Allahyarham ketika menyertai himpunan Bersih 2. |
Allayarham yang telah lama berada di hospital meninggal di Hospital Temerloh kira-kira jam 6:00 petang ini dalam usia 69 tahun.
Mulanya beliau mendapat rawatan di hospital Temerloh akibat dipercayai mengamai barah otak kemudian dipindah kepada Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras untuk beberapa ketika sebelum dibawa semua ke hospital Temerloh.
Saya agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan untuk menjenguknya dan hanya berkirim salam saja menerusi seorang rakan yang berkebetulan kerap menziarahinya.
Suhaimi seorang peguam dikenali sebagai tokoh pejuang rakyat marhain (reformas) yang ulit khasnya dalam membela para peneroka Felda mendapat hak atau pun dari dimanipulasikan oleh oleh majikan mereka. Banyak isu-isu melibatkan peneroka dibelanya termasuk pengambilan tanah milik peneroka.
Beliau juga beberapa kali turut bertanding dalam pilihan raya, tetapi tewas.
Jawatan beliau terakhir dalam politik sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Pahang. Sebelum ini beliau pernah bergiat cergas dalam Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRSM). Allahyarham juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suhaimi juga dikenali di kalangan penulis politik sebagai seorang penulis yang rajin membangkitkan isu-isu mengenai rakyat.
Kerajinan dan ketabahan beliau berjuang terbukti bila mana pantang ada himpunan atau demonstrasi membela rakyat beliau akan ikut sama. Kurang ingat saya bila kali terakhir saya berjumpa dengan beliau. Kalau tidak silap kira-kira dua tahun lepas pada satu majlis Pakatan Rakyat di Kedah.
Dalam dua himpunan Bersih 0:1 dan Bersih 0. 2 beliau hadir sama dan kami sempat berjalan seiringan dan berbual-bual. Suhaimi seorang yang baik dan mudah mesra tidak tahu membezakan dirinya sebagai seorang profesional dengan rakyat marhain. Ada kalanya bila setiap berjumpa beliau dahulu yang menyapa saya dan menghulurkan tangan bersalam.
Dalam pada itu menurut maklumat dari seorang Facebooker, jenazah Allahyarahm dibawa ke rumahnya di Batu 8 Jalan Temerloh dan akan dikebumikan selepas Zohor esok. Takziah untuk keluarga Allahyarham dan Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. [wm.kl.7:55 pm 05/11/13]
3 comments:
TUAN SUHAIMI SAID MERUPAKAN ANTARA TOKOH POLITIK PAHANG YANG AMAT DISANJUNGI....TAKTAHU KENAPA....SAYA AMAT MENGKAGUMI BELIAU.....BAGI SAYA BELIAU SEBENARNYA MENCARI SATU WADAH POLITIK UNTUK MENABUR BAKTI....TAPI ...SEMUA WADAH YANG DIKUNJUNGINYA...PENUH DENGAN KEPURA-PURAAN....CETUSAN DARI HATI YANG IKHLAS,SAYA SIVALINGAM DATO SINNATHAMBY(ANAK KPD MANTAN ADUN SANGGANG-SABAI).HP 012-9625992....NEGARA KEHILANGAN SEORANG TOKOH PEJUANG RAKYAT YANG JUJUR.
Innalillah..Alfatehah..tokoh pejuang rakyat yg tulin selain kawan2 PR yg lain. Tuan Suhaimi Said tokoh politik Pahang yg selalu saya jumpakan semasa beliau berikan ceramah dipentas2 PR dikawasan Keratong, merendahkan diri dan gaul campur org biasa dgn baiknya..doakan khusus utk beliau..``yaAllah, ampunkan dosa2 beliau dah dirahmati dgn org2 yg baiknya``...aminnn
Di saat saya membaca entri2 lama blognya, beliau sedang menuju ke alam baqa.Alfatihah buat pejuang rakyat.Takziah buat keluarga Allahyarham.
Post a Comment