Wednesday, June 24, 2026

Sihir politik dalam pilihan raya Johor

SPEKULASI

KURANG 100 jam sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (Pirane) Johor, suasananya masih penuh teka-teki. Di atas kertas, ia dilihat bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PN.

Namun di sebalik tabir pilihan raya itu, masih banyak perkara yang bersimpang-siur. Politik sentiasa terbuka kepada pelbagai pendekatan dan kemungkinan kerana dalam politik tiada apa yang mustahil.

BN telah mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi tanpa kerjasama dengan mana-mana pihak. Calon-calon BN akan diumumkan petang ini. PH pula telah mendahului dengan menamakan semua calonnya dalam satu majlis di Bukit Gambir, Tangkak, kelmarin.

PN yang kini masih kelihatan berserabut pula belum membuat keputusan muktamad. Mahiaddin Yassin yang mengetuai Bersatu dan merupakan antara pengasas penubuhan PN bersama Pas, berada dalam keadaan haru biru dan tidak menentu.

Keretakan hubungan dengan Pas akibat perpecahan dalam Bersatu sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan gabungan itu. Ia turut memberi kesan kepada Pas sehingga menjadikan hubungan kedua-dua parti itu tidak seerat dahulu.

Penyertaan kumpulan Hamzah yang menubuhkan parti baharu Wawasan Negara ke dalam PN pula dikatakan mendapat bantahan daripada Mahiaddin. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, membuat kenyataan bahawa parti Hamzah tidak akan diberikan kerusi dalam Pirane Johor.

Bagaimanapun, dalam politik kenyataan sedemikian boleh berubah mengikut keadaan. Mungkin ia sebagai taktik dan helah semata. Tidak mustahil kumpulan Hamzah tetap akan mengambil bahagian dengan cara tertentu, termasuk menggunakan platform atau simbol gabungan yang ada.

Kedua-dua parti ini tidak kalah dan pulang dengan tangan kosong. Mereka mengharapkan sesuatu daripada pilihan raya ini. Atas kepentingan bersama untuk menghadapi PH, tidak mustahil berlaku satu bentuk persefahaman sementara.

Mahiaddin mungkin akan mengendurkan ketegangan dengan Pas, manakala semua pihak mencari jalan agar tidak kehilangan pengaruh politik. Sebab itu Bersatu masih berada dalam PN walaupun hubungan dengan Pas mengalami tekanan.

Pas dan Bersatu memahami bahawa kemenangan BN di Johor sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada kedudukan politik mereka. Dalam politik, sokongan kepada kemenangan sesuatu pihak juga boleh membawa pulangan politik kepada pihak yang lain.

Mereka juga memahami realiti bahawa jika PH menang besar di Johor, kedudukan politik mereka akan menjadi lebih sukar. Sebaliknya, jika BN berjaya mempertahankan Johor, mereka boleh berkongsi manfaat politik daripada keputusan tersebut.

Membaca keadaan ini, tidak mustahil akan wujud satu bentuk persefahaman tidak rasmi antara PN dan BN dalam menghadapi PH. Mereka mungkin bertanding sesama sendiri secara terbuka, tetapi dalam politik sering wujud perbincangan dan pertimbangan di belakang tabir.

“Gemana taruhan” kepada PH dan seluruh rakyat Johor ialah memastikan pilihan raya ini menjadi ukuran penting kepada arah politik negara.

Kemenangan PH di Johor, dan kemungkinan selepas ini di Negeri Sembilan, mempunyai makna besar kerana ia boleh memberi kesan kepada kestabilan Kerajaan Madani di Putrajaya.

Satu perkara yang perlu diingat, BN, PN dan parti-parti pembangkang lain mempunyai kepentingan politik masing-masing. Mereka mahu melihat Kerajaan Madani tumbang dan Anwar tidak akan jadi PM untuk penggal kedua. Trims. [wm.kl. 3:06 pm 24/06/26]

No comments: