Tuesday, November 19, 2013

Ibrahim Ali dipenjara dan denda RM20,000

TERKINI                                                                                            

Ibrahim dipenjara sehari.
Seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini Inchek Ibrahim Ali bersama seorang penulis blog didapati bersalah menghina mahkamah dan jatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita boleh rujuk sini http://www.malaysiakini.com/news/246984

Inchek Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM20,000, manakala penulis blog bernama Zainuddin Salleh dijatuhi empat minggu penjara. Hukuman penjara ke atas mereka berdua berkuatkuasa hari ini.



Ibrahim kini ditahan dalam lokap di kompleks mahkamah hingga jam 5 petang ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu setelah didapati Ibrahim dan Zainuddin menghina mahkamah apabila Ibrahim menerusi blog Perkasa pada 7 Januari lalu melalui tulisan Zainuddin didapati mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi VT Singham.

Zainuddin di dalam tulisan mendakwa Singham yang mendengar kes saman difailkan oleh Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia pada masa itu sebagai pro pembangkang.

Sama-sama berdoa mudah-mudahan Ibrahim akan tabah menghadapi ujian berkenaan. [wm.kl.3:14 pm 19/11/13]

No comments: