SEMALAM Dr Mahathir Mohamad mengatakan tidak kena Tengku Razaleigh Hamzah berada atas pentas bersama pemimpin Kelantan Pas stadium Sultan Mohamad Ke-IV dan mengeluarkan pandangan bercanggah dengan partinya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.
Kata Mahathir, Tengku Razaleigh sepatutnya menggunakan forum lain atau berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan pandangannya itu.
Sekali dengar nasihat Mahathir itu ikhlas dan menunjukkan beliau lebih suci dalam hal ini berbanding dengan Tengku Razaleigh. Nampak Mahathir seorang yang setia dan cintakan Umno nombor satu. Hebatlah Mahathir kerana akan mendapat tepuk sorak ahli Umno di seluruh bumi Malaya ini.
Mahathir tidak suka kalau Razaleigh mengkritik parti di atas pentas pihak musuh. Ia tidakan bukan bijak dan betul. Tindakan itu bukan menggambarkan Tengku Razaleigh seorang yang sayangkan parti sebaliknya cuba mengkhianati parti. Begitulah konotasi yang perlu diterjemahkan dengan kata-kata Mahathir itu. Mahathir mahu orang terus menyampah dengan bekas sterusnya itu.
Barang kali Dr Mahathir terlupa kepada apa yang berlaku kepada dirinya sendiri kira-kira 41 tahun yang lampau. Itulah manusia yang merasa diri sendiri yang sempurna dan agung maka mudah untuk melihat kuman di hujung kaki orang lain dan tidak akan nampak dengan gajah yang berak di atas kepala sendiri.
Tahun 1969 dulu Dr Mahathir juga melakukan hal sama dengan apa yang Tengku Razaleigh lakukan ini. Malahan tindakan Mahathir lebih sadis dan melampau dari itu. Bila beliau tidak senang dengan tindakan Tunku Abdul Rahman yang memecatnya dari Umno, beliau naik ke atas pentas Pas di Kedah dan membelasah habis-habisan Umno.
Apakah Dr Mahathir lupa sejarah berkenaan? Lupa dengan apa yang beliau lakukan satu masa dulu? Kalau beliau ingat beliau tidak tergamar untuk menegur Tengku Razaleigh dan perlu harus merasakan malu kepada diri sendiri. Dan kalau beliau sudah tidak mengingatinya maka tahap memorinya kini sama dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau pernah mengatakan sebagai nyanyuk? Mahathir dengan Nik Aziz sama-sama nyanyuk.
Bila Tengku Razaleig naik ke atas pentas Pas itu, gurunya adalah Mahathir sendiri. Mahathirlah yang mengajarnya. Jadi tidak usahlah Mahathir hendak nasihat dan kritik Tengku Razaleigh. Beliau harus mengkritik dirinya sendiri dan cara beliau menegur Tengku Razaleigh itu tidak ubah seperti bapak ketam nak mengajar anaknya berjalan betul. Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.
Selama kira-kira empat tahun Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, apa yang Mahathir tidak bambu dan kritik Abdullah. Siang malam Mahathir mencincang Abdullah. Beliau mengeliling ke segenap negara menghadiri forum yang dianjurkan khas untuk memburuk dan menjatuhkan Abdullah. Beliau sanggup mengeluarkan modal untuk menampung majlis forumnya. Bagi Mahathir tidak ada sebesar setengah hati kuman yang Abdullah lakukan adalah baik melainkan semuanya tidak baik.
Cara Mahathir mengkritik individu partinya sebenarnya lebih jijik dan kotor daripada apa yang Tengku Razaleigh lakukan di Kota Bharu tempoh itu. Tengku Razaleigh masih berdiplomasi dan bersuara menerusi kaedah dan peraturan tertentu. Tengku Razaleigh bercakap bukan berdasarkan emosi tetapi kebenaran menurut perlembagaan dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang beliau sendiri terlibat menubuhkannya.
Salahkah kalau Tengku Razaleigh menyuarakan apa yang diketahuinya? Tuntutan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh itu adalah sebagai menenuhi amanat Tun Razak. Seperti mana katanya Tun Razak mengarahkan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri-negeri berkenaan kerana negeri itu masih miskin. Sebenarnya apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu meringankan atau pun menyelamatkan Najib Razak daripada menanggung dosa kering kerana tidak menunaikan amanat dan wasiat bapanya? Sebagai PM kini Najib berkewajiban menunaikan amanat bapaknya.
Mahathir sepatutnya tidak menyempitkan otaknya dalam soal ini. Kerja jahatnya ke atas Kelantan selama menjadi PM 22, tahun patut dihentikan. Diskriminasi yang Mahathir lakukan cukup menyeksa rakyat negeri kelantan. Selama lebih 10 tahun beliau jadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dengan Annuar Musa selaku timbalannya, apa yang beliau lakukan ke atas Umno Kelantan?
Apakah Umno Kelantan mendapat manfaat dari itu. Sayang orang-orang Umno Kelantan boleh dipandir dan dilabulabikan oleh Mahathir terus menyokongnya tanpa mendapat apa-apa hasil buat rakyat Kelantan. Lebih sedih lagi mereka sanggup mengenepikan tokoh mereka sendiri, Tengku Razaleigh dan bersedia menjadi pembawa karung guni Mahathir. Ada setengahnya sanggup menjadi penjilat dubur Mahathir.
Kegagalan Umno merampas Kelantan semasa beliau memimpin Kelantan dan Malaysia menunjukkan rakyat Kelantan tidak boleh menerima Mahathir. Tindakan dan hukuman politik Mahathir ke Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan membenci kepada Umno hingga ke anak cucu. Mahathir telah berdosa kepada Umno Kelantan dan rakyat Kelantan selama beliau menjadi ketua di Kelantan.
Kalau Mahathir bimbang dengan sikap Tengku Razaleigh itu boleh menjejaskan peluang Umno Kelantan, maka beliau kena sumpah dirinya sendiri. Kerana pendekatan dan stail politik beliau di Kelantanlah menyebabkan Umno Kelantan jatuh tidak bangkit-bangkit sehingga sekarang.
Sebagai negawaran Dr Mahathir hendaklah adil kepada diri sendiri dan Tengku Razaleigh atau sesiapa saja. Janganlah bercakap mengikut emosi dan sentimen lapok. Selamanya Mahathir tidak pernah senang dengan Tengku Razaleigh. Dan Tengku Razaleigh pula seakan tidak sanggup untuk memutuskan persahabatan politiknya dengan Mahathir dan rela menyerahkan lehernya untuk dikorbankan Mahathir demi kepentingan politik bekas PM itu.
Mahathir juga jenis manusia tidak mengenang budi. Sekurang-kurang dua kali Tengku Razaleigh telah menanam budi besar kepadanya. Kali pertama ialah selepas bersetuju agar Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, walaupu waktu itu Tengku Razaleigh mempunyai hak untuk menghalangnya. Namun atas persahabatan dan janji beliau merelakan Hussein Onn lantik Mahathir sebagai TPM.
Kedua ialah dalam tahun 1995, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi berkorban demi kepentingan Umno dan Melayu apabila bersedia membubarkan Perti Semangat 46 dan menyertai semula Umno. Dua jasa dan budi Tengku Razaleigh ini sangat besar dan tidak mudah dilupakan oleh orang yang tahu dan kenal apa itu erti orang berbudi kita merasa. Namun tidak kepada Dr Mahathir. Setiap sudut, juring beliau terus bermain politik untuk keampuhan kuasanya dan selama itulah menjadikan Tengku Razaleigh sebagai mangsa dan perkakas.
Berhubung dengan usaha Razaleigh menyokong kerajaan Kelantan mendapatkan royalti minyak, itu adalah perjuangan suci Tengku Razaleigh untuk negeri kelahirannya sendiri. Razaleigh tidak perlu merasa malu dengan apa yang beliau lakukan. Peduli dan nyahkan suara-suara sumbang dari kaki ampu yang mengkritik tindakannya itu.
Tengku Razaleigh tidak perlu merasa sedih dan duka atas kritikan dan cemuhan oleh Umno. Kehadiran lebih 50,000 rakyat Kelantan mendengar penjelasannya itu sudah cukup untuk membuktikan Tengku Razaleigh masih merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang dihormati di Kelantan. Rakyat Kelantan sedia bersama Tengku dan melupai kisah lampau. Asalkan saja Tengku berjuang untuk Kelantan, rakyat sedia bangun dan jatuh bersama Tengku!
Pun begitu juga kalau Umno tidak mahu Tengku, Tengku tidak perlu bimbang. Gelora dan senario politik hari ini menyerlahkan ada bunga-bunga sedang berkembang Tengku akan dijadikan kandi harapan negara ini. Saya merasakan sekiranya berlaku sesuatu kepada Anwar Ibrahim, tidak mustahil Pakatan Rakyat akan merisik Tengku untuk menaiki pelamin yang mungkin tidak sempat diduduki Anwar.
Biarlah Mahathir, Rais Yatim, Ibrahim Ali atau sesiapa saja yang tidak senang dan berbulu dengan Tengku ekoran tindakan itu tidak mengapa, asalkan rakyat Kelantan bersama Tengku. Asalkan Pakatan Rakyat senang dengan Tengku. Percayalah bagi rakyat Kelantan mereka sedia menandukan Tengku sebagai hero berbanding dengan sejuta orang sejenis dan sespecies dengan ketiga-tiga orang itu. [wm.kl. 10:30 am 04/02/10]
8 comments:
saya bersetuju dengan Tuan,tidak perlu liputan tentang kes Anwar dijajakan.
Sudah ramai bloggers yang memberikan ulasan tentang kes itu terutama yang anti Anwar.Mereka berbangga dengan kata2 keramat can i f**k you today.Saya tidak menjenguk pun blog spt ini.
santapan jiwa yg di luahkan mso,harap dapat menguatkan semangat pejuang2 kelantan bagi mengahadapi kecelakaan munafik2 yg berligar sekitar ubn dgn kerja gila
mereka setiap hari meniupkan perpecahan kpd rakyat kelantan melalui pembesar2 mereka dan media perdana mereka yg kotor dgn merendah2kan tengku razali saya berharap semua rakyat kelantan dan semua rakyat malaysia yg cintakan keadilan sepaya berdiriteguh dgn kerajaan kelantan ,ngo2 dan tengku razali bagi memperjuangkan keadilan .
Tuan
Saya rasa komen Mahathir yang lengkap dekat M star online berkaitan Ku Li.
Kalau baca M star online akan seluruh komen, dah lari jauh dengan tuan. Pelapor suka ambil sekerat dan buang sekerat yang lain
Tuan MSO...usah ditanya apa jasanya Mahathir sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, itu jauh sangat.Cuba kita tanya apa yang dia lakukan untuk Kedah?Negeri tumpah darahnya sendiri,sehingga ke hari ini Kedah lebih kurang Kelantan sahaja.Tidak maju pun sedangkan Mahathir menjadi PM, 22 tahun lamanya...mana jasanya untuk membangunkan Kedah?...Dan UMNO sejak berkurun lama memerintah Kedah, tidak maju-maju pun.Malahan negeri -negeri lain pun begitu juga.Sudah puluhan tahun mereka kuasai kemajuan bangsa Melayu umpama hidup segan mati tidak mahu.Tengok Pulau Pinang, kemana bangsa Melayu selama UMNO perintah?..terpinggir dan dibiarkan hidup sendiri.Sekarang bila Pakatan memerintah pelbagai tuduhan, cemuhan dan cacian dibuat kononnya tidak membela Melayu, pehhh..sedapnya bahasa,selama mereka perintah Pinang, mana bukti merek betul-betul menjaga kebajikan Melayu?...habuk pun tarak.Sekarang bila kuasa sudah terlepas baru berlakon menjadi hero kononnya membela orang Melayu.Terengganu pun begitu juga.Sepatutnya Terengganu menjadi lebih maju dari Selangor kerana royalti minyaknya berbilion.Namun Terengganu masih setara dengan Kelantan.Malahan kalau dilihat pembangunan di Kota Bharu dengan Kuala Terengganu, nampaknya jelas Kota Bharu lebih ke depan.Dulu semasa Terengganu diperintah UMNO, royalti dibagi, tetapi bila PAS perintah royalti menjadi wang ehsan.Itu sapa punya bangang yang membuat keputusan tersebut?...kemudian bila UMNO perintah semula royalti diberi seperti biasa.Itu menandakan UMNO sendiri yang memperkosa konsep demokrasi.Tidak menghormati suara rakyat Terengganu.Dengan duit mereka ' membeli' semula Terengganu dalam PRU ke 11.
Kebencian rakyat Kelantan kepada Tun Mahathir jelas kelihatan bila Mukhriz tewas dalam perebutan KP UMNO.Undi pemuda Kelantan tidak memihak kepada Mukhriz.Pencalonan memang Pemuda Kelantan banyak memihak Mukhriz tetapi bila mengundi mereka tidak memilih Muhkriz, itu sebenarnya angkara kebencian rakyat Kelantan kepada seluruh keturunan Mahathir.
Mahathir perlu sedar keadaan tersebut.
Sekarang dia cuba bermain api sekali lagi dengan rakyat Kelanta.Ku Li seorang ahli politik yang amat rasiosinal dan berjiwa rakyat. Untuk apa beliau kaya raya, hidup senang lenang,berjaya dalam politik, berjaya menjadi menteri tetapi rakyat negerinya jelas terpinggir, dipermainkan begitu sahaja.Seorang yang bijaksana seperti Ku Li tentu tidak sanggup untuk terus membohongi bangsa dan rakyatnya sendiri maka beliau bangkit bersuara, bangkit membela rakyat negerinya sendiri.Itu tindakan paling mulia.Membelakangi politiknya demi kebaikan rakyat Kelantan bukan seperti Stopa 5 minit, atau Berahing Ali,atau Awang yang masih Adek yang lebih pentingkan tembolok dan parti, sanggup membiarkan rakyat Kelantan teurs tertipu dan terpedaya.Rakyat Kelantan itu terdiri daripada semua penganut parti, PAS, UMNO, PPP, MCA, MIC dan sebagainya.Namun kerana PAS yang memayungi pentadbiran maka UMNO tidak mahu melihat Kelantan maju dengan wang royalti maka ditukar dengan wang ehsan.Kalau benar Stopa 5 minit, dan Awang yang masih Adek itu benar-benar berjuang untuk membangunkan Kelantan negeri tumpah darahnya sendiri kenapa tidak senada dan serentak dengan Ku Li?.Kenapa masih pekat politiknya, membutakan mata, memekakkan telinga sanggup membiarkan Kelantan dianaktirikan.
UMNO menolak dan mengkiritik Tengku, itu perkara biasa, Tengku sudah lali dengan semua cemuhan dalam UMNO.Di luar UMNO berjuta tangan melambai Tengku untuk bersama Pakatan Rakyat.Benar kata MSO, andai Anwar ke penjara sekali lagi, hanya Tengku sahaja yang menjadi harapan Pakatan untuk memimpin gelombang reformasi kedua untuk menewaskan keangkuhan dan kedegilan UMNO...buat pemimpin UMNO Kelantan yang bersifat seperti musang berbulu ayam, tunggulah PRU akan datang..
setuju dengan mso...ikhlas itu penting...masuk politik bukan sekadar untuk diri..tapi untuk rakyat..hak si pembayar cukai perlu ditunaikan...
long life KULI~
MSO,
Saya memang peminat Mahathir.
Tulisan ini sangatlah berguna, untuk menilai sisi-sisi lain manusia bernama Mahathir ini.
Dari sudut positifnya dapat dilihat kehebatan Mahathir dari tulisan MSO. Saya boleh terima pandangan saudara.
Terima kasih..
rasanya elok sangat PR menyediakan tapak untuk Ku Li bertahta diatas dasar kehebatan dan kelansungan perjuangan S46 yang telah terputus ditengah jalan. Orang mengenang Ku Li kerana kehebatannya menentang Tun Mahathir dan pembubaran S46 akibat tidak kuat semangat, begitu juga Tun Abdullah akan dikenang kerana kekalahan teruk PRU12. "Surat khabar lama"!!!
Salam Tuan MSO,
"Seperti mana katanya Tun Razak mengarahkan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri-negeri berkenaan kerana negeri itu masih miskin. Sebenarnya apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu meringankan atau pun menyelamatkan Najib Razak daripada menanggung dosa kering kerana tidak menunaikan amanat dan wasiat bapanya? Sebagai PM kini Najib berkewajiban menunaikan amanat bapaknya."
Tuan,
dalam dan tajam sungguh maksudnya ayat daripada tengku, saya pun dok tunggu apakah respon DSN tentang amanah daripada arwah bapanya dulu.
Post a Comment