(Siri Kedua)
Perkara pertama yang kita dapat rasai sebaik menjejak kaki ke negara delta, Vietnam dan memasuki ke bandaraya Ho Chih Minh (Saigon) akan teruja dengan jutaan motosikal yang memenuhi segenap jalan di bandaraya berkenaan.
Pemandangan sebegini dapat dilihat disemua jalan di Saigon. |
Pemandangan sebegitu dapat dilihat di negara kita hanya apabila ada pesta atau pun majlis-majlis di pekan dan pinggir bandar yang dihadiri ahli politik untuk berkempen semasa pilihan raya. Selalunya para 'berjouis' akan disambut dengan perarakan motosikal oleh 'mat-mat rempit' yang dupah seringgit dua atau dikontra dengan sehelai t-shirt dan sebiji topi. Itu pun dalam jumlahnya hanya puluhan dan kalau banyak pun jumlahnya ratusan saja. Jumlah motosikal di bandaraya Kuala Lumpur pun rasanya tidak sampai 5% apa yang ada di Ho Chin Minh.
Bayangkan kalau hanya sejuta buah motosikal berlegar di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Raja Laut sudah dapat dirasakan kesesakannya. Kita sudah merasa lemas dan bosan dengan kebingitannya. Dan mungkin juga jalan raya akan mengalami kesesakan berjam-jam.
Para penjaja santai meniagakan barangan mereka. |
Pemeliharaan pokok di bandaraya Saigon. |
Keayuan seorang peniaga jalanan. |
Tetapi setelah menyedari sistem pemerintah Vietnam yang diamalkan
di negara itu berbeza dengan negara-negara di rantau sebelah sini baru saya memahaminya.
Peniaga jalan akan menyerbu pelancong. |
Ia berlainan dengan negara demokrasi yang mengamalkan sistem kapitalis seperti negara kita. Rakyat diberikan kebebasan untuk berkerja dan berusaha memajukan diri. Sesiapa yang rajin, gigih dan kuat berkerja dia berhak mendapat hasil yang banyak. Lagi bijak menipu atau pandai memanipulasikan sistem ekonomi, lagi tambah kaya.
Sebab itu di negara kita ada orang kaya sampai memiliki puluhan motokar mewah, puluhan unit rumah teras, banglow, rumah kedai atau kondominum. Manakala yang miskin masih terus menyewa di kloni-kloni setinggan di pinggir bandar.
Justeru tidak pelik kalau rakyat tidak memiliki harta dan kemewahan seperti kereta dan rumah besar di Vietnam. Ada baiknya apabila rakyat tidak digalakkan memiliki kenderaan mewah kerana ia boleh mengatasi masalah kesesakan dalam bandar. Sebab itu dalam tilikkan saya kesesakan dalam bandaraya Saigon tidak serius. Tetapi ada kesan tidak baiknya apabila rakyat diminta berkerja untuk negara keadilan dalam erti kata yang berhak mendapat haknya tidak mendapat haknya.
Pemilikan kereta di Vietnam juga dihadkan kepada sebuah untuk saya keluarga saja. Sebaliknya mereka boleh memiliki motosikal lebih dari satu. Sebab itu kalau diperhatikan bentuk rumah di Vietnam tidak ada halaman, maksudnya ruang kosong yang luas untuk parking kereta atau kenderaan kerana pemilikikan kenderaan dikawal. Ia berbeza dengan negara kita, di sesebuah rumah sampai 10 buah kereta sehinggakan untuk parking pun susah.
Walaupun rakyat dihalang untuk memiliki kenderaan, tetapi kerajaan menyediakan pengakutan awam seperti bas, teksi. Masih kedapatan kenderaan seperti becak, digunakan di Saigon. Seperkara lagi merujakan saya ialah keadaan teksi di sana boleh dianggap sebagai ada kelas. Rata-rata teksi yang dilihat semuanya baru dan selesa. Ini menunjukkan kerajaan memberi keutamaan dan prihatin kepada keperluan awam.
Merasai kopi di warung kopi kaki lima. |
Walaupun kemudahannya tidak canggih tetapi mereka memanfaatkan sebaik mungkin. Pagi petang kita akan melihat ramai orang berihat di taman-taman yang terdapat di bandaraya Ho Chin Minh. Waktu pagi dan petang mereka akan memasuki ke taman dan melakukan senaman. Nampaknya orang Vietanam menjaga kesihatan mereka.
Hanya satu perkara yang agak kurang menyenangkan dan kurang enak di pandang mata ialah kewujudkan kedai-kedai kopi di kaki-kaki lima tepi jalan. Di mana-mana sahaja kaki lima dipenuhi dengan kedai-kedai kopi dan penjaja yang memikul atau mengandar barang jajah mereka. Tidak perlu ruang besar untuk mereka menjalankan perniagaan cukup ruang kecil, muat sebiji meja berukur 2' kali 2' kaki atau sekadar boleh meletakkan bakul ataupun periuk menjeram air panas untuk menyediakan kopi.
Ruang terbuka ini membimbangkan kita untuk menjamah makanan di sini kerana disangsi kebersihannya. Jalan-jalan raya pula senantiasa dibersihkan. Sekurang-kurang dua kali pekerja bandaraya akan membersih jalan yang dilakukan secara manual. Tidak kelihatan mesen pembersih jalan moden digunakan.
Sesuai dengan Saigon sebagai bandar yang menjadi pusat pemerintah Perancis semasa bangsa Eropah itu menguasai negara itu ianya dirancang demikian rupa. Jalan-jalan di Saigon semuanya lurus dalam keadaan besar sedarhana. Bentuk jalan ini juga meyumbang kepada kebebasan kesesakan di Saigon.
Masalah yang sering dihadapi pelancong di lokasi visata di negeri-negeri Asia seperti di Indonesia, khasnya, iaitu serbuah oleh para peniaga jalanan juga tidak terelak di Saigon. Di mana saja ada tetamu di situ ada kumpulan peniaga ini yang membawa barang jualan mereka. Mereka agresif dan berani sanggup melompat ke atas bas. Sebaik kita turun atau keluar dari hotel mereka terus menyerbu agar membeli barangan mereka.
Kita perlu berhati-hati membeli barangan yang ditawarkan kerana harganya yang berbeza-beza dan mengenai kualiti barang yang dibawa sangat berbeza dengan harga di dalam pasar atau mall. Bersambung. [wm.kl.8:07 pm 26/01/14]
No comments:
Post a Comment