Thursday, November 28, 2013

Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

BERITA TERKINI                                                                                

Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.


Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang Pas ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah Pas dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.

Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli Pas dengan apa yang berlaku hari ini.

Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan dari berbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.

Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ianya ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.

Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.  [wm.kl. 11:47 am 28/11/13] 

1 comment:

Unknown said...

Pertemuan antara seorang MB Negeri dan PM Negara. MB bersikap professional. Ideologi berbeza, parti tak sama tapi Kelantan tetap di bawah Malaysia.

Kerajaan negeri dan Kerajaan Pesekutuan perlu ada kerjasama. Sebagai PM, DS Najib mesti memberi kerjasama. Buang fahaman politik purba.

MB kelantan mengajak DS Najib kearah itu.