Konterversi mengenai pemecatan Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS akhirnya mendapat perhatian Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang menganggap pemecatan Azmin itu sebagai tidak sah kerana ia tidak mengikut peraturan dan prosuder.
Kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi ini, pengurus besar PNKS tidak ada kuasa untuk memecat Azmin sebaliknya Exco dan Menteri Besar sahaja berhak melakukan demikian.
Dengan itu kata Anwar, Azmin masih lembaga pengarah PKNS.
Penjelasan Anwar itu dianggap tamatlah konterversi di sebalik usaha hendak menyingkirkan Adun Bukit Antarabangsa dan ahli parlimen Gombak itu dari menjadi ahli lembaga pengarah PKNS. [wm.kl.1:05 t/hari 16/01/13]
No comments:
Post a Comment