Saturday, November 9, 2013

Ramzi lantik profesional untuk mantapkan Umno Kuala Krai

BERITA                                                                                               

Umno bahagian Kualai Krai nampaknya serius menyusun dan memperkemaskan oragnisasainya dalam rangka persiapan untuk menawan Kelantan pada pilihan raya ke-14. Walaupun pilihan raya masih jauh namun Umno bahagian ini sudah memberi perhatian serius. Ini terbukti apabila ketuanya Ramzi Ab Rahman khabarnya sudah mula membentuk Umno bahagian itu tanpa melengahkan masa.

Ramzi Ab Rahman
Untuk tujuan itu khabarnya Ramzi mengenal pasti untuk melantik individu dari berbagai golongan profesional bagi membantu memantapkan Umno bahagian itu. Antara golongan profesional yang dikenal pasti ialah golongan pendidikan.

Dua nama pegawai tinggi pendidikan bertaraf Phd kelahiran anak Kuala Krai sudah dikenali pasti untuk tujuan itu. Langkah itu difahamkan untuk menjamin kependidikan yang merupakan agenda penting Umno bahagian itu berjalan lancar dan mantap lagi.

Tindakan Razmi ini juga dilihat mendahuli Umno bahagian-bahagian lain. Manakala perlantikan salah seorang individu profesional dalam pendidikan itu yang sebelum ini dikatakan cuba menyaingi beliau sebagai ketua bahagian menjelaskan sikap terbuka Razmi. Beliau tidak berdendam dalam politik dan tetap menilai yang baik itu sebagai baik walaupun siapa.

Selain profesional dalam pendidikan beliau juga mengenal pasti tokoh-tokoh dalam ekonomi dan sosial untuk dibawa masuk ataupun bekerjasama dengan Umno bahagian Kuala Krai.

Dalam permilihan lalu Ramzi yang juga Adun Dabong berjaya memenangi jawatan ketua Umno Kuala Krai dalam perlawanan yang sengit dengan bekas ketua Wan Zaid Wan Abdullah. [wm.kl.11:02 pm 09/11/13]


Post a Comment