[penafian] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.
"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada pendakwa raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Penjelasan ini mengesahkan bahawa dakwaan blog liar yang cuba memburukkan Nik Aziz dan SPRM Kelantan itu tidak benar - MSO.DALAM sebuah blog liar diceritakan kononnya pegawai SPRM Kelantan telah menyelamatkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Semuanya berlegar di sebalik isu PMBK yang telah didedahkan oleh seorang bloger lain. Kata bloger liar berkenaan, Nik Aziz kini selamat dan boleh goyang kaki kerana beliau dilindungi oleh pegawai SPRM Kelantan. Betulkah?
Pegawai berkenaan pula telah ditukar kerana enggan mengambil tindakan ke atas Nik Aziz. Bagi menguatkan hujah disertakan satu catatan minit mesyuarat dalam PMBK. Deraf minit itu boleh dipertikaikan kerana lakaran seperti itu boleh dibuat oleh sesiapa saja yang tidak buta huruf.
Dunia zaman ini banyak orang jahat dan bentuk penipuan pula berbagai-bagai dan shosifikated. Ada kalanya kita boleh buat sendiri hentam kita kemudian dedahkan kepada umum untuk mendapat simpati. Atau tulis surat burukan diri sendiri kemudian diposkan ke alamat rumah sendiri dan pergi ke balai polis buat report. Tetapi hal-hal begini hanya jauhari saja mengenali menikam.
Bukan itu sahaja, kalau SPRM hanya membuka profailing dan bukan kertas siasatan ke atas Nik Aziz munasabah sebab kalau menurut deraf minit itu tidak ada apa fakta menunjukkan Nik Aziz telah menyalahi undang-undang dan kuasa yang ada kepadanya. Persoalan dia mengarahkan supaya menantunya dinaikkan pangkat daripada CCEO kepada CEO boleh diterima pakai kalau minit itu minit yang sahih. Pulaknya, apakah keuntungan peribadi bagi Nik Aziz kalau beliau berbuat demikian?
Minit yang didedahkan berjela-jela itu tidak sah selagi ianya tidak ditanda tangani oleh Setiausaha dan disahkan Pengerusi PMBK. Mungkin kerana meragui kepada minit yang didedahkan itu menyebabkan SPRM tidak mengambil tindakan mendakwa Nik Aziz atau meneruskan siasatan. Di sini tidak timbul pegawai SPRM pro kepada Nik Aziz atau Pas. Perlu diketahui SPRM akan membuat pendakwaan apabila ada kes prima facie melampaui batas.
Banyak kes-kes atau kertas siasatan yang diserahkan oleh SPRM kepada AG tetapi ditolak. Dan tidak kurang juga kes-kes yang dibicarakan akhirnya ditolak mahkamah kerana tidak ada kes atau pihak SPRM gagal untuk membuktikan wujudnya kes rasuah. Tentu SPRM tidak mahu mengulangi perkara yang sama dalam kes Nik Aziz dan menantunya itu. SPRM lebih menjaga kredibiliti dan intergiritinya daripada menjadi pak angguk (pak ka) kepada mana-mana pihak.
Kalau bloger liar itu seorang pembela keadilan kenapa tidak dipertikaikan mengenai kes siasatan ke atas seorang bekas menteri di mana AG telah pun membuat arahan pendakwaan. Tetapi disebabkan kerana campur tangan perdana menteri pendakwaan ditangguhkan. Malahan fail kejahatan menteri berkenaan kini sudah pun di bakar hangus!
Dakwaan bloge liar berkenaan kononnya SPRM melindungi Nik Aziz telalu rapuh dan kebudak-budakan untuk dipercayai. Apakah pegawai SPRM seorang sahaja di Kelantan? Dan apakah dalam ramai-ramai itu tidak ada yang menyokong Umno. Apakah pegawai SPRM boleh dimainkan seperti bola lisut? Katanya pegawai itu telah ditukar. Apakah pegawai baru itu juga pro Nik Aziz!
Dan kenapa Umno tidak mengambil pegawai yang pro kepada mereka untuk mengawal keadaan di Kelantan. Dan siapakah yang agaknya boleh mengawal suruhanjaya berkenaan, apakah Pas atau Umno? Masakan DAP atau PKR yang lebih berkuasa ke atas SPRM berbanding UBN?
Mungkin perkara yang terlupa oleh bloger berkenaan, bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz sendiri telah mengistyharkan bahawa kes rasuah ke atas Nik Aziz dikira selesai atau tak ada kes. Nazri memberi penjelasan itu semasa beliau mengujungi MB itu di pejabatnya. Yang pastinya sebelum Nazri membuat kenyataan itu dia sudah merujuk kepada SPRM. Begitulah lazimnya. Apakah Nazri menteri yang bodoh?
Saya juga membenci rasuah. Tidak kira ianya dilakukan oleh sesiapa. Tetapi dalam kes ini janganlah kerana ghairah nak memburuk dan membusukkan Nik Aziz sampai soal-soal teknikal yang mudah pun diabaikan. Kalau hendak menyakinkan orang tentang kejahatan Nik Aziz, berikan fakta yang tersaul dek akal dan bukannya hujah atau alasan yang bukan saja budak Taski budak Tadika pun boleh menolaknya. (Tadika milik Umno).
Dalam hal ini saya rasa tidak timbul sama sekali SPRM berpihak kepada Pas. Apa yang mungkin terjadi belum ada kes melibatkan rasuah yang benar-benar genuine yang dilakukan oleh wakil rakyat Pas atau MB yang dilaporkan kepada SPRM. Pun begitu saya tidak menolak dakwaan bloger berkenaan berhubung dengan maklumat yang bocor itu didedahkan oleh wakil rakyat Pas.
Menurut bloger berkenaan wakil rakyat itu ahli parlimen. Tetapi naluri saya mengatakan kalau ia benar berlaku bukan ahli Parlimen tetapi saya merasakan dia adalah seorang Adun.
Jika hendak tahu cubalah 'kabek' balik sesiapa yang menjadi ahli lembaga pengawah PMBK. Hanya Adun yang menjadi ahli lembaga pengarah saja yang mungkin memiliki deraf minit berkenaan. [d'kota kl 2:00 pm 25/02/10]
2 comments:
Tuan MSO,
Malaysian Insider menyiarkan berita bahawa kertas siasatan kes yang melibatkan Tokguru telah diserahkan oleh SPRM kepada bahagian pendakwaan untuk keputusan.
Now ini satu perkembangan menarik. Kita tahu, SPRM begitu ghairah untuk mengenakan pemimpin pembangkang. Tokguru dalam hal ini bukan sebarang pemimpin pembangkang.
kedudukannya sebagai tokguru yang dihormati kerana ketinggian ilmu ugamanya meletakkan dia pada satu tahap istimewa dalam masyarakat melayu kelantan khasnya dan malaysia amnya.
Jadi, yang menarik untuk kita lihat, beranikah UMNO menggunakan SPRM untuk mendakwa Tokguru? Kalau tokguru didakwa, bermakna UBN begitu desperate sekali sehingga sanggup menghadapi risiko "backlash" dari rakyat ( termasuk yang bukan Islam).
tetapi tindakan ini tidak mustahil dilakukan oleh UMNO. Jika dibuat juga, cara pengendaliannya adalah sebagaimana mereka mengendalikan kes sodomi 2 dimana semua jentera kerajaan digunakan untuk mensabitkan kesalahan.
sama-sama kita tengok percaturan politik UBN.
Entahlah..kenapa masih ada manusia yang begitu dengki dan sangat cemburu dengan batang tubuh TOKGURU.Beliau menjalankan amanahnya untuk mendidik rakyat Kelantan untuk menjadi manusia yang memiliki sifat insan yang sejati.Manusia yang mempunyai roh manusiawi yang unggul baik UMNO atau pun penyokong PAS atau Pakatan yang lain. Tokguru sentiasa mentarbiah dirinya untuk menjadi model dan teladan kepada rakyat Kelantan khususnya, Malaysia amnya...Sifat dengki, khianat dan busuk hati kepada Tokguru begitu mendalam.Andai Tokguru membawa ummah menuju kebenaran kenapa kita begitu busuk hati untuk membunuh karektor Tokguru yang disegani dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang amat jijik.Bandingkanlah diri kita dengan Tokguru..ilmunya, cara hidupnya, amalan harianya, makan minumnya. amal ibadahnya, jauh Tokguru lebig baik dan terbaik.Tokguru seorang yang 'a'bid ibadi'.Cuba banding sahsiah Tokguru dengan pemimpin lain terutama dari UMNO..bandingkan cara berpakaianya, pen Tokguru pun pen berharga RM1.50 sen sahaja.Kain sarung dan jubahnya masih murah jika dibandingkan dengan sehelai kot menteri kerajaan pusat..
Sepatutnya kita bersyukur ada seorang Tokguru yang bijak menerajui sebuah kerajaan yang begitu dikagumi oleh pelbagai masyarakat dan keturunan.Tokguru disegani, dikasihi dan disanjung kerana sifat tawaduknya, zuhudnya serta merendah diri yang tidak ada pada MB atau KM yang lain dalam Malaysia hari ini...apapun, sebagai seorang Tokguru memang ujian yang perlu dilaluinya lebih hebat dari kita orang yang bertaraf awam ini.Tokguru orang yang dikasihi Allah, justeru ujian dari Allah pasti lebih berat dan lebih mencabar berbanding orang lain.Golongan firaun, golongan jahiliyah memang wujud sampai kiamat..maka Tokguru perlu menghadapi semua cabaran itu sebagai ujian Allah untuknya..Allah sayangkan Tokguru.Semoga Kelantan terus diterajui pemimpin yang dirahmati Allah selama-lamanya.Semoga royalti menjadi kenyataan...
Post a Comment