Bagi seorang yang mempunyai rasa tanggungjawab dan pemikul amanah rakyat menerusi kuasa yang diberikan menerusi pilihan raya, mungkin termenung panjang apabila membaca surat Adun Salor Husam Musa kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub berkenaan dengan skandal yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
![]() |
| Ahmad: Dimam bukan selesai masalah. |
Sekiranya persoalan itu tidak dijawab, orang akan beranggapan Ahmad Yaakub sebagai MB bertanggungjawab dan terlibat dengan kecurangan itu.
Ahmad Yaakub dan seluruh Exco khasnya dan pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam membuat keputusan, tidak boleh membiarkan begitu sahaja persoalan-persoalan besar itu. Ia perlu dijawab dengan jelas, dan dalam menjawab hal ini kepentingan dan hak rakyat perlu dipertahankan melebihi dari segala kepentingan atau malu aib lainnya.









