Wednesday, January 29, 2014

Pengosongan DUN Kajang: Fahami agenda disebaliknya

RENCANA KHAS                                                                              

Anwar bersama Dr Wan Azizah dalam satu majlis tahun 2005.
Seperti berbelah bagi dan pro kontra saja pendangan terhadap tindakan PKR mengemukakan pelan untuk meredakan pergolakan dalaman parti berkenaan yang turut membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau kita bijak siasah dan ikhlas bersahabat, pelan dilakukan PKR itu cukup simple dan gampang untuk difahami. Pelan tersebut untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN 25 Kajang bagi memungkin beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Itu saja intisarinya.

Ada pun kenapa sebab dan puncanya juga mudah untuk diarifi. Poses untuk menurunkan Khalid secara manual (anak beranak) bagi digantikan dengan Mohamed Azmin Ali gagal kerana sebab-sebab sedia maklum. Bertolak dari situ masalah didalam PKR berlarutan dan perlu kepada pelan penuh tektikal. Saking hebatnya masalah dalam PKR, hanya diketahui oleh parti itu sahaja. PKR dan tentunya Anwar dan seluruh kepimpinanya bimbang dengan putaran perkembangan yang berlaku.



Yang jelas masalahnya, perbalahan di antara Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dengan Abdul Khalid Ibrahim sudah memuncak dan tidak mungkin dapat dikawal lagi. Kedua-dua pihak berdegil, Azmin berhajat juga untuk merasai jawatan MB, atas alasan untuk memaknakan jawatan MB itu kepada parti. Bagi Azmin jawatan dianugerahkan parti perlu dipulangkan kepada ahli parti? Khalid dikatakan tidak memainkan peranan kedua belah pihak, rakyat dan parti, dan ini menimbulkan kegelisahan di kalangan orang parti.

Manakala Khalid pula bersikeras dan merasa syok setelah dilindungi oleh kuasa tertentu, termasuk oleh seorang 'Emelda tanpa Marcos' yang bertakhta di pejabatnya. Khalid telah menjadi teruna yang baru mendapat dara menerusi jawatan berkenaan menyebabkan sukar beliau untuk turun selepas naik!

Anwar sendiri selaku Ketua Umum PKR sudah serabut perut dengan apa yang berlaku. Klimeksnya Anwar dikatakan pernah menghempas fail di meja kerana isu Khalid itu. Jadi penyelesaian terbaik diambil oleh parti itu ialah dengan pelan strategi yang sudah dibuat itu. Pelan itu sesungguhnya tidak mengecewakan Khalid dan tidak juga menggembirakan Azmin. Win win situation.

Justeru semua pihak kena faham terhadap apa yang berlaku dan menghormati konsensus yang dibuat mengenai hal itu. Paling utama ialah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Tampaknya DAP tidak ada masalah apa-apa. Sebagai parti yang berdisplin tinggi, berkedudukan, tahu menghormati politik dan rakan, DAP reda dan rela. DAP tahu mengukur baju dibadan sendiri dan bersikap qana'ah dalam hal ini.

Walaupun Lim Guag Eng dalam reaksi kepada apa yang berlaku membayangkan rasa kekecewaanya kerana dia tidak diberitahu perkembangan politik di Selangor itu, tetapi Setiausaha Agung DAP itu akur. Bapaknya Lim Kit Siang hadir semasa Khalid membuat pengumuman Anwar akan bertanding di DUN Kajang. Kiat Siang berada di sebelah Anwar Ibrahim. Dan kita percaya Guan Eng juga patuh dan hormat dengan keputusan diambil PKR.

Malangnya yang sikit ada problem ialah PAS. Ada beberapa kerat pemimpin PAS menyuarakan nada sumbang dengan pelan berkenaan. Tidak kisah kalau suku sakat Umno yang jadi problem dan membuat berbagai komen buruk serta meraban dengan pelan itu. Sudah lumrah kalau Umno bersikap begitu tidak bersetuju apa saja dibuat pembangkang dan sebaliknya. Begitu juga 'no probelem' kalau pemerhati politik, penganalisa bertaraf sarjana emvelope dan NGO membuat komen masing-masing, kerana kita sudah tahu mengenai persepsi dan kebencian mereka kepada Anwar selama ini. NGO yang hari-hari berkumul dengan air liur Dr Mahathir Mohamad pasti tidak bersetuju. Seantero dunia tahu macam mana sikap Mahathir kepada Anwar.

Tetapi malamg apabila nada sumbang keluar dari kerongkong PAS. Ada macam-macam nada kedengaran. Kononnya perkara itu tidak dirunding dengan PAS, membazir, menyusahkan rakyat dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan tindakan itu sebagai meng'kankung'kan rakyat. Ewah.. Saya tidak mahu bertanya panjang mengenai hal ini kepada sesetengah orang PAS yang lidahnya perlu diasah dengan batu politik itu. Apakah mereka akan melenting kalau hal dan maksud sama berlaku ke atas mereka?

Katakanlah Timbalan Musrsydul Am, Dr Haron Din yang ditunjuki untuk jadi MB Selangor dan memerlukan seorang wakil rakyat PAS mengosongkan kerusi; katakanlah, Saari Sungip di Hulu Kelang melepaskan kerusi. Apakah mereka akan melenting dan marah dengan tindakan itu sebagai anti demokrasi, mengkhianati rakyat, membazirkan wang negara, meng'kangkung'kan rakyat dan sebagainya? Apakah akan terjadi demikian?

Saya yakin dunia PAS akan senyap sunyi. Mereka yang lidah masih kena diasah dengan batu politik akan diam membisu. Serta merta juga pelan seperti itu akan dianggap munasbaah, baik, tepat dan menurut kehendak-kehendak ajaran Islam serta terafdal. Maka akan dicuplikanlah ayat-ayat Quran dan Hadith untuk menghalalkan tindakan itu. Pasti. Kenapa begitu?

Jujurlah degan diri sendiri dan dengan kawan-kawan dalam Pakatan. Kalau kita boleh terima orang kita (pemimpin) yang terlibat dalam hal-hal seperti itu, mengapa tidak dengan Anwar dan orang lain. Terus terang saya katakan, mereka yang tidak suka bukan kerana mereka jujur dan suci terhadap demokrasi. Mereka tidak suka kerana ada faktor dan elemen lain yang dibumbui nafsu serakah.

Boleh dipersoalkan apakah benar PAS mengamalkan demokasi dan menghormati kepada kebenaran dan hak-hak sepatutnya? Saya ambil contoh apa yang berlaku dalam kerajaan PAS Kelantan dan dalam parti itu. Saya mengambil Kelantan sebagai contoh kerana Kelantan dianggap sebagai negeri kubu PAS yang dianggap sudah masak dengan Islam dan titik baris siasah Islam. Apakah di sana wujud keadilan sejati?

Kerajaan Kelantan dan PAS harus menjurai keadilan dan kebenaran sebagai latar balakang kepada kerajaan PAS. Tetapi apakah yang dilakukan oleh PAS Kelatan kepada pemimpinnya sendiri Husam Musa? Atau bagaimanakah PAS Kelantan melayani kehadiran rakan mereka PKR di negeri berkenaan? Pembalasan PAS kepada Husam Musa dan juga bentuk layanan serta dolak dalih pemimpin PAS Kelantan terhadap PKR boleh dijadikan iktibar untuk melihat rupa diri sesetengah orang PAS khasnya yang lidah politik mereka masih tumpul. Apa berlaku dalam geluk politik kerajaan PAS Kelantan itulah cerminan hati PAS sebenarnya.

Mengenai pelan transisi yang diambil PKR itu semua pihak kena menghormatinya. Ia juga perlu direnungi dan menggali lebih jauh maknanya dari apa yang ada dibirai kepala. Ada orang menuduh ia adalah sikap gelojoh Anwar dan kegilaan kuasa untuk menjadi MB. Bagi saya tanggapan itu meleset dan gagal membaca peta politik yang dilakarkan oleh Anwar.

Kesediaan Anwar untuk memimpin Selamgor itu (kalau diizinkan Allah), bukan saja meredakan persengketaan politik di antara Azmin dengan Khalid. Azmin dan Khalid bukan agenda Anwar. Tetapi Anwar mempunyai tujuan lebat hebat dan besar dari itu. Sebagai seorang bertaraf negarawan, Anwar bukan seperti Inchek Ibrahim Ali, yang berjuang di sekitar perut dan tembolok saja. Anwar ada agenda lebih jauh dari itu untuk keamanan negara demi rakyat dan bukan peribadi.

Malanglah sesetengah pemerhati dan tokoh politik dalam melihat agenda dan pelan berkenaan, masih berpusat dan menggunakan kanta sentimen peribadi. Masih melihat dengan rupa huduh terhadap Anwar kerana menyakini fitnah yang ditabur oleh Mahathir Mohamad dan Umno. Apalah sangat jawatan MB Selangor buat orang seperti Anwar? Lagipun cita-cita dan impian Anwar bukan menjadi MB, tetapi untuk jadi perdana menteri. Tidakkah jawatan perdana menteri itu akan menjadi titian baginya dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Mungkin ada yang mengira mustahil dan tidak masuk akal. Memanglah mereka yang otak kemetot tidak mudah untuk menyakininya.

Sepatah kata-kata dan ulasan Khalid dalam memberi justifikasi pelan berkenaan, adalah benar dan betul. Kata Khalid keperluan Anwar untuk memimpin Selangor bagi persiapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. Manakala Pengarah Stretegi PKR Rafizi Ramli pula bermadah pelan berkenaan adalah untuk menyelamatkan Najib Razak yang kini sedang dikerjakan orang tertentu dalam Umno.

Tidak perlu diulas dan diperlebarkan rancangan ini, anda semua ada otak fikirlah mengenai kemunasabahannya. Dan jika gagal juga untuk memahaminya asahlah juga otak anda dengan batu politik. [wm.kl.11:35 pm 29/01/14]

11 comments:

Unknown said...

Salam MSO, Bagi rakyat jelata macam kami, yang mudah diarifi ialah mengapa kemelut dalaman PKR terpaksa melibatkan kami. Sekian

Petani said...

Assalamualaikum
Saudara Sayuti,
Bukan semua orang boleh faham, pelan penyelamat ini. Setelah mencuba dgn menyingkirkan Azmin, rancangan UBN boleh menghancurkan Pakatan Rakyat di Selangor kalau Anwar tidak lakukan sesuatu. Pendapat saya elok jangan di habahkan semua dahulu. Biar orang faham kemudian.

bat8 said...

Tuan,

Alhamdulillah satu ulasan yang tepat mengenai tindakan tektikal DSAI dalam isu pengosongan kerusi DUN Kajang ini. Masaalah dalaman PKR di Selangor begitu meruncing dimana puak yang mencabar Khalid Ibrahim sudah bersedia untuk memporak-perandakan parti dan PKR.

Sedih juga melihat komen-komen penga alisa politik terutama yang berjuang atas demokrasi yang tulin mengkritik tindakan ini. Malah ada yang menyarankan agar DSAI dan PKR dikalahkan dalam PRK Kajang nanti.

Mereka ini lupa bahawa politik tidak mengikut konsep sains. Dalam sanis, jika kita mamatuhi satu senarai hukum-hukum yang berkaitan, kita akan mendapat hasil yang sepatutnya. Begitu sistematik dan berformat tentu.

Politik tidak begitu. Sebab UBN tidak mengikut politik sebagaimana bersistematik dan berformatnya politik demokrasi, maka kita rakyat terpaksa menghadapi pelbagai kepincangan,penyelewengan, p3ngkhianatan kepada mandat rakyat. Masaalah kronisma,rasuah,pembaziran dll.

Juga mereka ini tidak meng3nal Anwar dan pe4juangannya pasca 1998. Seperti kata tuan apajah jawatan MB Selangor kepada Anwar.

Berbalik perangai orang PAS ni, bukan semua seperti itu. Hanya dikalangan satu puak sahaja dalam PAS baik dari kalangan pemimpin besar sampailah kepada peringkat pemuda dan akar umbi. Mereka ini terdiri dari puak yang faq3h ugama. Kefaq3han dalam ugama seolah meletakkan mereka disatu tahap yang tinggi mel3bihi orang lain dan menjadi mereka faqeh dalam semua bentuk ilmu yang ada. Orang lain semuanya kelas macai tak reti apa.

Sedih tetapi itulah hakikat yang ada didepan mata.

Unknown said...

Salam tuan mso...
Tahniah atas ulasan yang mantap.
Saya mengira segelintir pemimpin pas yang memegang jawatan amatlah daif akal fikiran dan ilmu politik. Amatlah malang bagi sebuah parti yang besar seperti pas.
Dari ketua pemuda selangor sehingga setiausaha dewan ulamak dan beberapa kerat pemimpin yang cepat melatah. Seperti yang tuan katakan, sidang akhbar adalah disertai tuan salahudin ayub, yb dr hatta, dr siti mariah dan beberapa pemimpin lain, tidakkah itu mewakili pas. Juga YB kit siang mewakili DAP. Saya begitu kagum dengan prinsip serta etika pemimpin DAP yang agak cermat serta tahu menilai situasi dan pembacaan politik. Jadi seharusnya pemimpin pas hendaklah mendahului dalam menonjolkan akhlak berjemaah. salam....

LKTP1436 said...

Tuan mso,
Saya bimbang memikirkan pemuda Pas kini di kuasai oleh mereka2 yg berfikiran hanya sedepa kedepan, terlalu jauh beza mrk jika di bandingkan dng rakan2 saingan politik mrk.

LKTP1436 said...

Tuan mso,
Saya bimbang memikirkan pemuda Pas kini di kuasai oleh mereka2 yg berfikiran hanya sedepa kedepan, terlalu jauh beza mrk jika di bandingkan dng rakan2 saingan politik mrk.

firdaus said...

Selangor adalah kunci utk mentadbir Malaysia..bayangkan pengaruh Anwar selaku MB sekira ditakdirkanNya
ada pendapat mengatakan dekatnya Anwar dengan putrajaya dan pusat2 pentadbiran yg lain mampu utk mempengaruhi pegawai2 kerajaan persekutuan
Selangor negeri paling maju di malaysia ada kuala lumpur putrajaya cyberjaya...kuasa dan kemenangan utk rakyat dalam tangan sekiranya ini adalah takdirNya
sudah belasan tahun Anwar tiada dalam kerajaan dan dia akan bakal kembali melalui negeri dulu
yang tak suka sangat tu..dont be so dramatic

MUHD NORIZAM JAMIAN said...

Ini cara PKR utk menyelesaikan kemelut yg melanda.. PAS kena hormat.. Takkan nak biarkan sahaja pertelingkahan yg ada macam yg PAS buat di Kedah dahulu? Kerana lambat dan keberatan utk bertindak, PAS Kedah hilang segala-galanya PRU13 lalu...

amir aiman akashah said...

Kepimpinan Pas sibuk mengulas perihal masalah dalaman rakan mereka PKR di Selangor serta mempertikaikan pelan tindakan tektikal yang ingin dilakukan oleh PKR utk menyelamatkan parti itu dan juga menyelamatkan kerajaan pakatan rakyat di sana, apa yg paling penting ialah rancangan tersebut adalah bertujuan untuk mengukuhkan pesepsi rakyat terhadap pakatan rakyat yang masih bercita2 utk menawan putrajaya pada pru14 nanti.

nampaknya, segelintir peemimpin Pas tidak melihat itu sebagai congakkan masa depan tetapi melihat itu masalah masa singkat yg terpaksa mereka hadapi semasa prk dun kajang nanti.

Pemimpin Pas hanya melihat masalah Selangor semata, tapi mereka seakan lupa ada masalah di Kelantan yang perlu mereka beresi. Bukan shj masalah rakyat malahan masalah sesama kepimpinan mereka.

sudah ada angin yang bertiup sepoi2 bahasa bahawa akan ada angin yang bakal membawa perubahan di kelantan pru14 nanti. semuanya bertitik tolak dari kepincangan lantikan timbalan menteri besar serta tindakan canggung utk menyingkirkan Husam Musa dari saf kepimpinan di kelantan dan Malaysia. Sedangkan umum telah tahu jasa2 husam serta perjuangan husam utk rakyat kelantan berbanding siapa yg ada kini. tambahan lagi, husam dekat dihati golongan muda. itu hakikat yg perlu musuh2 husam akui.

cara politik kotor sebahagian pemimpin pas dikelantan ini menyebabkan rakyat (terutama golongan muda) mula berkira2 utk mengajar kepimpinan Pas yang ada kini, agar mereka sedar diri.

perkara ini tidak mustahil berlaku.....riak2 kearah itu sudah ada. dikalangan orang Pas sendiri mereka mempertikaikan apa yg telah terjadi.

kepimpinan Pas nampaknya lebih sudu dari kuah.....oran2 muda kini kata, "syok sendiri".

Saya bukan ahli mana2 politik, tapi saya melihat politik yg ada kini mmg merimaskan...bkn shj dgn kenaikan kos hidup shj yg merimaskan.

dalam UMNO kini juga sdg berlaku tikam menikam sesama mereka. terutamanya dato sri najib. jika baca blog2 pro umno, kebanyakan mereka sudah tidak berselindung lagi utk menyahkan doto najib dari kerusi PM. suara2 mereka makin jelas dan lantang. seperti ada agenda yg tersusun rapi dari kem umno yg tidak menyebelahi dato najib.

siapa duri dalam daging baik utk pakatan rakyat atau dato najib sendiri, rakyat seperti saya dah boleh menghakimi.

keadaan PR dan dato najib serta UMNO-BN yg bercelaru kini menyebabkan kami rakyat yg tersepit-terhimpit. mereka sibuk bermain politik sehingga lupa pada rakyat yang memberi mereka kuasa dan kedudukan.

Apa pun tak boleh!!!!

Unknown said...

Sebenarnya sesiapa yang terlibat dengan politik mesti kena faham bahawa Politik seperti berperang perlu ada strategi.

MatMinTanjung said...

Tuan,

PAS dah nak abis di Kelantan. Mari PRU 14 PAS menang kecil saja kerana PAS dah tak ada rating nak berpegang kecuali PAS secara fizikal tunjuk apa yang dbuatnya; KB jadi macam Singapura menjadi kebangaan orang Islam dengan pusat perniaga dengan bangunan yang tinggi, atau KB macam Stamford bandar pendidikan, atau bersih KB macam Saigon.
Boleh kah PAS buat dalam masa 4 tahun ini?