Mengapa Harus Bencikan DAP?
PAGI ini saya tidak mahu mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memberi kemenangan” 5 – 0” kepada UBN dengan mengesahkan Zambry Abdul Kadir sebagai MB. Blog dan portal berita dan media cetak sejak semalam lagi telah mengulas keputusan itu dengan berbagai gaya berlandaskan sentimen masing-masing. Yang jelasnya UBN suka, Pakatan Rakyat kecewa dan marah-marah.
Apa yang hendak saya catat pagi ini ialah mengenai DAP, parti yang lahir dari sayap atau terilham dari parti Petir yang memerintah Singapura hari ini. Ramai yang marah-marah dengan DAP. Adakalanya marah itu tidak berasas dan menolak prinsip demokrasi.
Secara tersirat ada yang suruh haram DAP, kononnya dengan kewujudan DAP menyebabkan politik Malaysia huruhara. Politik orang Melayu menjadi haru biru. Perpaduan orang Melayu pecah kerana parti itu. Mereka ini nampak DAP menjadi ancaman kepada perpaduan orang Melayu.
Saya juga tidak suka kalau begitu. Wajar kalau DAP diharamkan kalau ia boleh memecah belahkan orang Melayu. Bukankah organisasi atau pergerakan yang boleh memberi masalah kepada negara ia menjadi satu ancaman? Ia merupakan musuh negara.
Tetapi kita kena ingat DAP ditubuhkan sebagai parti politik menurut undang-undang negara. Pendaftaran pertubuhan memperakuinya. Jadi DAP boleh bergerak dengan bebas dalam lingkungan undang-undang. Setakat ini kita nampak DAP tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh mengancam negara. Perpecahan yang dikatakan kerana DAP itu subjektif dan tidak ada bukti yang nyata.
Sekiranya DAP membawa unsur-unsur berkenaan saya rasa sudah lama ia diharamkan.
Di zaman penjajah dulu, British pernah mengharamkan parti Hizbul Muslim kerana pada pandangan mereka ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara yang dikuasainya ketika itu. British melihat Hizbul Muslim akan menjadi benteng kepada Tanah Melayu. Justeru itu dengan dokongan Umno (parti Melayu) parti itu diharamkan.
Makanya jika pihak tertentu dan kerajaan merasakan bahawa DAP berpotensi mendatangkan masalah parti itu boleh diharamkan.
Tetapi soalnya apakah DAP ada kecenderungan boleh mendatangkan masalah kepada negara? Apakah parti itu mempunyai gerakan tersembunyi? Mungkin fikiran saya salah dalam hal ini dan tidak mempunyai bukti-bukti mengatakan DAP adalah sebuah parti subervesif. Mereka yang beranggapan demikian mungkin begitu.
DAP masih berjalan atas landasan betul dengan cermat sekali. Bagi saya kenapa saya lihat DAP dimarahi oleh sesetengah orang Melayu ialah kerana keaktifan parti berkenaan. Keberkesanan parti berkenaan dalam menggerakkan perjuangannya dan mempengaruhi minda Melayu. Kejayaan yang dicapai oleh parti berkenaan inilah menjadi puncanya. Misalnya kejayaan DAP menawan Pulau Pinang menjadi titik marah besar kepada sesetengah pihak khususnya Umno. Kemenangan DAP itu dicemburui dan dibimbangi.
Kejayaan itu tidak boleh dimarahkan kepada DAP. Apa lagi sengaja mencari alasan-alasan remeh untuk menjadikan orang marah kepada DAP. Kejayaan DAP kerana kegigihan mereka berjuang. Masih ingatkah kita bagaimana DAP mensasarkan untuk menawan Pulau Pinang menerusi Projek Tanjung, 1 sampai 3.
DAP tidak pernah beralih dari tumpuannya walaupun mengalami kekalahan demi kekalahan. DAP tidak pernah terikut-ikut dengan sindiran dan tempelakan yang dilemparkan kepada mereka ekoran kegagalan itu. Parti itu bekerja dan berjuang sehinggalah kerajaan berjaya digenggamnya. Jadi kejayaan merampas Pulau Pinang dari Gerakan adalah hasil keintiman dan istiqamah perjuangan DAP.
Kepada saya kejayaan DAP itu kerana kegigihan dan kerajinan para aktivisnya. Mereka tidak pernah berundur setapak walaupun kalah. Pemimpinnya tidak pernah berputus asa untuk mendapat sebuah kerajaan negeri selepas lebih 40 tahun berusaha mendapatkannya. Sebenarnya semangat kegigihan DAP itu patut diteladani oleh parti orang Melayu termasuk PAS dan Umno. Semangat dan cara DAP bekerja yang patut dicontohi bukannya mencari jalan mudah agar DAP dihapuskan.
Ada orang kata DAP parti anak dan bapak. Kalau begitgu hebatlah DAP kerana hanya dengan anak dan bapak (Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng) sahaja mereka berjaya menawan sebuah negeri yang menjadi kubu kaum Cina. Ini bermakna kaum Cina sudah mula mempercayai kepada DAP. Sudah berpalut dengan parti anak dan bapak. Usahlah bawa cerita DAP chauvenis.... nama lagi Cina semua mereka akan bersifat chauvenis. Kita tahu kaum Cina adalah kaum yang kuat berpegang kepada idetiti asal mereka dan tidak mudah berkompromi dan sedia menentang apa saja kalau kepentingan dan hak mereka tergugat.
Kalau kita bimbang kepada kemaaran DAP dan ideologi sosialis demokratnya menyerap ke dalam kelompok Melayu dan Malaysia, orang Melayu harus cepat sedar dan cepat bertindak. Gerak kerja seperti mana dilakukan DAP perlu ditiru. Perkara paling pokok ialah parti Melayu kena jaga intergriti pemimpinya. Kena bersih, tidak tamak harta dan hidup sedarhana. Selebihnya kena eratkan silaturahim berasaskan matlamat yang sama.
Dalam hubungan ini kurangan jumlah tangkapan mereka yang terlibat dengan dadah dan rasuah. Pendekatan yang diambil oleh Lim Guan Eng yang meniru Khalifah Umar Abdul Aziz sepatutnya dirampas dan dipraktikan oleh pemimpin parti Melayu.
Zaman ini untuk menolak seseorang ke dalam lubang bukan guna jentolak lagi. Ia boleh digunakan sihir ataupun teknik dengan menggunakan elemen yang tidak nampak seperti angin. Kalau kita menolak dengan jentolak nampaklah akan kekasaran dan kezaliman kita. Tetapi kalau ditolak dengan angin kekejaman kita tidak ketara dan orang tidak pun tahu yang kita kejam.
Demokrasi adalah lapangan terbaik untuk menolak sesiapa saja atau mana-mana puak melampau secara baik tanpa melukkan kulit atau mencelakan tubuh mereka.
Kesimpulannya marahkan kepada DAP kerana cemburu kepada kejayaannya tidak ada gunannya. Marah ala Umno itu akan menyebabkan DAP semakin kuat. Apa lagi waktu ini DAP ada batang yang melindungi mereka dari pukulan ribut. DAP dalam menerima pelindungan ini persis monyet. Lagi kuat angin berhembus ke arah mereka lagi kuat mereka berlindung dibalik batang itu. Apa lagi batang itu kini sudah rela memberi perlindungan atas nama kemanusiaan dan kuasa kepada DAP. [wm.kl.9:10 am 10/02/10]
14 comments:
saudara...
DAP tidak bagus...x perlu puji cara DAP bekerja...semuanya kerana tipu muslihat.... DAP peralatkan PAS dan PKR utk dpt sokongan orang melayu...bukan kerana DAP bagus.
PAS masih tak sedar ia dipergunakan. Kalau DAP bagus...ia tak perlukan PAS dan PKR...
Jangan terlalu lihat kepada sikit kebaikan DAP dan butakan hati utk lihat kebaikan BN yang dah membangunkan MAlaysia.
Sikap orang melayu yang suka puji dan tolong bangsa lain tapi tindas bangsanya sendiri.
Apa yang dikatakan di atas betul. Memang penubuhan DAP sah dan tidak boleh dipertikaikan.
Tapi,DAP sudah banyak membawa masalah kepada PR. beberapa contoh adalah kejadian di Kedah (siu rumah sembelih babi) di Perak (hingga 3 orang ADUN PR lompat parti), di Selangor(kes Rnnie Liu dan Hassan Ali) dan yang terbaru di Pulau Pinang (komentar terbuka ADUN PKR kepada DAP)
PR tak perlukan DAP pon! Tanpa DAP, PR masih lagi kuat dan kukuh!
perkara yang patut ditiru dari kaum cina:
1. rajin bekerja
2.pandai memujuk
3. tidak bersifat dengki
Salam Pak Mso
Adakah batang yang dimaksudkan itu PAS dan PKR., Kalau parti Melayu mahu ikut cara DAP berpolitk, slogan ketuanan Melayu perlu dilaungkan,orang malayu perlu jadi lebih chauvenis dari chauvenis DAP.Adakah begitu??
Perhatinkan tiga pendapat di atas. Yang jelas ada penjenguk yang tidak dapat membaca apa yang tersirat di sebalik apa yang saya tulis. Inilah kelemahan dalam kita membaca minda politik atau mengenali politik dalam penulisan. Selalunya yang gagal memahami apa yang tersirat ialah anak-anak muda yang lemah dalam memahami apa-apa yang tersirat. Kadang-kadang saya ras malas untuk menulis mengenangkan ada anak-anak muda yang galak politik tetapi kurang ilmu memahami erti politik. - MSO.
Dah cuba memahami semula setelah dapat teguran Tuan.
Masih tak paham. PAS dan PKR dah cukup kuat. Mereka tak perlukan DAP untuk dapatkan sokongan bukan Melayu.
Akan terus ikuti blog Tuan untuk fahami tentang politik.
Terma kasih atas teguran Tuan ; )
Saya lihat ulasan MSO in berbentuk sindiran kepada UBN khsusnya orang melayu yang kuat mempertahkan kemelayuannya.
Sikap tidak putus asa dalam perjuangan yang ditunjukan oleh DAP ini seharusnya diikuti oleh orang UMNO sekiranya mereka mahu memenangi hati rakyat. Jangan hanya nampak kuman diseberang laut tetapi gajah didepan mata langsung tak nampak.
Selama 35 tahun P.Pinang diperintah oleh Gerakan rakan sekutu kuat UMNO dalam BN. Adakah selama itu nasib melayu PP terbela?
Orang melayu khususnya UMNO kena jujur dalam memperkatakan sesuatu, baru rakyat mempercayai kita. Ini tidak, bercakap tidak ikut fakta. Sekarang ini zaman IT, maklumat hanya dihujung jari sahaja.
JANGAN CARI KAMBING HITAM UNTUK MENUTUP KELEMAHAN KITA.
* NH SHAH ALAM *
Tuan MSO,
saya setuju sesetengah dari pendapat Tuan. sebenarnya yang membawa masalah kepada politik melayu ada parti politik melayu sendiri iaitu UMNO, PAS dan PKR juga. hasilnya bila melayu berpecah parti dominan bukan melayu mengambil kesempatan. tak perlu kata DAP teruk dan sebagainya. cuma kita perlu renung bila melayu berpecah dua atau tiga, dan bila kaum lain ambil kesempatan, di manakah kita pada masa itu?
dari satu segi, saya setuju pendapat di atas mengatakan orang melayu suka puji kaum lain dan jatuhkan bangsa sendiri.
zaman kelam melayu mungkin telah tiba agaknya
sembahyang melayu hanya sekadar sembahyang saja, macamlah ALLAH swt buat syurga itu umpama hotel dikayangan, macamlah ALLAH ciptakan manusia seperti kilang sony buat tv
akan tiba masanya kaum yang mudah lupa dan berbuat mungkar terima balasan
akan tiba masanya kaum yang beringat dan beramal menerima ganjaran mereka
sesuatu telah HILANG dari melayu tanpa mereka dapat sedar sepenuhnya....
Salam tuan MSO,
saya setuju dengan apa yang tuan cetuskan di atas, sifat dengki dan iri hati telah menjadi darah daging sesetengah pihak pejuang politik melayu yang tidak dapat menerima kemenangan DAP merampas PP daripada BN. Lantaran itu, lontaran fitnah dan keburukan dihamburkan kepada DAP bagi meracuni fikiran rakyat membenci DAP dengan harapan kembali berkuasa di PP. Inilah cara mentaliti sesetengah pemimpin BN yang mengharapkan kemenangan dengan cara memburukkan orang lain, tetapi tidak cuba membaiki diri sendiri.
Mungkin pada perkiraan ahli politik BN, DAP berjaya dalam PRU dulu kerana rakyat memboikot BN akibat keburukan BN, lantaran itu, mereka cuba menonjolkan keburukan DAP supaya nampak bahawa DAP lebih buruk daripada BN yang telah dilabelkan sebagai buruk.
Saya telah lama cuba untuk melihat perubahan pihak BN memenangi hati rakyat dengan cara yang lebih proaktif dan positif, namun masih tidak lagi kelihatan jelas dari segi pendekatan yang menyeluruh, masih dengan cara lama iaitu memburukkan dan menonjolkan kelemahan pihak lawan, bukannya meningkatkan kekuatan pasukan dan menambhakan keyakinan pengundi kepada BN. Inilah antara kekecewaan rakyat yang tidak dapat dibaca oleh BN.
Lagipun yang menimbulkan kontrovesi di PP baru-baru ni adalah daripada PKR, atas agenda yang terselindung.
Nampaknya masih tidak mahu berubah.....
MSO,
Jujurnya saya pun ragu-ragu dengan DAP ni, kebaikan mereka mungkin ada agenda tersendiri TAPI saya rasa x salah utk pemimpin DAP baca potong2 ayat al-quran. Mgkin tujuan mereka memikat pengundi. kalau begitu salah lah umar al-khattab memegang dan membaca surah thoha sbelum dia masuk islam. bahkan saya rasa ramai orang bukan islam mengkaji islam sebelum masuk islam.
sebenarnya saya gementar kalau DAP menang bersama2 PR ke putrajaya tapi bukankah kita ada kuasa memilih. kadang2 kita perlu beri peluang untuk mereka buktikan bahawa mereka boleh memerintah lebih baik daripada BN. Dah lama kita bagi peluang pd BN, apa yang kita dapat. Ekonomi kita 2009 merudum, negara lagi teruk dari kita Indonesia mana ada krisis ekonomi.
IMF dan bank dunia klasifikasi negara mengikut 4 tahap, poor country, emerging country, advanced emerging country n developed country. kita di tahap emerging country dan indonesia berada di advanced emerging country bersama2 dengan china, india, brazil n russia. bahkan kawan saya mengikuti pengajian PhD di Sepanyol mengatakan Europe mengklasifikasi negara kita sbg poor country. kenapa dah 53 tahun negara kita masih di takuk. salah dimana???
Korea dan Taiwan yang sama takuk dengan kita dari segi ekonomi sekarang lebih maju daripada kita. tak lama lag vietnam pun akan mendahului negara kita.
jadi apa salahnya bagi peluang pada orang lain (PR) untuk mencuba memajukan negara at least 10 tahun n kita bandingkan. kalau masih di takuk lama. kita ubah semula kepada BN. Bukankah kuasa politik melayu terdiri drpd 55% penduduk negara ini.
Insyallah, saya berharap pimpinan melayu dalam PAS n PKR tidak akan memperjudikan nasib bangsa melayu. Mungkin ada yang sannggup buat tapi majoriti masih kuat untuk memartabatkan bangsa melayu n bangsa malaysia.
Riak air yang berkecamuk di pulau pinang "ditunding" kepada kehadiran DAP dalam lanskap politik Malaysia. Telunjuk lurus kelingking berkait. Walau zaman berubah,intelektualiti meningkat, Melayu tetap Melayu dgn sifat hasad yang dalam.
Yang mengadu domba bukan insan luhur, masing punya niat di sebalik kebodohan bangsanya sendiri. Riak ditepuk ibarat kucing kembus tahi. Bangsanya yang bodoh tetap terpijak kerana punya hidung gagal untuk diguna.
Tidak dinafikan Tuan Sayuti, kadang saya malu dengan bangsa saya sendiri. Dunia luar berlumba kepada sejahtera kesejagatan dan kita masih dibuai oleh politik kebangsaan jumud. Salahnya bukan orang lain walau tetap lurus telunjuk jari menunding.
Merentasi batas usia, semuanya terpesona bercakap politik tanpa melihat implikasi perubahan ketamadunan. Adat bangsa belum terhentuk tidak ternadah cukup berakar umbi. Saya sedih sekali sebagai anak muda untuk mewarisi saka yang satu ini.
Salam semua.memang betu kata Pak MSO.Kita harus cemburu dengan orang2 DAP.Bukan sahaja DAP itu kerja kuat kerana dia DAP.sememangnya rata-rata masyarakat cina memang kerja kuat.itu budaya mereka.memang generasi tua dalam DAP begitu keras kalau ada isu2 tentang Islam.tapi kaum muda dalam DAP tidak begitu.Lihat sahaja ucapan ketua pemuda DAP dalam konvesyen baru2 ini.dengan jelas dia mengatakan.kami tak aka sentuh hal2 berkaitan Islam.
Salam Tuan. Saya tidak setuju langsung dengan pendapat tuan. 1 jer saya nak tuan fikirkan, Tuan sebagai orang Islam rasa perlukah kita Negara Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi? Kalau perlu, cuba tuan lihat perjuangan utama DAP- Kesamarataan Kaum & tiada agama yang dominan. Maksudnya, agama Islam akan terhapus sedikit demi sedikit dalam konteks undang2 dan perlaksanaannya. Sebagai contoh berkhalwat tidak menjadi kesalahan jika atas dasar suka sama suka. Saya tetap tidak boleh terima DAP dan saya semakin tidak percayakan PAS kerana terlalu memberi muka kepada parti kafir harbi ni. PAS boleh berdiri atas kaki sendiri. Allahuakbar!
Post a Comment