Siri Pertama.
Saigon dan Hanoi bagaikan kembar Siam nama itu didengari hampir setiap hari sekitar akhir tahun 50-an membawa ke tahun 70-an bila mana ia sering disebut di dalam radio. Biasanya nama Saigon, Hanoi dan Vietnam tidak akan terlepas dari ke udara dalam berita tengah hari di radio, saban hari. Sinonim dengan nama Saigon waktu itu ialah Sebron, di Palestin atau Israel. Ketika itu saya dalam usia awal belasan tahun tidak tahu di mana Saigon dan di mana Sebron.
Sebatang sungai yang membelah Saigon. |
Kedua-dua nama itu ke udara kerana membawa berita perang yang meletus di kedua buah tempat itu. Allahyarham ayah tidak pernah mis mendengar wartawa berita di radio tentunya mengenai perang di negara dan tempat-tempat itu.
Saigon adalah ibu negara Vitenam Selatan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan tentera Amerika Syarikat yang menguasai Vietnam Selatan. Manakala Hanoi menjadi pengkalan tentera Pembebasan Rakyat Vietnam, Vietcong yang disokong Soviet Union dan sekutunya yang mendokong Vietnam Utara.
Saigon atau tepatnya Perang Vietnam antara lokasi Perang Dingin di antara dua kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Vietnam menjadi medan tempur secaca fizikal dan provokasi pengaruh dan iedelogi Amerika dan Soviet Russia. Perang Vietnam juga dilihat perang politik dan propaganda ideologi.
Bandaran Saigon yang dirakam dari udara. Padat. |
Konflit yang mulanya berlaku di antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan ini terjadi sejak tahun 1959 lagi sewaktu penjajahan Peranchis ke atas Vietnam selepas pengundur Jepun dalam perang Indocina. Ia menjadi melarat apabila Amerika Syarikat masuk campur dan mengirimkan tenteranya bagi menghadapi serangan Vietnam Selatan khasnya Vietcong yang berfahaman komunis. Keadaan menjadi semakin serius dan parah lagi apabila tahun 1965 Amerika memperkuatkan kedudukan tenteranya. Dianggarkan seramai hampir 500,000 anggota tentera Amerika dibawa masuk ke Vietnam dan menjadikan Saigon sebagai pengkalan. Bermula pada tahun inilah berlaku Perang Vietnam dengan Amerika.
Konflit di antara Viatnam Utara dan Viatnam Selatan itu yang membawa kepada perang saudara sesama bangsa Vietnam dan juga sebagai adu domba dua kuasa besar itu berlangsung selama lebih satu dekad. Ia bermula pada tahun 1964 dan berakhir pada 1975.
Pertempuran sesama bangsa yang kemudian bertukar menjadi perang Vietnam - Amerika Syarikat itu berakhir pada 30 April 1975 secara muktamad dengan menuntaskan Amerika distyharkan sebagai kalah dalam peperangan itu. Amerika sebenarnya mula mengundurkan tenteranya sejak tahun 1973.
Landasan di lapangan terbangan Saigon. |
Dari rekod tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh, Kecacatan Perang dan Sosial Vietnam, yang dikeluarkan pada 3 April 1995, mencatatkan 1.1 juta anggota tentera Vietnam Selatan dan Vietnam Utara terbunuh. Manakala seramai 58,226 anggota tentera Amerika menjadi korban. Jumlah orang awam menjadi korban pula seramai 3.2 juta. Bagaimana pun angka kematian pihak Amerika itu diragui kerana negara Uncle Sam itu menyembunyikan angka sebenar untuk melindungi keaibannya kerana kalah.
Kesengsaraan perang di Indocina tahap kedua itu turut dirasai, dan dilihat oleh rakyat negara kita apabila puluhan ribu para pelarian perang menyeberangi lautan Cina Selatan menuju ke negara kita dan lain-lain negara. Sebuah pulau di Terengganu, Pulau Bidong dijadikan pulau menempatkan pelarian dari Vietnam dan juga Kemboja. Selain pulau Bidong beberapa pulau lain di Indonesia juga menjadi pulau pelarian dan penempatan rakyat Vietnam dan Kemboja termasuk pulau Batam. Pendeknya perang Vietnam - Amerika Syarikat itu turut memberi risiko kepada negara kita.
Pokok kekabu yang dirakam dalam perjalanan ke Sg Mekong. |
Anihnya tidak kelihatan satu pohon kekabu pun di sekitar bandaraya Saigon atau nama modennya Ho Chin Minh yang diambil sempena dengan nama bapa perang, pembangunan dan penyatuan Vietnam itu, Ho Chin Minh atau nama sebenarnya Nguyen Sinh Cung (1890 - 1959). Hanya semasa dalam perjalan ke muara sungai Mekong melalui lebuh raya saya ternampak sepohon kekabu.
Selepas 40 tahun kesan-kesan fizikal akibat peperangan dahsyat itu sudah tidak kelihatan lagi kecuali kesan atau artifek yang dijaga dan dikawal menjadi destinasi pelancong. Generasi baru Vietnam yang lahir selepas perang itu juga sudah tidak dapat melihat lagi kesannya kecualilah membaca dari catatan, dokumen sejarah dan barian oleh orang tua. Mungkin juga kerana saking dahsyat peperangan itu menyebabkan rakyat Vietnam sendiri tidak mahu mengenangnya lagi?
Kunjungan saya beberapa hari lepas cukup mengesankan diri saya dan saya percaya juga rakan-rakan lain, bagaiman kesungguhan satu bangsa memperjuangkan mempertahankan tanah air mereka dari terus dijajah oleh kolonial. Menyaksikan peristiwa itu memahamkan saya bahawa dalam kamus perang tidak ada belah ehsan dan simpati yang ada hanya darah dan air mata. Betapa tidak yang menjadi mangsa peluru meriam, bom dan sebagainya bukan askar yang saling berperang tetapi orang awam termasuk kanak-kanak juga.
Mencerita dan membayangkan kedahsyatan perang Vietnam atau orang Vietnam menamakan perang Amerika, kita akan dapat merasai kedahsyatannya. Gambaran akan menjadi lebih jelas dan nyata apabila ia diiringi dengan membaca catatan mengenainya. Sekiranya Sungai Mekong yang menggalang dari Utara ke Selantan negara itu dapat bercerita sudah tentu kita tidak habis-habis mengeluh dan mengeluh, air mata juga akan ketumpahan. Sungai Mekonglah saksi paling baik untuk 'meroyat' mengenai kesengsaraan dan kehebatan perang berkenaan. Bersambung. [wm.kl.7:33 pm 24/01/14]
No comments:
Post a Comment