Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.
Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.
Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.
Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan risiko di sebalik pembatalan itu.
Sumber tertentu memberi tahu syarikat Korea berkenaan telah menghantar dua kali surat kepada pihak kerajaan Kelantan untuk berunding perkara itu tetapi tidak dilayan. Khabar Exco yang ditugaskan menguruskan pembinaan projek berkenaan tidak mahu melayani permintaan kontrektor berkenaan atas alasan ia berurusan dengan orang lain.
Sudah pasti hal-hal sebegini dapat dielakkan kalau pihak tertentu khasnya Ahmad Yaakub sebagai MB bijak menguruskan masalah ini dan tidak mudah memperlecehkan pihak lain.
Hari ini projek pembinaan lebuh raya berkenaan masih menjadi tanda tanya apakah ia jadi kenyataan, atau pun tidak. Selepas mengenepikan kontrektor dari Korea itu pihak kerajaan telah melantik EcoBound Sdn Bhd yang kononnya ada kerjasama dengan IDB untuk membina lebuh raya berkenaan. Hal ini pernah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abadullah yang lebuh raya itu menelan belanja sebanyak RM669 juta dan akan siap tahun 2016.
Bagaimana pun sebulan lepas kerajaan Kelantan telah membuang syarikat EcoBound berkenaan dan telah mengadakan tander terbuka untuk pembinaan projek yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan itu. Ada juga desas desus konsultan berkenaan juga akan mengemukakan saman ekoran pemecatannya dari menguruskan lebuh raya berkenaan.
Saman dikemukakan kontrektor dari Korea itu memberi masalah berat kepada kerajaan Ahmad Yaakub. Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan itu ia boleh menyebabkan kerjaaan Kelantan akan bankrup. Jumlah RM230 juta bukan sedikit dan tidak mungkin mampu dibayar oleh kerajaan Kelantan dalam kemampuan kewangannya sangat dhaif kini. [wm.kl.4:17 pm 26/01/14]
8 comments:
Tuan,
Ambo terlintas dan raruh bimbang juga perkara ini apabila kerajaan baru mengumumkan pembatalan kontrek dengan syarikat korea ini. Ambo tahulah serba sedikit pasal lebuhraya dan kontrak kerana ambo memang dibidang ini.
Kontrek antarabangsa kena berhati-hati. Inilah padahnya. Belanja baru RM 5 juta l3bih tetapi tuntut sampai RM 230 juta. Akhirnya jika dapat pampasan RM 20 juta atau lebih skit apabila settle diluar mahkamah kira berbaloi. Itulah satu cara syarikat luar negara mainkan kita. Banyak sudah benda ni berlaku dan pengalaman di Kelantan pun ada dengan p3mbinaan j3mbatan tanah merah ol3h sato koyo dalam tahun 87 dulu.
K3simpulannya pentadbiran negeri bukan macam tadbir pondok. Jauh l3bih kompl3ks. Juga bukan seperti pentadbiran persatuan pakai pilih puak je.
RM 230 juta tu bukan sikit. Lebih separuh dari bajet negeri kelantan. Mana nak cekau jikalah kena bayar kerana gara-gara faqih ugama faqih serba ilmu. Gara-gara perbezaan peribadi walaupun satu jamaah.
Salam. Nampaknya Dato Husam sekali akan dipersalah kerana tidak berhati-hati dalam selok belok/ tipu helah kontrak antarabangsa.
Sabarlah Dato, kebenaran akan terserlah jua walaupun pahit dan tibanya lambat.
Salam tuan Mso,
Kalau kerajaan kena saman juta2 dan kalah, pemimpin mungkin hanya letak jawatan atau buat 'lembu kenyang' tapi yg tanggung akibatnya ialah rakyat keseluruhan.
Salam...pendek kata ...dok kutuk..politik SEKULAR tak habis habis...TETAPI perangai SEKULAR..dok TEPEK kat DAHI...jemaah PAS sendiri...nak kayo cepat dengan kayo KRONI...supo ngan UMNO jugok..
gitulah gamoknya.....entahlah.....ambik pikir lah rakyat Kelate semuo...."kito" sayang, tapi demo pula tidak pandai menghargai....sokmo ambo dengar kerajaan Kelantan kena saman... sudah habis bijak pandai ke dlm kerajaan negeri....??
Yang langgar perjanjian ialah kerajaan baru sekarang setelah Husam dikeluarkan dari kedua-dua anak syarikat ters3but. Tindakan kerajaan baru menamatkan kontrak yang telah ditandatangani dgn korea itu adalah tergopoh gapah dan ambik mudah. Kita tak tahu samada kerajaan negeri mendapat nasihat dari penasihat undang-undang negeri atau tidak. Berdasarkan laporan akhbar hari ini, nampaknya mereka tidak meminta nasihat dari LA negeri.
Tindakan saman sebegini adalah lumrah dalam perjanjian projek seperti ini dimana pihak montraktor akan menuntut kerugian bagi keuntungan yang dijangka oleh kontraktor. Biasanya didalam kontrak seperti ini akan ada klausa bagimana hendak menyelesaikan pe4kara ini jika projek ini dibatalkan atau tidak dapat diteruskan ol3h s3bab-s3bab tertentu.
Jadi kita tunggu apa p3njelasan pihak kerajaan negeri pula untuk m3ndapat gambaran lebih jelas. Sementara itu eloklah Husam berdiam diri dulu untuk memberi peluang kepada kerajaan n3geri menyelesaikannya. Lagipun saya percaya Husam tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan negeri sekarang membatalkan perjanjian tersebut.
Sebenarnya selepas tidak dilantik sebagai EXCO,Husam minta dikekalkan mengetuai kedua-dua anak syarikat tersebut supaya projek lebuhraya dan stadium tidak tergendala atau menghadapi masaalah. Tetapi kerajaan negeri bertindak dengan bijaksana untuk melantik orang lain mengantikan husam.
Nampok macam tak berapo cerdik kerajaan negeri dlm tindak tanduk semenjak lepas pilihanraya nih. Exco yg dilantik nampak tak berwibawa dan lebih kepada 'nok buwi jawate ko gu jah'. Kalau mace ni..rasanya pilihanraya ke 14 ni...ada harapan Pas akan lingkup! Perangai lebih kurang umno jah. Bezanya kepiah dengan juboh jah...
SAMAN jangan tak SAMAN. Beri dia pelajaran.
Post a Comment