Wednesday, January 29, 2014

Pemikiran politik Khairy sempit

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Walaupun sukar kita hendak membaca pendirian dan sikap orang politik dalam sesuatu perkara, tetapi ia mudah untuk dinilai mengapa pendirian dan sikapnya berubah-rubah. Sikap dan pendirian mereka juga berubah-rubah mengikut keadaan dan keperluan buat dirinya. Perubahan ini boleh dianggap ia seperti chameleon yang boleh mengubah warna kulitnya mengikut keadaan dan demi kepentingan diri sendiri.

Ertinya sikap dan ilmu perubahan ini adalah munafik walaupun ianya adalah senjata yang dilengkapkan oleh penciptanya. Jadi keseluruhan diri orang politik itu munafik.


Misalnya sikap dan pendirian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam melihat nasib bangsa dan keamanan negara berubah-rubah mengikut selera dan keadaan. Ia dibuat bukan berpaksikan kebenaran hakiki tetapi lebih kepada kepentingan politik. Adakalanya sikap dan pendirian pemuda Umno ini mantap, kemas dan berkualiti serta menyakinkan, tetapi ada kalanya ia sangat dangkal dan bersifat kebudak-budakan.

Perubahan inilah dikatakan chameleon.

Sikap dangkal Khairy ini terserlah apabila beliau meminta PKR khasnya Anwar Ibrahim menyelesaikan dahulu masalah (pergolakan kepimpinan dan politik) di Selangor sebelum mengajak Najib Razak untuk duduk membincang konsensus nasional. Syarat diberikan Khairy menjelaskan sikap sebenarnya, sikap kebudak-budakan dan tidak bersemangat ukhwah dan berjiwa besar.

Beliau tidak meletak kepentingan awam, bangsa dan agama di depan sebaliknya masih mahu terus bermain politik. Sebagai orang memimpin generasi muda dalam Umno, beliau sudah pasti diharap dapat membawa perubahan sikap dan pendekatan politik yang mampan, bukannya bermain politik sempit seperti diamalkan selama ini.

Sebagai ketua pemuda beliau sepatutnya menggempur agar cadangan itu menjadi kenyataan, bukan mengenjatkan, dengan mengajak sama rakan-rakan sebaya dalam parti-parti politik MCA, MIC, PAS, PKR dan lain-lain memberi sokongan dan sama-sama berusaha agar konsensus itu menjadi kenyataan.

Sikap Khairy itu adalah sangat mengecewakan. Perubahan politik pendekatan dan budaya baru yang diharapkan diterapkan oleh generasi baru tidak mudah menjadi kenyataan. Ini tidak menghairankan kerana bagaimana telor begitulah anak yang akan ditetaskan. Barang kali begitulah politik, kalau bapak borek anaknya tetap juga rintik.

Sekiranya generasi baru berpendirian seperti itu meneruskan sikap dan pegangan politik sempit, selamanya perpaduan tidak akan tercapai dan rakyat akan berada dalam perbalahan sepanjang masa. [wm.kl.8:29 am 29/01/14]


3 comments:

Hj.Shah said...

Dalam kes 2 guru-seorang melayu umno tumbuk tim menteri, seorang cina suruh budak makan rumput- pun dah bercanggah pemikirannya....apa yang beleh diharapkan dari dia in?

sizzly7761 said...

Umno akan 'kojol' Kalau politik bergerak atas landasan perpaduan yang benar dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Umno hidup dgn menjadikan 'rasis', agama dan 'kebodohan org melayu' sebagai makanan....dlm umno ni, yg lulusan oxford pun akan jadi bodoh!

nazi kelawar said...

Cerdik dalam pelajaran bukan bermakna bijak dalam politik.Chemelon ini naik dan melonjak dslam politik kerana bapa mertua perdana menteri.Kalau tidak, jadi ketua cawanganpun belum tentu.Serupa macam Najib dan Mukris dan seangkatan dengannya.Ketiadaan bijaksana dalam politik inilah yang memeranakan rakyat Malaysia hari ini.Kata orang Negeri 9, mereka ini mengabihkan boreh jo.