Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan. Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.
Mustapa, tidak akan dilantik? |
Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.
Selama menjadi Setiausaha Agung lebih lima tahun beliau juga dilihat gagal untuk meletakkan Pas ditempat teratas dalam persaingan dengan PKR dan DAP di mana jabatan kesetiaushaan parti itu lebih mantap dan kemas khasnya DAP. Seharusnya sebagai seorang Setiausaha Agung berpengalaman beliau mampu mempengaruhi keadaan bagi mengunggulkan Pas.
Beliau nampak kurang cergas dengan tugasnya itu. Keadaan ini bertambah jelas apabila dengan wujudnya tiga orang penolong Setiausaha Agung. Mustapa tidak begitu sibuk, di mana tugas-tugasnya banyak dijalankan oleh penolongnya. Paling menonjolkan kerajinan di antara tiga penolong setiausaha itu ialah Takiyuddin Hassan.
Dua lagi penolong setiausaha ialah Syed Azman Mohamad Nawawi dan Sabki Ahmad kedua-dua dari Terengganu.
Jawatan Setiausaha Agung adalah penting kerana ia merupakan nadi yang menggerak dan menghidupkan pejabat agung Pas. Ia juga boleh diibaratkan lampu besar di ibu pejabat agung yang akan menentukan keceritan, kesumringahan ibu pejabat itu atau tidak. Seorang setiausaha bukan saja diberi tanggungjawab menjalankan kerja-kerja parti termasuk berurusan dengan dunia luar tetapi perlu bertanggungjawab. Setiausaha adalah pembantu tegar kepada pesiden bukannya timbalan presiden.
Mereka untuk diserahkan tugas ini harus juga seorang yang jujur dan bijak menyimpan rahsia parti dan sesekali tidak boleh menggunakan jawatan itu untuk kepentingan diri dan puak. Ia perlu seorang yang mementingkan professionalisme. Selebihnya sedikit sebanyak tahu perkembangan politik dunia dan ada pengetahuan dan ada jaringan peringkat antarabangsa. Di era Kamaruddin Jaaffar menjadi Setiausaha Agung Pas menyerlahkan akan kehebatan jawatan itu disebabkan jaringan beliau dengan dunia luar.
Setiausaha yang baik bukan sahaja melengkapkan fail mesyuarat tetapi boleh duduk bersama presiden dan eksekutif lain memikirkan soal kemajuan parti.
Selain presiden boleh memilih tiga dari penolong setiausaha itu, presiden Abdul Hadi Awang mungkin sudah ada nama lain yang dikira serasi dan boleh bekerja baik dengannya. Apapun beliau harus mengutamakan keserasian terlebih dahulu dari melihat kelebihan-kelebihan lain. Seiausaha Agung adalah pemandu kepada presiden dalam gerak kerja berorganisasi. Sekiranya pergerakan dan wawasan setiausaha agung tidak sama (lencong) dengan presiden ia boleh mencacatkan keadaan akhirnya melemahkan gerak kerja parti.
Tenatang eksekutif lain bendahari atau pun ketua penerangan Pas mungkin boleh ambil dikalangan AJK yang dipilih dalam muktamar lalu atau dikalangan AJK yang bakal dilantik. Kalau menurut amalan biasa, AJK yang mendapat undi terbanyak akan mengisi salah satu jawatan berkenaan. Dalam muktamar lalu tiga AJK yang mendapat undi terbanyak Idris Ahmad, Mazlan Aliman dan Nizar Jamaluddin. Salah seorang mereka layak untuk difikirkan memegang jawatan ekskutif.
Pun begitu bukan bermakna kriteria itu saja yang boleh dijadikan pedoman tetapi hal-hal lain, kebolehan serta ketrampilan lain juga perlu diambil kira terutamanya untuk jawatan Ketua Penerangan. Ketua Penerangan seharusnya mereka yang tahu ilmu kepenerangan (information) bukan saja mereka yang ralik atau asyik menulis catatan-catatan nasihat seperti untuk diisi kolum majalah dalaman. Kebolehan menguasai ilmu tarbiah, dakwah dan siasah cukup sesuai untuk jawatan ini.
Sebagai eksekutif parti, ketua penerangan harus sama mendedahkan idealisme parti untuk difahami secara meluas lagi oleh masyarakat di luar sana. Ia juga seorang yang tangkas membalas tohmahan musuh serta pandai meleraikan isu. Tidak kurang juga seorang yang memegang jawatan ini mesti arif ilmu seraf (psywar) dan mampu berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Ketua penerangan juga seharuslah orang yang cekap berinteraktif dan bersikap diplomasi serta intelengasi.
Untuk jawatan bendahari Pas boleh melantik sesiapa sahaja. Kehadiran bendahari bukan sangat untuk menjana kewangan kepada Pas pun, tetapi biasanya untuk diserap menjadi ahli Dewan Harian Pas. Kewangan untuk Pas seharusnya difikir secara kolektif. Justeru mereka yang hendak dilantik ke jawatan ini biarlah tokoh yang boleh memberi sumbangan idea, berwawasan serta kemas dalam anutan ideologi Pas bukan pengampit sokongan. Dengan cara ini ia boleh memantapkan lagi Pas sebagai sebuah organisasi massa.
Untuk jawatan Pengarah Pilihan Raya, rasanya Pas boleh mengekalkan nama yang ada sekarang ini Dr Mohd Hatta Ramli.
Nama-nama seperti Mahfuz Omar, Abu Bakar Chik, Nizar Jamaluddin atau Raja Ahmad Iskandar, (calon timbalan ketua pemuda yang kalah itu), Asmuni Awi boleh dipertimbangkan untuk mengisi jawatan-jawatan ini atau dilantik menganggotai AJK. Semoleknya pengisian untuk beberapa AJK dilantik itu biarlah dari kalangan generasi muda termasuk juga dari kaum Hawa.
Pernyusunan pegawai eksekutif parti itu jangan dibuat berdasarkan merit aliran mana-mana golongan. [wm.kl.9:55 am 29/11/13]
No comments:
Post a Comment