Thursday, January 10, 2013

Macam Mana Bangunan Belum Siap Boleh Beroperasi?

KONFISU                                                                                                                               

Sebuah bangunan yang terletak di simpang lampu isyarat di Danau Kota, Setapak menjadi tanda tanya kerana walaupun ia masih belum siap sepenuhnya tetapi telah beroperasi.

Bangunan itu merupakan kompleks beli belah baru di kawasan ini yang menempatkan sebuah pasar raya dan ratusan kedai termasuk gelanggang makanan berbagai jenis makanan dan lain-lain. Ia mula beroperasi sejak tahun lepas lagi.

Bahagian bawah, beroperasi, atas masih dalam pembinaan.
Bahagian bawah bangunan itu sudah siap sepenuhnya tetapi yang menjadi persoalan ialah pembinaan di bahagian atas masih dalam proses. Pada hakikatnya bangunan itu masih belum siap sepenuhnya.

Persoalannya macam mana bangunan itu dibenarkan operasi sedang pada hakikatnya ia masih belum siap sepenuhnya. Bahagian atas bangunan berkenaan sedang dalam proses pembinaan rumah kediaman berupa kondominum.

Apakah memang ada peraturan membolehkan mana-mana bangunan yang belum siap beroperasi? Persoalan ini timbul kerana melihat keadaan bangunan berkenaan yang dalam proses pembinaan itu boleh mendatangkan merbahaya kepada orang ramai.

Bilik kediaman di bahagian atas.
Walaupun pemasangan jaring dan pagar dibuat bagi mengelakkan peralatan binaan seperti batu, besi, kayu, keluli dan sebagainya jatuh, tetapi ia tidak menjamin keselamatan. Bila-bila masa saja peralatan pembinaan itu boleh jatuh dan menimpa kepala sesiapa saja, termasuk taukeh bangunan itu sendiri!

Bukan itu saja persekitaran bangunan itu juga dikotori dengan habuk dan debu yang menganggu persekitaran dan kesihatan kerana pembinaan itu.

Adalah diharap pihak DBKL memberi penjelasan mengenai status bangunan ini apakah ia beroperasi dengan ada kebenaran atau sebaliknya. Sepanjang pengetahuan saya, keadaan seperti ini;  bangunan belum siap tetapi sudah diguna pakai adalah pertama kali ditemui di di kawasan ini.

Sekiranya memang ada kebenaran atau peraturan untuk berbuat begitu diharap DBKL perlu menampalkan notis penjelasan mengenainya agar tidak menimbulkan persoalan kepada orang ramai dan orang ramai juga boleh berwaspada menghadapi apa-apa musibah. Kalaulah memang ada kebenaran mungkin ia boleh dikaji semua keadaan keadaannya tidak begitu kondusif.

Pengunjung pusat membeli belah itu seharusnya diberitahu bahawa pembinaan di bahagian atasnya masih dalam proses. Mungkin pembinaan itu berasingan dengan bangunan menempatkan pusat membeli belah itu,tetapi ia bersambungan menyebabkan orang akan menganggap ia adalah banguan sama. Keadaan yang kelihatan hari ini juga mencacatkan dan buruk dan seolah sistem pembinaan di negara ini masih di tahap belum tamadun. [wm.kl.8:26 pm 10/01/13]
Post a Comment