MAKLUMAT PAGI
Husam Musa dijangka akan menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas selewat-lewatnya esok. Menurut seorang yang rapat dengan bekas Exco itu Husam yang beberapa hari lalu berada di luar negara kini sudah pun berada dalam negara.
Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa. Semalam Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan untuk merebut jawatan itu telah menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding merebut jawatan itu sebalik sedia merebut jawatan naib presiden.
Kini apa yang menjadi tanda tanya pendirian Mohd Amar Nik Abdullah yang juga mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Sekiranya Mohd Amar berhajat elok beliau menayatakan pendirian lebih awal dari Husam.
Dalam pada itu seorang calon naib presiden, Idris Ahmad (foto) telah menarik diri dari merebut jawatan itu. Dalam satu sms kepada saya, Idris menyatakan dia hanya bertanding ahli jawatankuasa Pas pusat.
Idirs mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkannya. Beliau menyifatkan dirinya sebagai hamba parti yang boleh memberi sumbangan dari posisi mana sekalipun.
"Apa yang penting kita adalah khadam parti. Posisi mana sekalipun kita perlu mengukuhkan parti. Semoga ia menjadi amal soleh ketika kita mati nanti," demikian kata Idris.
Calon naib presiden yang menyatakan kesediaan bertanding setakat ini Abu Bakar Chik manakala dua penyandang Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar masih belum memberi jawaban. [wm.kl.10:04 am 08/11/13]
No comments:
Post a Comment