah. dengan ilmu ugama yang sekelumit mereka naik "syeh" mempertahankan benang basah sehingga melupakan dan mengambil risiko yang tinggi dengan batas-batas iman yang mana boleh menyebabkan tergelincir aqidah mereka semata-mata hendak memenangkan mamak kerala yang hina ini!....kesian sungguh, mereka boleh perjudikan iman kerana mamak tongkang ini!

setakat ini je saya sanggup komen mengenai mamak keling ni. hati begitu marah dan panas dengan sikap angkuh dan bongkak takabur yang melampau dalam isu projek IC ini.

bat8

NYAMUK MENGGIGIT said...

Mungkin Parti yg dikatakan "Telah membusuk keakar usus" telah membuakkan kebusukkanya disaat nyawa hampir kekerongkong oleh orang yang persoalkan keharusan YM Tunku bagi kewargenageraan kepada kaum lain selain dari MELAYU.

Mungkin juga ALLAH telah makbulkan doa Allayarham Ustaz Fadhil Nor semasa hayatnya yang telah mendoakan agar mahkluk ini dipanjangkan umur untuk melihat KEMUSNAHAN dan kerosakkan yg telah DIA buat "BUAT" dibumi Malaysia
ini.

Mungkin juga ALLAH panjangkan usiamakhluk ini kerana mungkin kali pertama dalam sejarah"UPACARA CIUM BUNTUT " dikhalayak ramai akan dipancarkan oleh media utama untuk tontonan bersejarah oleh rakyat MALAYSIA.

Yang pasti, HUMBANKAN ke neraka dunia kepada mana-mana pimpinan yg telah mengkhinati amanah RAKYAT jika benarlah MEREKA itu terlibat memberikan IC secara salah disisi undang2 tidak kira samada siapa pun DIA itu!

Yang dipanggil BERJASA adalah apabila seseorang menyumbangkan sesuatu secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran tetapi kalau BERGAJI dan menerima BINTANG saban tahun........itu bukan BERJASA namanya........! Kalian pemimpin TELAh dibayar gaji dengan segala imbuhan untuk menjalankan amanah bagi pihak rakyat, bukan PENJAHANAM kepada bumi bertuah ini!

APA alasan negarawan itu mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan negara kalau bukan kerana DESAKAN dari rakyat supaya berundur? Dia tahu atau tidak.......RAKYAT dah meluat dengan AUTANYA yang tidak pernah RASA BERSALAH? Untuk apa DIA bersura tanpa rehat kalau dia masih mampu BERKATA_KATA,kan baik jangan nangis nak berundur?