Thursday, January 30, 2014

Dasar kerajaan Kelantan tutup pintu kepada rakyat?

SUSUPAN PENTANG                                                                        

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Ahmad diminta penjelasan.
Pekeliling berkenaan katanya dihantar ke semua pejabat-pejabat kerajaan Kelantan termasuk pejabat Tanah dan Jajahan, majlis daerah dan juga pejabat Kadi. Larangan ke atas sekumpulan individu itu juga meliputi semua pejabat kerajaan negeri di 14 Jajahan di seluruh Kelantan.

Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islam itu.

Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu.


Pekeliling berkenaan juga tidak wajar kerana ia dikatakan sebagai menyekat kebebasan bergerak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan. Menurut pengamatan seorang peguam kanan, arahan seperti itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Orang ramai yang tahu mengenai arahan berkenaan, merasa bingung dengan pekeliling itu dan apakah ia  dasar baru kerajaan Kelantan. "Untuk apakah kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub mengambil tindakan tidak popular begitu?" soal seorang pelanggan Kota Darulnaim ketika menghubungi saya.

Manakala seorang pegawai kanan kerajaan Kelantan yang mengetahui hal itu pula apabila diminta mengulas mengenai perkara itu, enggan bercakap lebih hanya berkata; "entahlah boh (bos) banyak perkara berlaku dan pelik-pelik di Kelantan selepas Nik Aziz berhenti jadi MB.

"Ahmad Yaakub jauh berbeza dengan Nik Aziz, bukan saja dia kelihatan sejuk, tetapi untuk melawat ke Jajahan juga belum dibuat lagi walaupun sudah hampir setahun jadi MB." katanya. Beliau melahirkan rasa anih dengan sikap MB itu kerana untuk melawat Jajahan berat tetapi belum sampai tiga bulan selepas jadi MB sudah terbang ke Eropah.

Adalah wajar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah memberi penjelasan terhadap arahan dan pekeliling itu apakah ianya merupakan dasar baru kerajaan Kelantan itu. Sekiranya pekeliling itu melanggar perlembagaan ia juga perlu dimansuhkan. Ahmad tidak boleh bersikap membisu terhadap pekeliling itu kerana ia adalah tanggungjawab beliau selaku ketua kerajaan sejak lapan bulan lebih lalu. [wm.kl.6:16 pm 30/01/14]

4 comments:

bat8 said...

Tuan

Ambo nak ulas pendek je: siapa yang cadang kedua orang besar negeri ni kejawatan sekarang?

Apa asas pemilihan mereka?

akulah69 said...

Tuan, klu ini gaya mb kelantan, pru14 lingkup.

Beast Master said...

Confirm mampus next election....puak pas klantan dok pikiaq depa hebat sgt kot...naik meluat tgk gelagat nik amar ngan bos dia...perasan baguih x bertempat...

nazi kelawar said...

Pulau Pinang ditadbir oleh bukan Islam tetapi nampak islamiknya sementara di Kelantan ditadbir oleh parti dan pendukung parti Islam tetapi tempang islamiknya.Apakah ini juga tanda tanda akhir zaman atau berakhirnya parti PAS di Kelantan.Seharusnya akhir akhir zaman ini pemimpin parti Islam perlu lebih komited dan mengamalkan Islam secara menyeluruh.Penting dan dulukan serta utamakan akhirat dan dunia akan turut serta.Yakinlah dengan kesungguhan kerana tuan tuan adalah kalangan ulama.Kalau bukan tuan tuan yang dulukan dan amalkan sipa lagi?