Kerajaan Kelantan akhirnya menyedari akan sejauh mana kemampuan konsortium Ecobound Sdn Bhd untuk melaksanakan projek lebuh raya Kelantan sepanjang 30km dari Kota Bharu ke Kuala Krai bila mana akhirnya cadangan konsortium berkenaan ditolak.
Hanifa Ahmad |
Bagaimana pun projek yang sangat diperlukan rakyat Kelantan itu diteruskan juga dengan membuka tander terbuka kepada mana-mana syarikat berwibawa untuk membinanya.
Dalam pada itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utilitis dan IT, Hanifa Ahmad dokumen tander dijangka siap Januari depan dan pembinaan bermula pertengahan 2014 sebaik kontrektor dikenali pasti.
Lebuh raya itu dianggarkan bernilai RM550 juta dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Mengenai kaedah pembayarannya kerajaan akan membayar secara tunai tetapi dilewatkan setahun selepas ianya siap. Tempoh jangka siap ialah empat tahun.
Sebelum ini timbalan menteri besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah ketika di satu majlis di Pahang menjelaskan kos pembinaanya sebanyak RM669 juta dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2016.
Pembinaan projek lebuh raya berkenaan menjadi isu dan pertikaikan di antara pihak tertentu dalam kerajaan Kelantan. Pada mulanya ia diuruskan oleh sebuah badan ditubuhkan kerajaan yang telah pun menanda tangani dengan kontrektor dari Korea, bagaimana pun setelah berlaku pertukaran MB dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub badan berkenaan diketepikan dan kaedah baru dikemukakan.
Bagi meneruskan projek berkenaan kerajaan menerima cadangan dari konsortium Ecobound Sdn Bhd yang dikatakan mendapat kemudahan kewangan dari Islamic Development Bank (IDB) yang beribu pejabat di Dubai.
Penolakan atau tidak meneruskan rundingan dengan konsortium berkenaan menempati apa yang diramalkan sebelum ini. Allahuakbar. [wm.kl.7:56 pm 27/11/13]
No comments:
Post a Comment