Thursday, January 23, 2014

Usah ganggu Nurul Izzah dan Raja Ahmad

SUSUPAN PETANG                                                                      

Raja Ahmad dan Nurul Izzah pasangan idola.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim kurang senang dengan laporan oleh media online milik kroni Umno-BN yang kemudian dipetik oleh protal berita kononnya mereka sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Laporan itu menyebut Nurul Izzah telah memfailkan perceraian terhadap Raja Ahmad. Kononnya carian di mahkamah syariah menemui fail Nurul Izzah memfasakh suaminya Disember lepas.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad kesal dengan laporan berkenaan yang disifatkan cuba mengganggu urusan rumah tangga mereka yang sepatutnya tidak dilakukan.

Sebagai meredakan laporan berkenaan yang sudah pasti menggelisahkan ramai orang, khasnya ahli dan penyokong PKR, Nurul Izzah dan Raja Ahmad mengeluarkan kenyataan dua perenggan lewat petang ini.



Berikut adalah kenyataan mereka yang dipeti dari twitter Nurul Izzah;

KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar


Memahami kenyataan mereka ini jelas laporan itu cuba memberi tekanan mental kepada mereka berdua dan tidak bersifat cuba menenangkan keadaan. Mungkin fail tuntutan faksah itu ada tetapi bukan begitu caranya sekiranya editor akhbar tahu tanggungjawab sosialnya dan menjaga maruah orang lain.

Apa lagi kalau editor itu seorang beragama Islam yang membenci kepada fitnah dan tahu implikasi perceraian dan hukum nikah dan cerai tidak akan melaporkan hatta ianya ada asas. Laporan itu lebih bersifat mencari kepentingan politik bagi taukeh editor akhbar berkenaan.

Ekoran tersiarnya laporan itu Nurul Izzah mengucapkan terima kepada semua pihak yang memberi perhatian dan menunjukkan rasa sayang kepadanya apabila menyesali dan menjadi resah serta dukacita atas laporan itu. Sudah pasti Nurul Izzah menerima panggilan dan ditanya bertalu-talu oleh orang ramai. 

Pasangan Nurul Izzah dan Raja Ahmad dilihat sebagai idola di kalangan anak-anak muda yang melihat sebuah perkahwinan tokoh Reformasi yang hebat kerana sebelum ini Nurul Izzah dianggap sebagai Puteri Reformasi kerana menerjunkan diri mebela kezaliman dan ketidakadilan dilakukan ke atas bapaknya, Anwar Ibrahim dalam usia yang sangat muda.

Kepada Nurul Izzah dan Raja Ahmad tunjuk dan bukti kepada mereka yang anda mencintai perkahwinan. Laporan mengenai keretakan rumah tangga anda itu mampu dijadikan gam bagi memapatkan dan menutup setiap celah dan lubang yang ada di rumah tangga anda. Tututplah agar ianya tidak dicelahi oleh syaitan dan iblis. [wm.kl.7:27 pm 23/01/14]

No comments: